Showing posts with label Kata Orang Tua. Show all posts
Showing posts with label Kata Orang Tua. Show all posts

Wednesday

Bukan senang nak memimpin

Bagi melihat bakat dan keupayaan kita memimpin kita boleh lihat pada perkara-perkara berikut.

Pertama, macam mana kita memimpin diri sendiri.
Kedua, macam mana kita memimpin adik-beradik dan ibubapa.
Ketiga, macam man kita memimpin isteri atau suami masing-masing.
Keempat, macam mana kita memimpin anak-anak masing-masing.

Kadang-kadang, keluarga pun tak nak ikut cakap kita. Macam mana kita nak orang lain ikut dan seronok apabila dipimpin oleh kita.

Macam mana kita nak memimpin masyarakat kalau kita tak mampu nak pimpin diri sendiri dan keluarga kita.

Bila menjadi pemimpon masyarakat kita menjadi contoh kepada masyarakat. Malah keluara kita juga menjadi contoh kepada masyarakat.

Takkan kita tak sembahyang tetapi nak nasihatkan masyarakat supaya sembahyang.

Mungkinkah kita ditugaskan membetulkan masyarakat tetapi bukan diri sendiri dan keluarga kita?

Sunday

Punca gejala sosial

Gejala sosial adalah topik yang suka dibicarakan dimana-mana tempat TETAPI sukar diselesaikan disemua tempat.

Mungkin selama ini kita sibuk mencari pokok kepada gejala sosil ini. Akhirnya kita terlupa bahawa pokok kepada gejala sosial ini terus tumbuh kerana akarnya.

Kita sibuk mencantas dahan- dahan gejala sosial ini. Dahan yang dicantas tersebut dibiarkan gugur ketanah. Akhirnya menjadi baja kepada akar pokok gejala sosial maka pokoknya akan terus subur.

Kalau betul akar yang perlu dihapuskan, bagaimana kita nak hapuskan akar gejala sosial ini? Macam mana kita nak kenal akarnya. Bimbang kita dirabunkan oleh yahudi, majusi dan nasrani supaya menghapuskan akar tauhid.

Akhirnya usaha menentang gejala sosial dipesongkan kepada menentang usaha menanam tauhid.

Mungkinkah akar gejala sosial adalah apa yang kita makan dan apa yang kita buat. Kita bermaksud apa yang keturunan kita telah makan dan buat.
Adakah melibatkan:
- harta anak yatim, yang tidak dipulangkan.
- harta wakaf, yang dijadikan milik keluarga.
- harta pusaka, yang tidak diagihkan ikut hukum.
- harta amanah, yang tidak ditunaikan

Friday

Kemana orang tua Melayu mahu menompang?

Masyarakat cina di Bera telah lama mempunyai sebuah rumah perlindungan untuk warga tua mereka yang:
Tiada waris
Tiada harta
Tiada runah
Tiada penjaga
Tiada kasih sayang

Tanggung jawab ini telah dipikul oleh seorang wanita cina yang masih muda. Wanita ini telah menempoh zaman kanak-kanak yang menyedihkan. Usaha wanita ini bermula dengan tiga orang rakan wanitanya. Bermua di sebuah rumah sewa di bandar Triang.

Usaha ini akhirnya berkembang kepada satu bangunan yang lebih besar. Seterusnya mendapat sokongan Pegawai Daerah Bera, Datuk Mustafa dan isteru beliau Datin Asmah. Akhir sekali mendapat perhatian Tengku Azizah Maimunah yang menyumbangkan sebuah van juara.

Usaha wanita peniaga kedai cermin mata dan kedai barangan letrik ini mendapat sokongan kewangan dari Kuala Lumpur dan singapura.

Bagi menjadikan tanggungjawab ini lebih adil beliau turut mengambil kaum Melayu sebagai penghuni.

Sehingga kini, setelah lebih kurang 10 tahun beroprtasi. Masyarakat Melayu di bera masih mengharapkan rumah orang tua yang diusahasn oleh kaum cina bagi menempatkan warga emas Melayu yang tidak bernasib baik.

Telah ada usaha-usaha dijalankan oleh individu tertentu bagi menempatkan mereka ini dibawah kelolaan orang Islam. Suoaya lebih terjamin halal haramnya makan minum mereka. Yerjamin ibadat mereka di hari tua.

Tugas ini mungkin boleh dianggap sebagai fardu kifayah. Seseorang perlu lakukan supaya masyarakat tidak menerima kesannya.

Sehinggs kini usaha ini tidsk mendapat halangan tetapi tidak juga mendapat sokongan. Pihak atasan tunggu sokongan pihak bawahan. Pihak bawahan tunggu arahan pihak atasan.

Mungkin ramai masih tidak faham 'fardu kifayah sosial' ini. Apakah kesannya kepada diri setiap anggota masyarakat yang melepaskan tugas ini.

Kepada mereka yang ada hati nak membantu boleh hubungi kami.