Showing posts with label Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Perumahan. Show all posts

Tuesday

Bersenam dimana-mana

2.8.2009. Taman Kerayong Jaya, Bandar Bera. Pahang.
Kumpulan warga emas masyarakat cina ini selalu mengadakan senaman secara berkumpulan sesama mereka. Ada masa kumpulan mereka ini sampai sepuluh orang. Ada masa hanya dua orang sahaja. Tetapi mereka tetap menjalankan senaman mereka setiap petang. Senaman yang dilakukan setiap petang ini diiringi dengan lagu melalui kaset.
02
Golongan warga emas masyarakat cina ini melakukan aktiviti senaman mereka pada setiap pagi juga. Pada jam 6.30 pagi setiap pagi golongan ini akan berjalan mengeliling taman beramai-ramai sambil bercerita macam-macam isu. Kebanyakannya adalah wanita warga emas yang telah kematian suami. Terdapat juga dua kadang-kadang tiga orang lelaki warga emas mereka.
01
Jam 7.00 pagi ketika hari cuti sekolah ketika budak-budak lain masih tidur, cucu-cucu mereka telah bising mengayuh basikal, berlari dan bermain badminton. Mungkin mereka ni dah biasa bangun pagi, jadi ketika sekolah atau tak sekolah mereka tetap akan bangun pagi. Tiada istilah 'ambil kesempatan' untuk bangun lewat sempena cuti sekolah. Ada masa terfikir juga ... pukul berapa mereka masuk tidur?

Saturday

Bertani dimana-mana

2.8.2009. Taman Kerayong Jaya, Bandar Bera.
Masyarakat India di kawasan Perumahan Taman Kerayong Jaya amat meminati kerja-kerja bertani. Kawasan sekitar tangki air telah dimanafaatkan dengan sepenuhnya untuk dijadikan kebun sayur. Pokok-pokok yang ditanam kelihatan berjaga dan bukan terbiar setelah ditanam.

Mereka yang mengusahakan penanaman sayur ini adalah orang yang telah biasa berbakti dengan tanah. Mungkin mereka ini adalah golongan peneroka felda yang tinggal di luar felda. Usaha kaum india disini selalunya menarik perhatian mereka yang pertama kali melalui kawasan Taman Kerayong Jaya ini.

Bagi sesetenganh orang pula, tanah milik sendiri yang luas terbentang di belakang atau tepi rumah langsung tidak dihiraukan. Kalau pun diusahakan sekadar 'memanaskan badan' sahaja. Lepas tu tinggal. Tak boleh nak salahkan mereka juga, kerana nak jadi petani sejati yang mencintai tanah perlu mengalir darah dan jiwa petani dalam diri mereka. Kalau tak ada jiwa petani ni taman lada baru sepasu pun selalu lupa nak siram. Tetapi kalau ada kesungguhan semua boleh jadi. (bukan nak cerita pasal orang lain tetapi pasal diri sendiri)
04
03
02
01

Tuesday

Sekitar Jalan Pintas Kerayong (03) masih rosak

Ini pula pula adalah gambar jalan pintas kerayong yang dirakamkan pada 3.9.09. Keadaan menunjukkan jalan ini semakin sesuai untuk dijadikan tempat latihan basikal BMX, basikal MTB atau motocross. Jaraknya tidak berapa panjang tetapi cukup untuk membuat 'laps' yang kecil. Sebelum memulakan sesi latihan penganjur perlu memohon kebenaran. Cuma tak pasti kepada siapa kebenaran tersebut perlu dipohon.
923
Semakin berlopak.
922
Terdapat rumah yang sedang dalam pembinaan.
919
Jika hari hukan keadaan makin teruk.
918
Jalan tar juga telah rosak.
917

Saturday

Sekitar Jalan Pintas Kerayong (03) Jambatan

Gambar ini dirakamkan pada 3.6.2009. Jambatan yang terletak didalam kawasan kediaman kakitangan Polis Daerah Bera ini boleh dilihat dari Taman Seri Bera. Turut kelihatan dalam gambar adalah sebahagian bangunan Majlis Daerah Bera.
03
02
01

Friday

Sekitar Jalan Pintas Kerayong (02) Taman Seri Bera

Gambar ini dirakamkan pada 3.6.2009 di kawasan berhampiran Banguna Ibupejabat Polis Daerah Bera yang masih dalam pembinaan. Namun sehingga kini (12.06.2009) tidak lagi kelihatan pekerja meneruskan kerja-kerja pembinaan. Mungkin semua kerja telah siap.
08
07
06
05
04


03
02
01

Thursday

Sekitar Jalan Pintas Kerayong (01) Jalan Pintas

Gambar ini dirakamkan pada 3.6.2009. Kedudukan jalan ini adalah di belakang rumah kakitangan polis Daerah Bera yang sedang dalam pembinaan. Jalan yang rosak ini telah lama terbiar begini dan telah lama tidak kelihatan pekerja bertugas menyiapkan kediaman Kakitangan Polis Daerah Bera.
07
06
05
04
03
02
01