Friday

Foto, Info dan Cerita

Selama ini Laman Kerayong banyak paparkan Foto dan Info tentang Orang Bera. Tetapi tak ada menulis cerita tentang apa yang ada dalam hati, fikiran, perasaan dan jiwa Orang Bera. Bermula pada hari ini, Laman Kerayong akan paparkan Foto, Info dan Cerita tentang Orang Bera. Kami akan mengali lubuk hati Orang Bera untuk kita jadikan bahan renungan. Kita sama-sama anggap cerita-cerita itu nanti sebagai cerpen (cerita pendek) yang kononnya tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Satu blog khas yang menulis tentangOrang Bera telah pun ada dibuat di alamat http://jpmohdnor.blogspot.com/. Tetapi blog ini hanya berkisar pada kehidupan JP Mohd Noor sahaja. Saya tak boleh nak masukkan cerita yang tak berkaitan dengan beliau disini. Menukar konsep Laman Kerayong daripada Foto dan Info kepada FOTO, INFO dan CERITA membolehkan Laman Kerayong mengumpul cerita suka duka penduduk Bera. (Sekali lagi diingatkan, kita anggap bahawa cerita-cerita itu nanti adalah rekaan saya semata-mata)

Akhir sekali Laman Kerayong tidak bertanggungjawab terhadap kerugian, kerosakan dan seumpamanya terhadap sesiapa yang menggunakan foto, info dan cerita disini.

CERITA TAK ADA APA-APA

Sebelum Jumaat hari ini ditakdirkan saya bertemu dengan orang Bera yang terpaksa berurusan dengan klinik. Yang seorang bayinya banyak kahak dan yang seorang lagi matanya sakit. Kita namakan klinik tersebut 'klinik K'.

Orang yang pertama pergi bersama isterinya membawa bayi mereka ke klinik tersebut. Setelah diperiksa doktor klinik K ni kata 'Tak Ada Apa-apa'. Saya ambil kesempatan untuk bertanya (jaga tepi kain orang), "Sakit apa anak ni?". Jawab suaminya "Banyak kahak, susah nak tidur". Jelas terbayang kekecewaan di wajah suaminya apabila mendapat jawapan 'Tak Ada Apa-apa' dari doktor. Lalu mereka membuat keputusan untuk mencuba nasib di klinik di Temerloh.

Kemudian saya bertemu dengan orang sakit mata pula. Setelah beberapa kali berulang ke klinik untuk berjumpa dengan doktor, akhirnya pesakit ini berjaya berjumpa dengan doktor. Cerita orang kedua ini pula, "Baru sahaja duduk, doktor terus berkata 'Tak Ada Apa-apa'." Kaku dan beku juga seketika apabila mendengar jawapan daktor tersebut. Orang ini tak bercadang untuk ke klinik di Temerloh. Katanya lagi "Mungkin betul-betul tak ada apa-apa". Tetapi sebelum berjumpa doktor ini dia dah membuat pemeriksaan mata dengan dua kedai cermin mata. Satu di Bera dan satu di Kuala Lumpur. Kedua-duanya mencadangkan pergi berjumpa pakar mata swasta di KL. Kos rawatan adalah antara RM1,000 hingga RM1,200 bagi sebelah mata. (Nak baca cerita tampal gigi di klinik swasta dan berapa bayarannya klik DISINI)

Saya cadangkan beliau mencuba ubat Permata Hijrah. Ada di jual di Pekan Sehari Bera pada setiap hari Ahad. Beliau berminat dengan cadangan tersebut dan saya membawa haluan ke Restoran Ar-Robah Kerayong. Restoran yang dibuka 24 jam. Kalau nak pergi, carilah Big 10 dan jumpalah Ar-Robah.

Sekian.
31.7.2009

(Anggaplah cerita ini sebagai rekaan sahaja walaupun ianya mungkin benar-benar terjadi kepada orang Bera. Jika sesiapa ada cerita yang mahu di kongsi bersama bolehlah hubungi kami. Kita anggap cerita-cerita ini adalah cerita dongeng semata-mata. Untuk tujuan hiburan dan peringatan. Supaya siapa yang terkena tidak tersinggung dan boleh memperbaikinya secara senyap-senyap)

Monday

Kereta Lembu

Kebiasaannya jika kita sebut kereta lembu bermaksud, lembu berada di hadapan dan bertugas menarik kereta yang dibelakang. Kita tetap sebut 'kereta lembu' walaupun susunannya terbalik. Mungkin orang tua-tua dahulu membaca, memerhati, membilang atau menganalisa bermula dari belakang. Mereka sebut yang belakang dahulu iaitu, kereta dan barulah disebut yang dihadapan lembu.
08
Kalau kita ikutkan susunan kata 'kereta lembu' sepatutnya kereta berada di hadapan dan lembu berada di belakang. Kalau macam itu macam mana lembu nak tarik kereta. Mungkin juga kereta jarang-jarang dapat dilihat pada masa dahulu. Jadi apabila orang zaman dahulu tengok dua perkara ini iaitu, kereta dan lembu mereka akan tertarik kepada kereta terlebih dahulu. Lepas itu baru mereka akan pandang kepada lembu.
07
Yang dalam gambar ini adalah sebenar-benarnya istilah 'kereta lembu'. Kereta ada di depan dan lembu ada di belakang. Cuma yang berbezanya adalah bukan lembu tarik kereta tetapi kereta tarik lembu.
06
Ada orang tak panggil kereta tersebut sebagai kereta. Ada yang memanggilnya 'kereta wira' dan ada yang memanggilnya 'wira' sahaja. 'Kereta wira' dan 'wira' ni kalau digabungkan dengan 'lembu' nak panggil apa? 'Kereta wira lembu' atau 'wira lembu'.
05
Tak sedap pulak bunyinya bila masuk dalam telinga orang Melayu.
04
Tak kisahlah apa orang nak panggil bila mereka nampak kereta wira tarik lembu. Mungkin inilah kemajuan atau pembangunan yang telah kita nikmati sekarang. Mula-mula dulu orang kita pergi tarik lembu dengan berjalan kaki. Orang berjalan di depan dan lembu yang kena tarik berjalan di belakang. Kalau budak-budak nampak mereka akan panggil 'orang tarik lembu' atau 'lembu kena tarik'. Silap dengar seolah-oleh lembu tu kena tarik sebab tuannya tak bayar ansuran bulanan lembu dan tiga bulan. Ada ke orang buat pinjaman nak beli lembu dan membayarnya secara ansuran setiap bulan? Ada, tentu ada.
03
Bila dah maju sikit orang pergi tarik lembu dengan motosikal. Kalau motosikal bergerak di depan dan lembu bergerak di belakang, mana boleh buat kerja seorang. Kena buat dua orang. Kalau motosikal di belakang dan lembu di depan, senang sikit nak buat kerja seorang. Tetapi ini bukan dinamakan tarik lembu, ini dinamakan iring lembu. Namun begitu matlamatnya sama, iaitu memindahkan lembu dari satu tempat ke satu tempat lain.
02
Bila dan maju sikit lagi orang kita iring lembu dengan kereta. Kereta bergerak di belakang dan lembu bergerak di depan. Kalau budak-budak nampak, mereka akan kata nampak kereta wira iring lembu. Lembu dan ada pengiring. memang patut pun kena ada pengiring, lembu harganya boleh dampai RM2000 seekor
01
Tetapi yang dalam gambar ini bukan kereta iring lembu. Ini jelasnya kereta wira tarik lembu. Kalau tuan punya lembu ni ada lori tentu dia tak akan buat kerja menarik lembu dengan kereta wira. Suruh je lembut tu naik lori dan bolah dihantar ke tenpat yang dihajatkan. Kalau dengan kereta wira macam mana nak suruh lembu tu masuk dalam kereta wira. Lembu buka pandai duduk macam orang. Lagipun lembu tandas awam dia kat mana-mana aja.
Saya lebih suka iring lembu dengan naik basikal MTB "Cannondale'.

Tuesday

SMK Chemomoi Melawat Perpustakaan

Pada petang semalam 20.7.2009 (Isnin), Perpustakaan Awam Daerah Bera menerima kunjungan pelajar dan guru SMK Chemomoi. Rombongan ini diketua oleh Cikgu Mohd Nizam b Ramli (Guru PSS SMK Chemomoi). Cikgu Nizam membawa bersama Mohd Durnani Arsyad Uhira b Abdullah, Noroffiah bt Md Hafiz, Nira Saqilah Bt Mat Daud dan Nor Saaifudin B Abdullah.

Kalau difikir-fikirkan, jauh sekolah SMK Chemomoi jika dibandingkan dengan SMK Bandar Kerayong, SMK Seri Bera, SMK Triang atau SMK Mengkarak. Masih juga jauh SMK Chemomoi jika dibandingkan dengan SMK Bukit Mendi, SMK Triang 3, SMK Bera atau SMK Purun. Semua sekolah yang disebut adalah dibawah Daerah Bera kecuali SMK Chemomoi dibawah Daerah Bentong. Pelajar SMK Chemomoi datang dari Felda Chemomoi dan Felda Kemasul.

Ini bukanlah kali pertama Cikgu Nizam membawa pelajar-pelajar SMK Chemomoi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pelajar sebelum ini yang pernah dibawa oleh Cikgu Nizam, kini telah menyambung pelajaran di universiti. Harap-harap pelajar yang dibawa kali ini juga akan mencapai impian masa depan masing-masing. (kalau nak tau apa impian mereka, ikutilah blog Perpustakaan Awam Daerah Bera)

Semasa di dalam bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera, mereka juga melihat:
1. Galeri Foto Sejarah Daerah Bera (Galeri, Lampu dan Cerita)
2. Mini Galeri Foto-foto Rimba Rekreasi Bukit Bertangga,
3. Koleksi Foto-foto Tasik Bera
4. Pameran Buku-buku Dakwan (Pameran dan Buku)
5. Koleksi Foto Wajah-wajah Semelai Kampung Bongkok. Koleksi ini hanya di pamerkan semasa penutup program Ziarah di Kampung Bongkok anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Koleksi ini akan diterbitkan secara berperingkat dalam Laman Kerayong bermula 24.8.2009.

Selepas tamat lawatan di perpustakaan Awam Daerah Bera, lawatan di teruskan di Restoran Anjung Seri yang berhampiran dengan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
01
Sedap
02
Sedap, sedap.
03
Sedap, sedap, sedap.
04
Akhir sekali Laman Kerayong ucapkan terima kasih 'Daun Keladi' kepada Cikgu Nizam, semoga cikgu akan lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan minat cikgu. Terima kasih juga kerana belanja kami semua (RM28.00), semoga lebih murah rezeki cikgu.

Sekian.
10.30pagi. 21.07.2009 (Selasa)
perkara ini ada juga diterbitkan dalam
.
Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera

Monday

SJK C Triang No.1 -19.7.2009

Pada Hari Ahad 19hb. Julai, 2009 berkesempatan untuk hadir di Sekolah Jenis Kebangasaan (Cina) Triang No.1. Pada asal disangka ada pertandingan mewarna sahaja seperti tahun lepas. Rupanya ada macam-macam aktiviti. Macam-macam gambar dapat dirakamkan:
1. Senaman Cina (mungkin watakung) - 3 kpg
2. Mewarna - 7 kpg
3. Bomba - 8 kpg
4. Cara-cara membuat roket air - 32 kpg
5. Melancarkan roket ke udara - 21 kpg
6. Alat melancarkan roket air tersebut - 9 kpg
7. Gerai Pos Malaysia triang - 5 kpg
8. Penari sedang bermakup - 3 kpg
9. Gerai-gerai jualan - 8 kpg
10. Pancaragan Sekolah dan Tarian Naga - 8 kpg
11. VIP - 10 kpg

Jika mempunyai kesempatan akan disiarkan koleksi gambar-gambar ini. Pada hari sebelumnya iaitu 18 Julai, 2008, telah berkesempatan merakam pelbagai gambar-gambar di Temerloh. Antaranya adalah:

1. Basikal lama - 8 kpg
2. Galeri Tokoh - 30 kpg
3. Baby Kampung Darat Sanggang - 12 kpg
4. Ikan Toman Bunga - 12 kpg
5. Sungai Pahang - 50 kpg
5a. Buah dan bunga - 7 kpg
5b. Mandi - 18 kpg
5c. Menjala Ikan - 21 kpg
5d. Sungai - 7 kpg

Sekian.

Lawatan 3P Fama Bera (16) Cili Fertigasi

[Home]
Lawatan 3P (Penggredan, Pembungkusan Dan Pelabelan) Fama Bera Ke Selangor
Tarikh: 9.6.2009 (Selasa) Projek: Tanaman Cili Fertigasi Tempat: Pulau Endah Klang.
10 Kawasan tanaman Cili Fertigasi ini adalah kawasan larangan merokok.
09 Kawasan penanaman cili fertigasi ini dijaga dengan rapi. Rumput dipastikan tidak bermaharaja lela.
08 Kawasan tanaman cili ini, mengeluarkan hasil yang sangat sihat dan segar.
07 Pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung sibut mengutip hasil cili fertigasi yang sedang merah menyala.
06 Harga pasaran cili tidak menentu, ada masanya harga borong turun sampai RM3.00 sekilo.
05 Cili merah sedang dibawa ke tempat penggredan.
04 Tangki air yang menyimpan makanan untuk cili fertigasi.
03 Timbunan cili.
02 Ada sesiapa yang boleh habiskan sepinggan cili ini.
01 Peserta sedang mendengar taklimat ringkas tentang penanaman dan penggredan cili.

Friday

Terima Kasih Mohdhazairi

Laman Kerayong mengucapkan terima kasih kepada blog "http://mohdhazairi.blogspot.com/" kerana meletakkan link Laman Kerayong dalam blog anda. Gambar ini adalah sebagai cenderamata daripada blog Laman Kerayong kepada blog Mohdhazairi. Boleh mengunakannya sebagai 'header' blog Mohdhazairi.

Thursday

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri

Majlis Perasmian Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bera, Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Bera dan Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Timur.

Oleh

Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

pada
12 Julai 2009 (Ahad) bersamaan 19 Rejab 1430H
Jam: 3.45 ptg

bertempat:
Laman Kerayong

Tuesday

Kampung Asli Bongkok


Hari semalam (13.07.2009 -Isnin) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah membuat tinjuan di Kampung Asli Bongkok bagi mengadakan aktiviti perpustakaan sempena Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera 2009. Sambutan ini akan diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2009 di Kg Asli Bongkok.

Sampai di Kg Asli Bongkok kami terus berjumpa dengan guru Tadika Kemas Bongkok. Beliau terkejut dengan kunjungan kami kerana tidak dimaklumkan tentang program Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Daerah Bera 2009 yang akan diadakan di Kg Asli Bongkok.

Walau bagaimanapun beliau tetap seronok dan bersedia memberikan sokongan. Beliau mahukan pertandingan yang ada kelainan. Bukan lagi pertandingan mewarna. Untuk itu kami akan mengadakan pertandingan Bina Menara. Pertandingan Bina Menara ini telah banyak kali kami adakan untuk pelajar tadika, rendah dan menengah. Adakalanya pelajar tadika boleh mengalahkan pelajar sekolah rendah. Ada juga masanya pelajar sekolah rendah mengalahkan pelajar sekolah menengah.

Dalam pada itu , guru tersebut sempat bercerita tentang masalah yang dihadapai oleh penduduk Islam di Kg Asli Bongkok. Mengikut tinjuan beliau terdapat lebih kurang 10 orang penduduk Islam di Kg Asli Bongkok ini. Guru tersebut telah 4 tahun berkhidmat di Tadika Kemas Bongkok. Beliau amat gembira jika ada pihak yang berminat membantu penduduk Islam di Kg Asli Bongkok mendalami ilmu Islam. Mungkin kehadiran PERKIM Pahang pada 14-16 Julai 2009 ini akan memberi tambahan ilmu kepada penduduk Islam di kampung ini.

Monday

Lawatan 3P Fama Bera (15) Peserta Bergambar

[Home]
Lawatan 3P (Penggredan, Pembungkusan Dan Pelabelan) Fama Bera Ke Selangor
Tarikh: 9.6.2009 (Selasa)
Projek: Tanaman Tembikai Tempat: Kampung Telok Nipah, Pulau Endah Klang.
Bimbingan: Pejabat Pertanian Daerah Kelang, Selangor.



































Sunday

Lawatan 3P Fama Bera (14) Tembikai

Lawatan 3P (Penggredan, Pembungkusan Dan Pelabelan) Fama Bera Ke Selangor
Tarikh: 9.6.2009 (Selasa)
Projek: Tanaman Tembikai
Tempat: Kampung Telok Nipah, Pulau Endah Klang.
Bimbingan: Pejabat Pertanian Daerah Kelang, Selangor.
10
09