Showing posts with label Roket. Show all posts
Showing posts with label Roket. Show all posts

Friday

SJKC Triang No.1 -(12) Tetamu VIP

Akhir sekali sampai kepada acara kemuncak. Ketibaan VIP telah disambut oleh persembahan pasukan pancaragam sekolah. Seterusnya tetamu VIP dipersembahkan dengan tarian naga. Akhir sekali tetamu VIP melancarkan roket air yang pertama pada hari ini (19.7.2009)
05
Roket air dilancarkan.
04
Bersedia untuk melancarkan roket air ke udara.
03
Pengiring tetamu VIP.
02
Ketibaan tetamu VIP.
01
Tetamu VIP dipsesembahkan dengan tarian naga
.
Harap-harap tetamu dan pengunjung sudi datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Sebagai tanda menyokong budaya membaca.

Monday

SJKC Triang No.1 - (07) Lancar Roket 3

Gambar ini dirakam selepas acara melancarkan roket terpaksa ditamatkan. terpaksa ditamatkan kerana ada roket-roket yang di buat dengan tidak sempurna. Pembinaan yang tidak sempurna ini akan menyebabkan roket tidak naik lurus. Seterusnya roket akan mendarat di kawasan yang tidak dijangkan. keadaan ini amat merbahaya kerana orang yang berada dikawasan kawasan yang tidak dijangkakan ini tidak menyedari sesuatu akan jatuh dari atas. Terdapat roket yang terjatuh atas bumbung. Ada yang hampir mengenai kanak dan orang tua. Pihak penganjur akhirnya memutuskan untuk memindahkan acara melancarkan roket ini di padang awam yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan Triang.
05
Inilah rupa alat melancarkan roket secara lebih dekat.
04
tak susah membuatnya bagi orang yang benar-benar berminat.
03
Tak susah memikirkannya bagi mereka yang suka berfikir tentang benda-benda yang rumit. Tak sesuai untuk mereka yang hanya fikirkan makan, minum, tidur, main, makan, minum, tidur, jalan-jalan, makan, minum, cakap-cakap kosong, makan, ...
02
Kena pam dahulu.
01
Bersedia untuk dilancarkan.

Kalau ada masa datang-datang la ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Kalau ada minat membaca.

Friday

SJKC Triang No.1 - (06) Lancar Roket 2

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika kumpulan GBBM (Gerakan Belia Bersatu Malaysia) sedang bersiap hendak melancarkan roket mereka.
05
04
03
02
01

Tuesday

SJKC Triang No.1 - (05) Lancar Roket 1

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta bersiap untuk cuba melancarkan roket yang pertama. Kumpulan peserta ini amat gembira untuk melihat hasil kreativiti mereka. Adakah roket mereka akan jatuh dalam bulatan pelancaran atau akan tersasar jauh.
05
Senyum melebar, kerana yakin roket mereka akan berjaya dilancarkan keudara.
04
Roket telah bersedia untuk dilancarkan.
03
Masih sempat lagi bergambar.
02
Masih ada lagi yang mahu tangkap gambar.
01
Peserta pertama yang akan melancarkan roket air yang telah dibina bersama rakan sepasukan.

Saturday

SJKC Triang No.1 - (04) Buat Roket

Gambar ini dirakamkam pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta sedang belajar membuat roket air. Penerangan diberikan secara bercampur-campur anatara bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Pengajar sungguh bersemangat dan seronok untuk mencurahkan ilmu kepada peserta. Peserta pula amat teruja untuk menghasilkan roket yang dapat naik tinggi dan lurus.
01
Untuk menghasilkan roket ini, memerlukan dua botol air. Mungkin lebih baik digunakan botol air '100 Plus'. Untuk menghasilkan sebuat roket, diperlukan dua botol air.
02
Kulit pembalut botol air digunakan bagi menyumbat bahagian atas.
03
Kedua botol air dicantumkan menjadi satu. Cantuman perludilakukan dengan betul dan seimbang. Jika tidak, roket tidak akan naik lurus ke udara. Atau jika tidak bernasib baik, ia jatuh jauh daripata tempat dilancarkan.
04. Penceramah sedeng menerangkan prinsip asas pembinaan roket air.
Setelah siap, botol tersebut diisikan dengan air paip.
05 Encik Rajanderan (Alam Flora) bersama rakan-rakan sebelum bengkel membuat roket air dimulakan.