KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BERA 2009
Lihatlah foto acara lompat jauh yang sedang dilakukan oleh pelajar sekolah rendah di Daerah Bera. Pada masa dahulu terdapat acara lompat jauh berdiri, sekarang dah tak ada. Ray Clarence Ewry telah memenangi lapan pingat emas bagi acara lompat jauh berdiri iaitu Olimpik 1900 (Paris), Olimpik 1904(St. Louis, Amerika) dan Olimpik 1908 (London). Kini kesemua acara lompat berdiri ( lompat jauh berdiri, lompat tinggi berdiri dan lompat kijang berdiri) tidak lagi lagi dipertandingkan bermula Olimpik 1912 (Stockholm, Sweden).
Ray Clarence Ewry adalah kanak-kanak yang bergerak dengan kerusi roda kerana dijangkiti polio. Ramai yang sangka beliau akan lumpuh seumur hidup. Namun dengan semangat dan latihan yang gigih, Ray mampu menyertai tiga sukan olimpik. (Sumber: Buku Siri Temasya Olimpik: Tokoh Atlet Olimpik oleh Zamry Ismail dan diterbitkan oleh Idea Kreatif 2007)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[03.03.09][06.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar