Wednesday

Maulidur Rasul Daerah Bera: Sekitar Program (4)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

Inilah foto-foto yang dirakamkan bagi menunjukkan suasana sekitar program sambutan. Dan akhir sekali marilah kita renung tulisan berikut:

"KITA MENGENAL ALLAH. TETAPI TIDAK MENUNAIKAN HAKNYA. KITA BERKATA CINTA KEPADA RASULULLAH TETAPI KITA TOLAK SUNNAH( HADIS ). KITA MEMBACA AL-QURAN TETAPI KITA TIDAK BERAMAL DENGANNYA. KITA TERIMA NIKMAT ALLAH TETAPI KITA TIDAK BERSYUKUR. KITA BERKATA SYAITAN ITU MUSUH KITA TETAPI KITA TIDAK MENENTANGNYA. KITA BERKATA SYURGA ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK BERAMAL MENDAPATKANNYA. KITA KATAKAN NERAKA ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK LARI DARINYA. KITA BERKATA MATI ITU BENAR TETAPI KITA TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA. KITA BANGUN TIDUR LALU MEMBILANG KEAIBAN MANUSIA TETAPI KITA LUPA KEAIBAN SENDIRI. KITA KEBUMIKAN JENAZAH SAUDARA KITA TETAPI TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARINYA."

9 8
7 6
5 4
3 2
1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Maulidur Rasul Daerah Bera: Ceramah (3)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

18 17 16 15 14
100 peratus mat rempit adalah orang Melayu. Kita berdoa supaya mat rempit ini ditunjukkan jalan yang lurus supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Mereka (mat rempit) pula berdoa supaya ditunjukkan jalan yang paling lurus untuk mereka berlumba. Siapa yang paling cepat sampai ke pangkal jalan, akan menjadi mat rempit yang paling cekap dan cemerlang dalam ilmu merempit.
13
Jangan kata gejala sosoal tiada kaitan dengan kita dan keluarga kita. Lepak, buli, rempit, rokok, dadah, dedah, curi, bunih dan macam-macam lagi dan menghantui masyarakat kita. Mana kita nak lari. Manakan tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
12 11
Kita kata pada anak-anak kita tiga perkara. Pertama, belajar untuk rasa cinta pada Nabi. Kedua, Belajar untuk cinta kepada keluarga Nabi. Ketiga, selalu membaca Al-Quran. Kalau mereka tak mahu dengar kita ulang dan ulang. Kita jangan kata "Lu pikir lah sendiri". Mereka mana reti pikir benda lain selain nak cari jalan yang paling lurus untuk berlumba.
10 9
Apa yang kita tanam dalam diri kita dan anak-anak kita, itulah yang akan kita kutip hasilnya. Mana boleh kita tanam ubi kayu dan harapkan padi yang tumbuh. Nabi gelisah tidak boleh tidur kerana belum bersedekah. Kita tak boleh tidur kerana esok ada orang datang nak mintak sedekah. Orang lain hulurkan duit dalam tabung derma masjid. Kita senyuk aka bila lalu dekat tabung masjid kerana senyuman adalah sedekah.
8 7
Bila mak bapak bercerai anak memberontak, anak kosong jiwa dan anak jadi keciwa. Dimana silapnya? Ada negeri yang mencatatkan kes percerian tertinggi dikalangan orang-orang tua. Makin tua makin muda bercerai. Apa silapnya? Antara silapnya adalah doa semasa kenduri kahwin. Kalau masa kenduri 1,000 orang yang datang mendoakan supaya "Berbahagia Hingga Ke Anak Cucu". Lepas dapat cucu dah tak bahagia lagi, maka bercerai.
.
1990(661), 1991 (600), 1992(552), 1993(546), 1995(689), 1996(763), 1997(1,062), 1998(1,221), 1999(1,118), 2000(1,016), 2001(1,042), 2002(894), 2003(917), 2004(616), 2005(1,505), 2006(1,541) dan 2007(1,502).
.
Semasa mula-mula kawin semuanya manis. Bila dan lama kawin hilang semua yang manis-manis. Tinggallah kencing manis sahaja.
6 5
Kalau nak pilih pasangan untuk berkahwin kena pilih betul-betul. Pilih suami atau isteri bukan macam pilih kain baju. Suka pakai tak suka buang, beli yang lain atau beri kat orang lain. Pilih pasangan yang mempunyai akhlak dan jaminan masa depan. Tetapi kalau dah jodoh dah tak boleh buat apa-apa selain berdoa. Berdoa lah selalu. Ditakdir dapat suami panas baran dan suka pulul isteri. Isteri kenalah selalu berdoa. Minta Allah lembutkan hati suami. Jangan mintak lembutkan suami, daripada suami baran dapat pula suami lemah lembut macam perempuan.
4 3
Orang yang sembahyang belum tentu baik. Orang yang baik tentu akan sembahyang. Orang yang pergi ke masjid belum tentu baik semuannya. Orang yang baik akan selalu pergi ke masjid.
Kalau kita tak mampu nak amalkan semua tuntutan Islam, jangan tinggalkan semua.
2 1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maulidur Rasul Daerah Bera: Selawat (2)

Tarikh: 24 Mac 2009 (Selasa). Tempat: Masjid Daerah Bera (Darul Fikri). Masa:8.00 malam
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

Sebelum ceramah dimulakan, penceramah telah menjemput semua peserta untuk berdiri dan berselawat.

Banyak sungguh manafaat yang diperolehi bagi mereka yang berselawat. Banyak sungguh kalau nak kira, 10 kali ganda, 11 kali setiap kali selesai , 100 kali sehari, 7 kali pada air , 3 kali setiap selepas solat 5 waktu , 1000 kali sehari, sekali pada malam Jumaat, 41 kali sehari, 1000 kali pada malam Jumaat, 33 kali sehari , 3 kali setiap selesai solat , 10 kali pada setiap waktu , 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, 70 kali sehari, 80 kali tiap selepas solat , 1000 kali selepas solat hajat, 40 hingga 100 kali setiap hari dan 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari.

Selawatlah supaya: turun rahmat, hapuskan dosa-dosa kecil , bertemu jodoh , perut yang sakit atau memulas akan sembuh, dihilangkan kebuntuan fikiran , kebijaksanaan pemikiran, dihormati dan dihargai , saat mautnya akan dipermudahkan , daripada sifat tercela, beroleh kebahagiaan , akhlak kita disenangi , menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, beroleh ketenangan fikiran, menjamin keselamatan hidup , menghindarkannya daripada sebarang bencana, bebas ancaman musuh serta bahaya fitnah, membersihkan kekeruhan jiwa, terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan , dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah, mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW, dapat menemui Nabi SAW dalam mimpi, dibukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka, Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan , dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya , dikabulkan Allah akan hajat, saat kematiannya dalam kesudahan yang baik dan akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya.
[rujukan http://soleh.net/2007/09/26/keajaiban-selawat/]
8 7
6 5
4 3
2 1
Canon S5IS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maulidur Rasul Daerah Bera: Perasmian (1)

24 Mac 2009 (Selasa). Masjid Daerah Bera (Darul Fikri)
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BERA BAGI TAHUN 2009/1430H

Aturcara:
8.00 mlm: Ketibaan Dif-dif Jemputan dan Orang Ramai. Makan Malam. Solat Isyak Berjemaah.
9.00 mlm: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis. Bacaan Doa. Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Program. Ucapan Perasmian. Bacaan Al-Quraan. Persembahan Nasyid. Ceramah Agama. Majlis Bersurai.
11 Penyampaian cenderamata oleh Pegawai Agama Islam Daerah Bera kepada Pegawai Daerah Bera.
10
Ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Bera bagi merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bera bagi Tahun 2009/1430H.
9 8
Ucapan aluan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Bera semasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bera bagi Tahun 2009/1430H.
7 6
5 4 3
Bacaan Doa dan Juruacara semasa majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bera bagi Tahun 2009/1430H.
2 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[25.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar

Olahraga MSSD Bera 2009: Hari 3 (Tamat)

26hb. Februari 2009 (Khamis). Padang SMK Bandar Kerayong. Bera, Pahang.
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BERA 2009

Siapakah yang menjadi juara tidak penting bagi lamankerayong.blogspot.com. Yang penting banyak foto-foto telah dapat dirakamkan semasa kejohanan ini. Foto-foto ini diharap akan menjadi kenangan kepada semua yang terlibat. Blog Laman Kerayong akan menjadi "Tukang Simpan" bagi semua kenangan-kenangan yang bersejarah ini. Semoga foto-foto ini memberi manafaat kepada kita semua pada masa akan datang.

Untuk makluman semua foto-foto dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara Blog Laman Kerayong. Sesiapa yang berminat untuk menggunakan foto-foto yang ada dalam koleksi Laman Kerayong hanya perlu memaklumkan melalui ruangan 'comments' di bawah.
8

7 6
5 4
3 2
1
Canon 20D %0mm F1.8 dan Fuji S7000
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------