Showing posts with label Orang Asli Semelai. Show all posts
Showing posts with label Orang Asli Semelai. Show all posts

Wednesday

Jeti Kg Asli Ibam (Bera, Pahang, Malaysia)

Gambar ini dirakamkan ketika melalui kg Batu Papan, Kg. Kuala Bera, Kg. Asli Bukit Rok, Kg Asli Ibam (Bera, Pahang, Malaysia) dan akhirnya tembus ke Simpang Kepayang.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

Thursday

Merdeka 2009 Daerah Bera (11) Asli Gemuroh

Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Inilah aksi kegembiraan penduduk Kampung Orang Asli Kg Gemuruh yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Bera semasa sambutan Merdeka di Bera. Majlis dan tamat tetapi masih tak terasa nak balik kerana acara habis terlalu cepat. Pasukan lain telah beredar meninggalkan kawasan padang tetapi orang Kampung Gemuruh ini masih berada di tengah padang.
1801
1800
1797
masih jelas terbayang rasa seronok selepas ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian Bera Puan Azizah.
1789
1788
1760

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
http://perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com/

Tuesday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B6)

Sekian tamatlah koleksi foto Wajah-wajah Asli Semelai Kg. Bongkik yang dirakamkan pada 16.7.2009 Sesi fotografi ini menggunakan kamera Canon 20D dengan menggunakan lens Tamron 90mm F2.8 dan tidak membawa lens lain. Serta tidak menggunakan flash.
05
04
03
02
01

Sunday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B5)

Koleksi foto B5 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009.
05
04
03
02
01

Friday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B4)

Koleksi foto B4 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009
05
04
03
02
01

Wednesday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B3)

Koleksi foto B3 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009
05
04
03
02
01

Monday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B2)

Koleksi foto B2 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009.
05
04
03
02
01

Saturday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (B1)

Koleksi foto B1 ini telah dirakamkan pada 16.7.2009 menggunakan kamera yang jarang-jarang saya gunakan iaitu Canon 20D dengan menggunakan lens Tamron 90mm F2.8.
05
04
03
02
01

Sunday

Kg Asli Bongkok - Rapek Bt Safar

Ketika majlis hendak bermula, saya nampak seorang nenek tua yang berjalan menuju ke kawasan khemah tetapi tidak tahu hendak duduk di kerusi mana. Tiada orang yang mempersilakan nenek ini untuk duduk. Apabila nenek ini memandang saya, terus saya mengajak duduk di kerusi bersebelahan saya. Dengan gembiranya nenek tersebut datang dan terus duduk.

Soalan pertama saya adalah "Umur dan berapa tahun?". nenek terus menjawab "Dua ratus tahun" sambil ketawa dan menepuk belakang saya. Sambil turut sama ketawa saya bertanya semula "Kenapa banyak sangat?". Kata nenek "Tak ada orang bagi tau berapa umur". Yang diingatnya adalah ketika jepun menceroboh Tanah Melayu dia sedang bertelanjang bulat.

Perbualan seterusnya.
Saya: "Sihat lagi ke"
Nenek: "Sihat la, kalau tak tak datang"
Saya: "Tak ada pergi klinik ke?"
nenek: "Ada"
Saya: :"Berapa kena bayar"
Nenek: "Ada RM13. Sekali tu nak kena bayar RM50, tak ada duit"
saya: "Sekarang ni kuat lagi ke?"
Nenek: "Kuat, dah jalan kaki tiap-tiap hari"
Saya: "Jalan sampai ke mana?"
Nenek: "Sampai ke Kerayong"
Saya: "Berapa lama baru sampai?"
Nenek: "Kalau mula pukul tujun, sampai pukul lapan"
Saya: "Ada dapat bantuan duit Kebajikan Masyarakat"
Nenek: "Katanya nak bagi bulan ni. Tapi saya ada pencen arwah suami RM180 sebulan"
Saya: Cukup ke?"
Nenek: "Cukup tak cukup ... cukupkan juga."
Saya: "Tak kawin lagi?"
Nenek: "Kawin tak kawin, serupa je?"
saya: "Ada anak?"
Nenek: "... tak ada"
Saya: "Tak ambil anak angkat?"
Nenek: "Huuh, anak sendiri pun tak nak jaga kita apa lagi anak angkat."
Saya: "Tidur sorang aja la?"
Nenek: "Ya la, bilik dua. Tak tau mana nak tidur. Tapi letrik tak ada. Pakai pelita. Dekat nak tidur padam, takut terbakar nanti"
Saya: "Nama apa?"
Nenek terus mengeluarkan buku 'Certificate Of Conversion To Islam' sambil berkata, "Tengok la sendiri"

Nam asli nenek ini adalah Rafek bt Safar. Nama Islam nenek adalah Rafeah Bt Abdullah @ Safar. Nenek Rafeah ini lahir pada 12.12.1932. Umur nenek Rafeah ni 77 tahun. Masih sihat. telah memeluk Islam pada 12hb November, 2002.

Nenek ini memakai skop kepala Superman dan selipar Mickey Mouse.

Friday

Kg Asli Bongkok - Remah b Ahlong

Masih lagi sekitar Program Dakwah dan Ziarah di Kampung Bongkok. Program ini dijalankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Turut memeriahkan program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera.
01
Turut membuat pemeriksaan adalah Pakcik Awang yang berumur 67 tahun. Nama sebenar Pakcik Awang adalah Remah b Ahlong. Beliau dilahirkan pada tahun 1944. Saya telah mengenali Pakcik Awang ini ketika Asyik FM membuat lawatan ke Kampung Bongkok beberapa tahun dahulu. Pada masa itu saya hanya membuat sedikit rakaman video tentang Merbau Bongkok yang diceritakan oleh pak Cik Awang.
02
Kini Pak Cik Awang lebih sihat berbanding ketika saya mula-mula bertemu dangan beliau beberapa tahun dahulu. Dahulu bergerak dengan bertongkat rotan manau. Kini telah boleh berbasikal.
03
Apa yang lebih mengembirakan Pak Cik Awang adalah beliau bakal menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera. Duit itu amat bermakna kepada Pak Cik yang akan selalu memakai baju hijau pasukan keselamatan. Katanya baju ini adalah kenangan semasa berkhidmat Pasukan Rela. Malah Pak Cik Awang pernah menjadi ketua Rela di Kampung Bongkok.
04
Cerita Pak Cik Awang, Kampung Bongkok ini ada dua belah. Sebelah sungai sana dinamakan Kampung Merbau Bongkok. Disana ada pokok merbau yang macam orang bongkok. Kampung Bongkok sebelah sini berasal dari cerita seorang tua yang sering menangkap ikan terbongkok.
05
Seingat beliau telah ada empat orang Tok Batin yang telah berkhidmat di Kampung Bongkok. Mereka adalah: 1. Rintong, 2. Kling, 3. Saaya, 4. Terunak dan 5. Remol. Tok Batin Remol masih berkhidmat sebagai Tok Batin sehingga kini. Walau bagaimanapun keadaan kesihatan tidak mengizinkan Tok Batin Remol bergerak cergas seperti dahulu. Encik O telah membantu Batin Remol menjalankan tugas batin semenjak 1992.