Showing posts with label Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan. Show all posts

Monday

JKR Bera -Pertandingan memancing (01)

Pada 27 Jun 2009 (Sabtu) Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Memancing. Pertandingan ini terbuka kepada kakitangan JKR Daerah Bera, kakitangan kerajaan Daerah Bera dan penduduk Daerah Bera.

Macam-macam hadiah menarik disertakan, antaranya tv yang besar-besar, basikal, wang tunai dan macam-macam. Penuh satu lori JKR dengan hadiah-hadiah untuk peminat dan kaki pancing.
05
Untuk melihat maklumat yang telah dimasukkan sebelum ini sila klik disini[http://lamankerayong.blogspot.com/2009/06/jkr-daerah-bera.html]
04
Masih terdapat beberapa siri gambar sekitar pertandingan memancing ini yang akan dimasukkan dalam Laman Kerayong. Gambar-gambar tersebut akan dimasukkan secara berperingkat berdasarkan kelapangan masa.
03
Antara gambar yang akan dimasukkan adalah pemancing bertuah dari Majlis Daerah Bera (MDB) yang menjadi peserta pertama dapat memancing ikan keli yang beratnya hampir 3 kg.
02
Gambar-gambar lain adalah, ramah mesra Jurutera Daerah Bera dengan peserta memancing. Gelagat pemancing dengan pancing masing-masing. Kehadiran peserta bersama isteri/kekasih
dan anak-anak. Dan juga aksi kakitanga JKR Daerah Bera yang bertugas menjadi urusetia pertandingan.
01
Tahniah kepada JKR Daerah Bera kerana berjaya mengadakan pertandingan memancing yang berjaya mengumpulkan kakitangan kerajaan dan penduduk daerah Bera di kolam memancing.