Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Friday

Nenek Luyah Kg Mengkarak

Ini adalah Nenek Luyah. Saya bertemu dengen nenek ni di Perpustakaan Desa Kg Mengkarak. Walaupun dah tak nampak jelas untuk membaca tetapi seronok melihat Perpustakaan Desa Kg Mengkarak ni dah dibuka semula setelah dilanda banjir pada 10.12.2007.
05
Nenek Luyah tinggal seorang sahaja. Anak dan cucu ada datang menjengok. Kebanyakannya tingal berhampiran.
04
Masa muda-muda sikit suka pakai baju lawa sikit supaya nampak cantik sikit. Sekarang dah tua-tua ni dah tak kisahkan nak pakai baju yang cantik dan lawar. Pakaian yang ada ni dan dirasakan mencukupi. Tak ada apa yang nak dikejarkan lagi.
03
Bila ditanya tentang zaman jepun dan komunis, banyak cerita yang ditempoh dan didengar. Tetapi mungkin Nenek Luyah tak berapa seronok bercerita tentang jepun dan komunis di bulan puasa ni dan hari pun dah dekat nak raya. Ini buka kata nenek Luyah tetapi analisa saya.
02
Mungkin banyak cerita komunis yang terpahat dilantai otak dan terbenam didinding hati. Tak semua orang suka bercerita tentang kenangan yang menusuk jiwa ibarat terhiris buluh lemang yang belum dibakar. Memang ada yang tak sanggup bercerita tentang komunis yang kejam. Kalau anda nak baca temuramah yang sampai peringkat mengeluarkan air mata, klik DISINI [http://lamankerayong.blogspot.com/2009/08/chin-peng-sudah-lari.html]
01

Thursday

Tiang Letrik Patah

Gambar ini dirakamkan pada 16.08.2009. Kelihatannya tiang letrik TNB tersebut telah dilangar oleh lori yang membawa batang kayu. Batang kayu tersebut telah dibakar oleh seseorang. Nasib baik apinya tak melarat ke kawasan sekitar.

Adalah diharapkan pada hari ini iaitu 4.11.2009 kerja-kerja pembersihan dan pembaikan telah dilakukan ditempat kejadian.
05
04
03
02
01

Cikgu Hussin Mira Kembali Ke Rahmatullah

Puan Azmah binti Hussin telah memaklumkan kepada Laman Kerayong pada 10 Julai 2009 bahawa ayah beliau iaitu Cikgu Hussin b Mira telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2009 jam 4.40 pagi di rumahnya di Kg Lubuk Lian, Kuala Bera, Bera, Pahang. Jenazah arwah Cikgu Hussih telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Serai, Kuala Bera, Bera, Pahang. Allah swt telah menentukan bahawa hayat beliau sampai 87 tahun di dunia ini.

Semasa hayatnya, Cikgu Hussin sering menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dengan kerjasama Cikgu Hussin. Sayangnya tiada satupun kajian-kajian tersebut ada di Daerah Bera. Jika ada sesiapa yang menyimpannya, harap dapat serahkan satu salinan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk rujukan di masa hadapan.

Cikgu Hussin telah berkahwin dengan Zaharah bt Awang. Pasangan ini dianugerahkan 11 orang anak. Iaitu:
1. Kamariah(Kuantan)
2. Norlaili (Kuala Bera)
3. Abdul Halim (Seberang Guai)
4. Hamsiah (Kuantan)
5. Khuzaimah (Temerloh)
6. Khairudin (Sanggang)
7. Solehan (Putra Jaya)
8. Azmah (Padang Luas, Kerayong)
9. Azman (Shah alam)
10. Akhrizan (Kuantan)
11. Husinizah (Kg Lubuk Lian)

Cikgu Hussin pernah bertugas di Sekolah Batu Boh, Sekolah Durian Tawar, Sekolah Guai dan akhir sekali Sekolah Orang Asli Bukit Rok. Cikgu Hussin adalah lepasa Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Seorang cucu beliau Norhafizah (anak Hamisah) telah mengikut jejak langkah Cikgu Hussin belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Menurut Puan Azmah lagi, Cikgu Hussin seorang yang amat lembut dan tertib. Jika beliau sedang nak makan dan tetamu datang. Beliau akan berhenti makan dan meminta dihidangkan kepada tetamu juga. Beliau akan meminta tetamu makan dahulu.

Cikgu Hussin mempunyai ramai anak murid. Puan Azmah sering kali ditegur oleh orang yang tidak dikenali dan mengaku beliau adalah anak murid Cikgu Hussin. Terlalu ramai anak-anak murid beliau yang menghargainya.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa beliau. Al Fatihan untuk beliau.

Wednesday

Pak Kob Tukang Gunting Rambut

Tarikh: 20 Mei 2009 ((Rabu)
Tempat: Kampung Paya Pagar, Bera.
Pak Kob Tukang Gunting Rambut Dalam Kenangan.
Kedai gunting rambutnya terletak di tepi jalan di Kampung Paya Pagar. Kedai gunting ini telah memberikan khidmat kepada ramai penduduk sekitar dan mereka yang menggunakan laluan Bera Temerloh. Ramai yang berpusa hati dengan perkhidmatan yang diberi. Harganya sentiasa lebih murah. Kadang-kadang kami yang selalu membayar lebih.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam lebih kurang 10.00 pagi. Semoga Allah swt mengampunkan semua dosa-dosa beliau dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
05
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”.
04
Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’.

03
Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Seorang perempuan dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: ‘Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, lalu ia mati sebelum sempat mengerjakannya. Apakah aku boleh mengerjakan untuknya?’. Jawab Nabi; ‘Tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah jika ibumu menanggung hutang kamu yang akan membayarnya? Tunaikanlah (hutang dengan Allah) kerana Allah lebih berhak (ditunaikan hutang dengannya)’.
02
Dalam soheh Imam al-Bukhari dan Muslim terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam sebuah gua dan baginda tidak membantah perlakuan mereka yang berdoa dengan bertawassulkan amalan soleh sehinggalah Allah memakbulkan doa mereka dan menyelamatkan mereka dari kecelakaan.
01
Diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.; “Seorang perempuan datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata; “Sesungguhnya ibuku telah mati dan tertanggung di atasnya puasa sebulan”. Lalu baginda bersabda: “Apa pandangan kamu jika tertanggung di atas bahunya suatu hutang, apakah kamu akan membayarnya?’. Jawab perempuan itu: “Ya”. Jawab Nabi: “Maka hutang Allah lebih berhak dibayar”.
Sumber rujukan:
~rujukan beliau:
~~1. At-Tajul-Jami’ Lil Ushul Fi Ahadis ar-Rasul, Syeikh Mansur Ali Nasif, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1992).
~~2. Subulus-Salam, (Kitab al-Janaiz dan kitab al-Hajj), Dar al-Furqan, Jordan.
~~3. AL-Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, Dar al-Fikr, Damsyiq-Syria (1985).
.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------