Monday

Olahraga MSSD Bera 2009: Hari 1 (Lempar Cakera)

26hb. Februari 2009 (Khamis). Padang SMK Bandar Kerayong. Bera, Pahang.
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BERA 2009
.
Atlit lempar cakera boleh memilih teknik: Lemparan Berdiri Statik atau Lemparan Berdiri Pusing. Kebaikan Teknik Lemparan Berdiri Statik adalah ianya mudah dipelajari dan dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat. Kebaikan Teknik Lemparan berdiri adalah atlit dapat membuat lemparang dengan lebih kuat dan lebih jauh.
.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik-teknik tersebut anda boleh membaca buku "Siri Teras Sukan. Olahraga - Padang" oleh Ahmad Wafi. Siri ini diterbitkan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Rujuk mukasurat 140 hingga 146.

Foto-foto aksi melempar cakera semasa MSSD Bera 2009.
9 8

7 6
5 4
3 2
1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday

SMK Mengkarak: Sukan 2009 (Lumba Lari)

21hb. Februari 2009. Padang SMK Mengkarak. Bera. Pahang.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN MENGKARAK 2009

Kita lihatlah air muka yang menggambarkan kesungguhan pelajar-pelajar berusaha untuk menang. Untuk sampai kepada aksi hari ini banyak yang perlu dilakukan oleh pelajar dan guru. Terima kasih kepada guru-guru SMK Mengkarak telah berusaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sukan. Tahniah kepada pelajar yang telah berusaha dengan cara masing-masing.

Semua usaha pelajar dan guru memang telah dirangkum dalam senikata lagu sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak menuju persada cita-cita. Kata mereka "Dengan semangat kami bersemarak" kami "menuju era jaya" dan "kami berikrar menjadi cemerlang". Kerena mereka benar-benar ingin cemerlang di bidang pendidikan, sukan dan seni. Semuanya bergangding dan seiringan. Semoga mereka dapat menuju kejayaan, dapat berilmu dan dapat berbudi. Untuk sentiasa berada atas lunas yang suci, berakhlak dan berbakti untuk ibu pertiwi.
21 20

19 18
17
16 15
14 13
12 11
10 9
8 7
6 5
4 3
2 1
Siri Foto-foto Sukan SMK Mengkarak diakhiri dengan serangkap pantun karya Budayawan Pahang, Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam:
.
Dari Bera ke Mengkarak,
Membawa gasing labu jantung;
Elakkan diri meminum arak,
Bahayanya besar kepada jantung.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[01.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

SMK Mengkarak: Sukan 2009 (Penyokong)

21hb. Februari 2009. Padang SMK Mengkarak. Bera. Pahang.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN MENGKARAK 2009

SMK Mengkarak adalah sekolah yang harmoni. Di Sekolah Menengah Mengkarak kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli Semelai sama-sama menimba ilmu daripada guru-guru yang didikasi. Semasa SPM tahun 2005, pelajar yang bernama Su Lin Lin di Sekolah Menengah Kebangasaan Mengkarak telah mendapat 9A 1B. Keputusan STPM tahun 2005 sangat membanggakan Sekolah Menengah Kebangasaan Mengkarak apabila Jarina a/p Luing telah mendapat 4A. Ini membuktikan SMK Mengkarak telah memberikan peluang pembelajaran yang terbaik untuk pelajar-pelajar khususnya Orang Asli. Su Lin Lin dan Jarina a/p Luing adalah pelajar yang tinggal di Asrama SMK Mengkarak. Mungkin Su Lin Lin dan Jarina a/p Luing telah memberikan Petua Menjadi Pelajar Cemerlang kepada pelajar SMK Mengkarak.
7 6
5 4
3 2
1

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SMK Mengkarak: Sukan 2009 (Khemah)

21hb. Februari 2009. Padang SMK Mengkarak. Bera. Pahang.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN MENGKARAK 2009

Hiasan khemah sukan yang dihasilkan oleh pelajar SMK Mengkarak sungguh menarik. Secara terus-terangnya boleh dikatakan berbeza dengan hiasan khemah di Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong. Tetapi setiap sekolah ada cara masing-masing supaya nampak kelainan dan keunikan sukan peringkat sekolah di Daerah Bera.

Pelajar SMK Mengkarak telah melakukan macam-macam usaha untuk menarik perhatian hakim Pertandingan Khemah Tercantik. Buluh, rotan, akar, daun kelapa, keris, parang, kereta sorong, payung dan macam-macam ada. Setiap khemah ada pula penyambut tetamu yang memakai pakaian yang bersesuaian dengan konsep khemah masing-masing. Semua ini telah menjadikan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangasaan Mengkarak 2009 amat menarik. Mana tau, satu masa nanti ada pelajar Jepun atau Korea nak datang saksikan kemeriahan sukan di SMK Mengkarak. Ada ke cikgu di SMK Mengkarak yang pandai berbahasa Jepun atau Korea?
12 11
10 9
8 7
6 5
4 3
2 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[01.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

SMK Mengkarak: Sukan 2009 (Perbarisan)

21hb. Februari 2009. Padang SMK Mengkarak. Bera. Pahang.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN MENGKARAK 2009

Suasana kemeriahan dan keseronokan pelajar SMK Mengkarak ketika acar perbarisan. Seterusnya pelajar perlu kembali ke khemah masing-masing bagi menunggu hakim datang melawat bagi Pertandingan Khemah Terbaik. Selain meenggunakan warna bagi melambangkan rumah sukan, SMK Mengkarak menggunakan nama burung; Helang (hijau), Merak (Merah), Bayan (Biru) dan Kenari (kuning).
8 7
6 5
4 3
2 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------