Saturday

Bertani dimana-mana

2.8.2009. Taman Kerayong Jaya, Bandar Bera.
Masyarakat India di kawasan Perumahan Taman Kerayong Jaya amat meminati kerja-kerja bertani. Kawasan sekitar tangki air telah dimanafaatkan dengan sepenuhnya untuk dijadikan kebun sayur. Pokok-pokok yang ditanam kelihatan berjaga dan bukan terbiar setelah ditanam.

Mereka yang mengusahakan penanaman sayur ini adalah orang yang telah biasa berbakti dengan tanah. Mungkin mereka ini adalah golongan peneroka felda yang tinggal di luar felda. Usaha kaum india disini selalunya menarik perhatian mereka yang pertama kali melalui kawasan Taman Kerayong Jaya ini.

Bagi sesetenganh orang pula, tanah milik sendiri yang luas terbentang di belakang atau tepi rumah langsung tidak dihiraukan. Kalau pun diusahakan sekadar 'memanaskan badan' sahaja. Lepas tu tinggal. Tak boleh nak salahkan mereka juga, kerana nak jadi petani sejati yang mencintai tanah perlu mengalir darah dan jiwa petani dalam diri mereka. Kalau tak ada jiwa petani ni taman lada baru sepasu pun selalu lupa nak siram. Tetapi kalau ada kesungguhan semua boleh jadi. (bukan nak cerita pasal orang lain tetapi pasal diri sendiri)
04
03
02
01