KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD) BERA 2009
Francia 'Fanny' Blankers-Koen (Belanda) mula terkenal sebagai atlet lompat tinggi ketika Olimpik 1936 (Berlin) semasa berumur 18 tahun. Fenny muncul semula ketika berusia 30 setelah menjadi ibu kepada dua orang anak semasa Olimpik 1948 (London). Fanny telah mendapat empat pingat emas; 100m, 200m, 80m lompat pagar dan lari berganti-ganti. Malangnya pencapaian beliau terhenti setakat itu kerana peraturan tidak membenarkan wanita bertanding lebih daripada tiga acara balapan individu.
Fanny telah mencipta 15 rekod dunia bagi lapan acara yang berbeza. Memenangi lima kejuaraan Eropah. Menjuarai 56 acara peringkat kebangsaan di Belanda. Akhirnya satu tugu peringatan telah dibina untuk beliau di Amsterdam. Fanny mewakili Belanda dalam tiga olimpik iaitu Olimpik 1936 (Berlin), Olimpik 1948 (London) dan Olimpik 1952 (Helsinki).
(Sumber 1: Buku Siri Temasya Olimpik: Tokoh Atlet Olimpik oleh Zamry Ismail dan diterbitkan oleh Idea Kreatif 2007)
(Sumber 2: Buku Siri Temasya Olimpik: Asal Usul Olimpik oleh Zamry Ismail dan diterbitkan oleh Idea Kreatif 2007)