Showing posts with label Tukar Wajah. Show all posts
Showing posts with label Tukar Wajah. Show all posts

Tuesday

Tukar Wajah


Ada masanya
kita suka menyimpan rasa
bila terlalu lama menyimpan
hati mula membara

Ada masanya
angin bertiup
angin fitnah
angin hasad dengki
angin umpat keji
angin penganiayaan
angin permusuhan

Ada masanya
angin tidak memberi kesan
ada masanya
angin amat memberi kesan

Ada masanya
kita perlu bersabar
ada masanya
kita perlu bertindak

Bila hati telah terbakar
mata akan berapi
sampai masanya
mata akan membakar

sesiapa yang menyalakan bara
sesiapa yang meniupkan angin
api tersebut akan mencari
orang yang menyalakan bara
orang yang meniup api

orang tersebut ...
akan membakar dirinya
diri keluarganya
juga diri keturunannya

dosa dengan manusia
MESTI kembali kepada manusia

Luahan hati ini hanyalah untuk menginsafkan diri sendiri sahaja.
Luahan hati ini adalah doa hamba yang tak punya apa-apa.

Tukar Wajah


DALAM MATA ADA API

Tiba dirasakan dalam mata ada api
ada yang memulakannya
ada yang membakarnya

Berhati-hatilah bermain api
jangan terlalu yakin
yang kita sendiri tak akan terbakar
Jangan terlampau pasti
bahawa keluarga kita
atau keturunan kita
tak akan terkena
api yang kita bakar

Api tak kenal
siapa tuan
yang menghidupkannya
Api tak ingat
siapa musuh
yang mematikannya

Tetapi manusia boleh ingat
siapa kawan
siapa lawan

Miskin atau kaya
bukan ukuran kawan kita
Kawan tetap membantu

Miskin atau kaya
adalah ukuran musuh kita
Musuh tetap membunuh.

Selasa, 3.11.2009
Sajak hentian bas Bandar Bera

Monday

Tukar Wajah 19.10.09

Inilah wajah baru Laman Kerayong yang bermula pada 19 Oktober 2009. Hari ini juga ada jamuan Hari Raya yang terakhir di bulan Syawal. Ada sesuatu yang sepatutnya dipelajari sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak melaporkan tentang Daerah Bera. Salah silap harap maaf berjuta-juta ampun.

Tukar Wajah


Setelah 160 tajuk diterbitkan, terdapat 6 orang follower dan satu 'comment' maka bermula pada Jun 2009 Blog Laman Kerayong bertukar wajah.

"Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera"