Sunday

SMK Mengkarak: Sukan 2009 (Khemah)

21hb. Februari 2009. Padang SMK Mengkarak. Bera. Pahang.
SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN MENGKARAK 2009

Hiasan khemah sukan yang dihasilkan oleh pelajar SMK Mengkarak sungguh menarik. Secara terus-terangnya boleh dikatakan berbeza dengan hiasan khemah di Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong. Tetapi setiap sekolah ada cara masing-masing supaya nampak kelainan dan keunikan sukan peringkat sekolah di Daerah Bera.

Pelajar SMK Mengkarak telah melakukan macam-macam usaha untuk menarik perhatian hakim Pertandingan Khemah Tercantik. Buluh, rotan, akar, daun kelapa, keris, parang, kereta sorong, payung dan macam-macam ada. Setiap khemah ada pula penyambut tetamu yang memakai pakaian yang bersesuaian dengan konsep khemah masing-masing. Semua ini telah menjadikan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangasaan Mengkarak 2009 amat menarik. Mana tau, satu masa nanti ada pelajar Jepun atau Korea nak datang saksikan kemeriahan sukan di SMK Mengkarak. Ada ke cikgu di SMK Mengkarak yang pandai berbahasa Jepun atau Korea?
12 11
10 9
8 7
6 5
4 3
2 1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[01.03.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar