Showing posts with label Orang Lama. Show all posts
Showing posts with label Orang Lama. Show all posts

Friday

Nenek Luyah Kg Mengkarak

Ini adalah Nenek Luyah. Saya bertemu dengen nenek ni di Perpustakaan Desa Kg Mengkarak. Walaupun dah tak nampak jelas untuk membaca tetapi seronok melihat Perpustakaan Desa Kg Mengkarak ni dah dibuka semula setelah dilanda banjir pada 10.12.2007.
05
Nenek Luyah tinggal seorang sahaja. Anak dan cucu ada datang menjengok. Kebanyakannya tingal berhampiran.
04
Masa muda-muda sikit suka pakai baju lawa sikit supaya nampak cantik sikit. Sekarang dah tua-tua ni dah tak kisahkan nak pakai baju yang cantik dan lawar. Pakaian yang ada ni dan dirasakan mencukupi. Tak ada apa yang nak dikejarkan lagi.
03
Bila ditanya tentang zaman jepun dan komunis, banyak cerita yang ditempoh dan didengar. Tetapi mungkin Nenek Luyah tak berapa seronok bercerita tentang jepun dan komunis di bulan puasa ni dan hari pun dah dekat nak raya. Ini buka kata nenek Luyah tetapi analisa saya.
02
Mungkin banyak cerita komunis yang terpahat dilantai otak dan terbenam didinding hati. Tak semua orang suka bercerita tentang kenangan yang menusuk jiwa ibarat terhiris buluh lemang yang belum dibakar. Memang ada yang tak sanggup bercerita tentang komunis yang kejam. Kalau anda nak baca temuramah yang sampai peringkat mengeluarkan air mata, klik DISINI [http://lamankerayong.blogspot.com/2009/08/chin-peng-sudah-lari.html]
01

Thursday

Cikgu Hussin Mira Kembali Ke Rahmatullah

Puan Azmah binti Hussin telah memaklumkan kepada Laman Kerayong pada 10 Julai 2009 bahawa ayah beliau iaitu Cikgu Hussin b Mira telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2009 jam 4.40 pagi di rumahnya di Kg Lubuk Lian, Kuala Bera, Bera, Pahang. Jenazah arwah Cikgu Hussih telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Serai, Kuala Bera, Bera, Pahang. Allah swt telah menentukan bahawa hayat beliau sampai 87 tahun di dunia ini.

Semasa hayatnya, Cikgu Hussin sering menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dengan kerjasama Cikgu Hussin. Sayangnya tiada satupun kajian-kajian tersebut ada di Daerah Bera. Jika ada sesiapa yang menyimpannya, harap dapat serahkan satu salinan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk rujukan di masa hadapan.

Cikgu Hussin telah berkahwin dengan Zaharah bt Awang. Pasangan ini dianugerahkan 11 orang anak. Iaitu:
1. Kamariah(Kuantan)
2. Norlaili (Kuala Bera)
3. Abdul Halim (Seberang Guai)
4. Hamsiah (Kuantan)
5. Khuzaimah (Temerloh)
6. Khairudin (Sanggang)
7. Solehan (Putra Jaya)
8. Azmah (Padang Luas, Kerayong)
9. Azman (Shah alam)
10. Akhrizan (Kuantan)
11. Husinizah (Kg Lubuk Lian)

Cikgu Hussin pernah bertugas di Sekolah Batu Boh, Sekolah Durian Tawar, Sekolah Guai dan akhir sekali Sekolah Orang Asli Bukit Rok. Cikgu Hussin adalah lepasa Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Seorang cucu beliau Norhafizah (anak Hamisah) telah mengikut jejak langkah Cikgu Hussin belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Menurut Puan Azmah lagi, Cikgu Hussin seorang yang amat lembut dan tertib. Jika beliau sedang nak makan dan tetamu datang. Beliau akan berhenti makan dan meminta dihidangkan kepada tetamu juga. Beliau akan meminta tetamu makan dahulu.

Cikgu Hussin mempunyai ramai anak murid. Puan Azmah sering kali ditegur oleh orang yang tidak dikenali dan mengaku beliau adalah anak murid Cikgu Hussin. Terlalu ramai anak-anak murid beliau yang menghargainya.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa beliau. Al Fatihan untuk beliau.

Tuesday

Jang b Nong Chik (1952)

Foto 03

Pada 25.05.2009 (Isnin) telah diadakan majlis Taklimat Khas Oleh Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah yang dijalankan di kawasan Guai. Taklimat tersebut telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Turut hadir untuk mendengar taklimat tersebut adalah Encik Jang bin Nong Chik.

.Ramai ketua kampung dan pemimpin di Kawasan Guai telah hadir namun begitu hanya seorang sahaja yang tergerak hati untuk menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sebenarnya En. Jang b Nong Chik telah lama ingin menjadi ahli di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Semasa bertugas dengan Dato' Haji Mohd. Hayani bin Haji Abdul Rahman (DIMP., KMN., AMN., PPN., PJK.) lagi niat telah ada. Apabila di panggil untuk mendengar taklimat Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah di Perpustakaan Awam Daerah Bera, beliau terus mendaftar sebagai Ahli Dewasa di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

.Secara ikhlas En. Jang b Nong Chik mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang benar-benar minat membaca. Beliau juga bukan seorang kaki buku atau ulat buku atau seorang yang amat meminati buku. Cuma, menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berbudaya membaca.

.Bagi beliau tidak cukup dangan menyertai program-program yang dijalankan oleh perpustakaan sebagai bukti bahawa kita menyokong budaya membaca. Bila ada program yang diminati, kita ke perpustakaan sebagai bukti kita minat membaca. Bila tak ada program tak perlu pergi ke perpustakaan, pasal tak ada kaitan. Seolah-olah budaya membaca hanya ada bila ada program. Satu cara yang lebih mudah untuk menunjukkan bahawa kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu adalah dengan menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kad keahlian perpustakaan adalah sebagai bukti kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu yang sering dikempenkan oleh kerajaan.

.Semoga usaha yang ditunjukkan oleh En. Jang b Nong Chik ini menjadi contoh kepada pemimpin dan masyarakat di Kawasan Guai, Kawasan Kemayan dan Kawasan Triang.
.Berikut adalah gambar Encik Jang Bin Nong Chik semasa Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Daerah Bera yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Foto 02
Foto 01

"Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------