Thursday

Cikgu Hussin Mira Kembali Ke Rahmatullah

Puan Azmah binti Hussin telah memaklumkan kepada Laman Kerayong pada 10 Julai 2009 bahawa ayah beliau iaitu Cikgu Hussin b Mira telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2009 jam 4.40 pagi di rumahnya di Kg Lubuk Lian, Kuala Bera, Bera, Pahang. Jenazah arwah Cikgu Hussih telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Serai, Kuala Bera, Bera, Pahang. Allah swt telah menentukan bahawa hayat beliau sampai 87 tahun di dunia ini.

Semasa hayatnya, Cikgu Hussin sering menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dengan kerjasama Cikgu Hussin. Sayangnya tiada satupun kajian-kajian tersebut ada di Daerah Bera. Jika ada sesiapa yang menyimpannya, harap dapat serahkan satu salinan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk rujukan di masa hadapan.

Cikgu Hussin telah berkahwin dengan Zaharah bt Awang. Pasangan ini dianugerahkan 11 orang anak. Iaitu:
1. Kamariah(Kuantan)
2. Norlaili (Kuala Bera)
3. Abdul Halim (Seberang Guai)
4. Hamsiah (Kuantan)
5. Khuzaimah (Temerloh)
6. Khairudin (Sanggang)
7. Solehan (Putra Jaya)
8. Azmah (Padang Luas, Kerayong)
9. Azman (Shah alam)
10. Akhrizan (Kuantan)
11. Husinizah (Kg Lubuk Lian)

Cikgu Hussin pernah bertugas di Sekolah Batu Boh, Sekolah Durian Tawar, Sekolah Guai dan akhir sekali Sekolah Orang Asli Bukit Rok. Cikgu Hussin adalah lepasa Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Seorang cucu beliau Norhafizah (anak Hamisah) telah mengikut jejak langkah Cikgu Hussin belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Menurut Puan Azmah lagi, Cikgu Hussin seorang yang amat lembut dan tertib. Jika beliau sedang nak makan dan tetamu datang. Beliau akan berhenti makan dan meminta dihidangkan kepada tetamu juga. Beliau akan meminta tetamu makan dahulu.

Cikgu Hussin mempunyai ramai anak murid. Puan Azmah sering kali ditegur oleh orang yang tidak dikenali dan mengaku beliau adalah anak murid Cikgu Hussin. Terlalu ramai anak-anak murid beliau yang menghargainya.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa beliau. Al Fatihan untuk beliau.