Monday

SJKC Triang No.1 - (02) Mewarna

Selepas merakamkan aksi senaman orang-orang tua, saya beralik kepada aktiviti mewarna. Tempat pendaftaran dijalankan dibawah pokok. Sungguh cantik dan nyaman tempat ini. Pertandingan pula diadakan di dalam kelas dan di dalam dewan. Pertandingan dalam dewan khas untuk kanak-kanak tadika.

01
Pada tahun lepas, apabila siap menyerahkan kertas mewarna, kanak terus diberikan hadian cenderamata. Tahun ini tak ada. Tetapi itu tak jadi hal. Bagi mereka yang penting adalah menyertai bukan hadiah. Kalau nak hadiah mak ayah mereka boleh belikan hadiah yang lebih mahal. Kadang-kadang warna yang mereka bawa adalah lebih mahal daripada hadiah no 1.
02
Kalau dibandingkan pertandingan mewarna tadika ... sedikit berbeza. Semasa pertandingan mewarna yang disertai oleh tadika ..., kadang-kadang mak,ayah dan cikgu yang sibuk nakkan anak mereka menang dan nakkan hadiah yang besar-besar. Kalau anak mereka tak menang mulalah pertikaikan penganjur. Kalau hadiahnya kecil kata mereka "Saya boleh belikan kalau macam ini".
03
Semasa pertandingan pula kadang-kadang cikgu akan pastikan semua duduk dekat kelompok tadika masing-masing. Kalau duduk berjauhan ada yang menangis.
04
Pendaftaran peserta diuruskan oleh pelajar sekolah menengah. Orang dewasa tiada di tempat pendaftaran. Mereka percayakan golongan muda untuk uruskan perkara sebegini.

Di sesetengah tempat, pendaftarannya diuruskan oleh orang dewasa. mereka tiada golongan pelajar menengah untuk dilatih menguruskan perkara-perkara semudah ini.
05