Wednesday

Olahraga MSSD Bera 2009: Hari 3 (Perempuan Berlumba)

28hb. Februari, 2009 (Sabtu). Padang SMK Bandar Kerayong. Bera. Pahang.
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD) BERA 2009


Katakanlah kita ada seorang kawan. Kawan kita ni selalu cakap nak dapat nombor satu dalam kelas. Tetapi setiap kali peperiksaan dia tak pernah dapat nombor satu. Setiap kali tak dapat nombor satu, dia tetap kata dengan bersemangat nak dapat nombor satu pada peperiksaan akan datang. Tetapi tak dapat-dapat juga.
.
Sebagai seorang pelajar yang bercita-cita nak dapat nombor satu, musuh nombor satu adalah MALAS BELAJAR. Musuh nombor dua adalah SAKIT. Mudah ceritanya kalau malas belajar dan nak harapkan nasib baik sahaja itu tanda-tanda nak dapat nombor satu dari belakang. Mudah cerita lagi kalau tak jaga kesihatan, tak jaga makan minum, tak jaga rehat tidur tentu badan mudah dapat sakit. Macam mana nak dapat rajin belajar.
.
Katakanlah kita ada seorang kawan. Kawan kita ni selalu cakap nak dapat nombor satu dalam pertandingan yang disertainya. Tetapi setiap kali pertandingan dia tak pernah dapat nombor pingat emas atau perak atau gangsa.. Setiap kali tak dapat pingat emas, dia tetap kata dengan bersemangat nak dapat pingat emas pada pertandingan akan datang. Tetapi tak dapat-dapat juga.
.
Sebagai seorang atlet olahraga yang bercita-cita nak dapat nombor satu, musuh nombor satu adalah MALAS BERLATIH. Musuh nombor dua adalah CEDERA. Mudah ceritanya kalau malas berlatih dan nak harapkan nasib baik sahaja itu tanda-tanda nak dapat nombor satu dari belakang. Mudah cerita lagi kalau tak betul cara latihan, tak ikut fasa latihan sepenuhnya, tak lakukan regangan pemanas badan dengan sempurna tentu otot mudah dapat cedera. Kalau dah cedera macam mana nak teruskan latihan.
11
10 9 8 7
6 5
4 3
2 1
Fuji S7000
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------