Semasa memulakan Laman Kerayung ini pada 23.10.2008, saya bertugas sebagai Ketua Daerah Bera. Bermula 1 Julai 2009 saya telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Rangkaian di negeri. Kalau dulu bertanggungjawab untuk Daerah Bera dan desa-desa di Daerah Bera sahaja. Kini bertanggung jawab terhadap semua daerah-daerah di negeri Pahang. Juga bertanggungjawab terhadap semua desa-desa dan semua perkhidmatan bergerak di negeri Pahang. Saya telah diarahkan mula menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian Rangkaian bermula pada 4 Januari 2010.
Sebenarnya masih banyak gambar-gambar berkaitan dengan Daerah Bera yang ingin saya simpan dalam Laman Kerayong ini. Supaya boleh dikongsi bersama orang-orang yang macam saya. Tetapi perubahan tugas dan tanggungjawab telah menghadkan masa saya untuk Laman Kerayong. Daripada menjaga 6 lokasi kepada lebih 60 lokasi tentu memerlukan perancangan masa yang rapi.
Atau mungkin ada orang lain yang lebih berbakat, berminat dan berkeupayaan untuk melaporkan perkembangan-perkembangan di Daerah Bera. Supaya orang-orang Bera yang berada di luar daerah, luar negeri atau luar negara dapat ikiti perkembangan tanah air tercinta mereka.
Sehingga kini sebanyak 332 bahan telah saya siarkan dalam Laman Kerayong. Ada juga penghargaan yang saya terima selama kendalikan Laman Kerayong ini. Tak terkecuali juga umpat keji yang diterima daripada anak cucu orang tempatan. Terima kasih semuanya.
Sekian.