Saturday

Bertani dimana-mana

2.8.2009. Taman Kerayong Jaya, Bandar Bera.
Masyarakat India di kawasan Perumahan Taman Kerayong Jaya amat meminati kerja-kerja bertani. Kawasan sekitar tangki air telah dimanafaatkan dengan sepenuhnya untuk dijadikan kebun sayur. Pokok-pokok yang ditanam kelihatan berjaga dan bukan terbiar setelah ditanam.

Mereka yang mengusahakan penanaman sayur ini adalah orang yang telah biasa berbakti dengan tanah. Mungkin mereka ini adalah golongan peneroka felda yang tinggal di luar felda. Usaha kaum india disini selalunya menarik perhatian mereka yang pertama kali melalui kawasan Taman Kerayong Jaya ini.

Bagi sesetenganh orang pula, tanah milik sendiri yang luas terbentang di belakang atau tepi rumah langsung tidak dihiraukan. Kalau pun diusahakan sekadar 'memanaskan badan' sahaja. Lepas tu tinggal. Tak boleh nak salahkan mereka juga, kerana nak jadi petani sejati yang mencintai tanah perlu mengalir darah dan jiwa petani dalam diri mereka. Kalau tak ada jiwa petani ni taman lada baru sepasu pun selalu lupa nak siram. Tetapi kalau ada kesungguhan semua boleh jadi. (bukan nak cerita pasal orang lain tetapi pasal diri sendiri)
04
03
02
01

Friday

Pejabat Penerangan Daerah Bera

Majlis Tahlil Sempena Pembukaan Pejabat Penerangan Daerah Bera, Pahang. Malaysia.

Tarikh: 30 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa: 4.30 ptg
Tempat: Pejabat Penerangan Daerah Bera, No.2 & 3, (Tingkat Bawah), Jalan Kerayong 3, 28200 Bandar Bera, Pahang. Malaysia.

Saya yang menjalankan tugas,
Basharudin Bin Md Yasin
B/P Pegawai Penerangan Daerah Bera.

Dikir Barat di Laman Kerayong

Majlis Pertandingan
Dikir Barat Kenegaraan Komuniti BESTARI
Peringkat Negeri Pahang


dirasmikan oleh
YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
merangkap Ahli Parlimen Bera

Pada 30 Oktober 2009 (Jumaat)
Jam 8.00 malam
Di Dataran Kerayong, Bera

Sila Jawab Sebelum 27 Ogos 2009
Telefon: 095161995 / 09-5164041
Faks: 09-5164990

ATURCARA

8.00 mlm: ketibaan orang ramai

8.30 mlm: ketibaan dif jemputan

8.45 mlm: Pertandingan dimulakan

9.30 mlm
: Ketibaan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
merangkap Ahli Parlimen Bera.
:Pertandingan diteruskan

10.30 mlm
: Ucapan aluan Pengarah Penerangan Negeri Pahang
:Persembahan selingan
:Penyampaian hadiah dan cenderamata
:Jamuan ringan
: Ketibaan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
merangkap Ahli Parlimen Bera meninggalkan majlis.

12.00 mlm: Majlis bersurai.

SJKC Triang No.1 -(12) Tetamu VIP

Akhir sekali sampai kepada acara kemuncak. Ketibaan VIP telah disambut oleh persembahan pasukan pancaragam sekolah. Seterusnya tetamu VIP dipersembahkan dengan tarian naga. Akhir sekali tetamu VIP melancarkan roket air yang pertama pada hari ini (19.7.2009)
05
Roket air dilancarkan.
04
Bersedia untuk melancarkan roket air ke udara.
03
Pengiring tetamu VIP.
02
Ketibaan tetamu VIP.
01
Tetamu VIP dipsesembahkan dengan tarian naga
.
Harap-harap tetamu dan pengunjung sudi datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Sebagai tanda menyokong budaya membaca.

Wednesday

SJKC Triang No.1 - (11) Pancaragam

Ini adalah pasukan pancaragam sekolah yang sedang bersiap untuk menyambut ketibaan tetamu VIP padah hari ini (19.7.2009). pasukan tarian naga akan turut membuat persembahan pada masa ketibaan tetamu vip.
08
07
06
05
04
03
02
01
Datanglah lah ke perpustakaan awam daerah bera.

Monday

SJKC Triang No.1 - (10) Gerai-gerai

Ini adalah suasana di gerai-gerai yang membuat pameran dan jualan pada 19.7.2009 di SJKC Triang No.1.
08
Jual kad dan 'bookmark'.
07
Ramai yang membantu menyiapkan kad-kad yang ditempah.
06
Gentig juga membuka gerai untuk tempahan bilik.
05
Gerai menjual makanan.
04
lagi gerai menjual makanan.
03
Kanak-kanak bertugas di gerai jualan makanan.
02
Gerai menjual jambangan bunga.
01
Kempen keselamatan jalan raya.
Tolong la datang ke perpustakaan, kalau ada masa lapang.
Kalau tak ada masa tolong la cari-carikan masa.

Saturday

SJKC Triang No.1 - (09) Makeup

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009. Mereka ini adalh kumpulan penari SMJK Tiang sedang bersiap untuk membuat persembahan. Kumpulan ini pernah membuat persembahan semasa Majlis Pecah Tanah Hospital Daerah Bera. Pelajar-pelajar cina SMK Triang ini telah mempersembahkan tarian Melayu. Sungguh menarik persembahan mereka.

Untuk melihat gambar persembahan penari SMK Triang semasa Majlis Pecah Tanah Hospital Daerah Bera klik DISINI. Comel dan kacak semuanya.
03
Cantik.
02
Lawa.
01
Comel.
Kalau ada masa datanglah ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Boleh cari buku-buku tentang makeup

Thursday

SJK Triang No. 1 - (08) Pos Malaysia Triang

Pos Malaysia turut dijemput mengadakan pameran pada 19.7.2009 di SJKC Triang No.1. Selain pameran Pos Malaysai Triang turut mengadakn jualan stem dan sampul surat khas.
05
Sedang memikirkan berapa jualan pada hari ini.
04
Stem khas yang boleh dilekatkan gambar sendiri.
03
Sampul surat khas yang dijual oleh Pos Malaysia Triang.
02
Selain di Triang, sebuah lagi cawangan terdapat di Kerayong (Bandar Bera).
01
Raai juga peminat yang berkunjung ke gerai Pos Malaysia Triang.

Kalau ada masa berkunjung pula ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. kalau tak nak jadi ahli, boleh masuk dan baca-baca.

Monday

Tukar Wajah 19.10.09

Inilah wajah baru Laman Kerayong yang bermula pada 19 Oktober 2009. Hari ini juga ada jamuan Hari Raya yang terakhir di bulan Syawal. Ada sesuatu yang sepatutnya dipelajari sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak melaporkan tentang Daerah Bera. Salah silap harap maaf berjuta-juta ampun.

SJKC Triang No.1 - (07) Lancar Roket 3

Gambar ini dirakam selepas acara melancarkan roket terpaksa ditamatkan. terpaksa ditamatkan kerana ada roket-roket yang di buat dengan tidak sempurna. Pembinaan yang tidak sempurna ini akan menyebabkan roket tidak naik lurus. Seterusnya roket akan mendarat di kawasan yang tidak dijangkan. keadaan ini amat merbahaya kerana orang yang berada dikawasan kawasan yang tidak dijangkakan ini tidak menyedari sesuatu akan jatuh dari atas. Terdapat roket yang terjatuh atas bumbung. Ada yang hampir mengenai kanak dan orang tua. Pihak penganjur akhirnya memutuskan untuk memindahkan acara melancarkan roket ini di padang awam yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan Triang.
05
Inilah rupa alat melancarkan roket secara lebih dekat.
04
tak susah membuatnya bagi orang yang benar-benar berminat.
03
Tak susah memikirkannya bagi mereka yang suka berfikir tentang benda-benda yang rumit. Tak sesuai untuk mereka yang hanya fikirkan makan, minum, tidur, main, makan, minum, tidur, jalan-jalan, makan, minum, cakap-cakap kosong, makan, ...
02
Kena pam dahulu.
01
Bersedia untuk dilancarkan.

Kalau ada masa datang-datang la ke Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Kalau ada minat membaca.

Friday

SJKC Triang No.1 - (06) Lancar Roket 2

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika kumpulan GBBM (Gerakan Belia Bersatu Malaysia) sedang bersiap hendak melancarkan roket mereka.
05
04
03
02
01

Tuesday

SJKC Triang No.1 - (05) Lancar Roket 1

Gambar ini dirakamkan pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta bersiap untuk cuba melancarkan roket yang pertama. Kumpulan peserta ini amat gembira untuk melihat hasil kreativiti mereka. Adakah roket mereka akan jatuh dalam bulatan pelancaran atau akan tersasar jauh.
05
Senyum melebar, kerana yakin roket mereka akan berjaya dilancarkan keudara.
04
Roket telah bersedia untuk dilancarkan.
03
Masih sempat lagi bergambar.
02
Masih ada lagi yang mahu tangkap gambar.
01
Peserta pertama yang akan melancarkan roket air yang telah dibina bersama rakan sepasukan.

Saturday

SJKC Triang No.1 - (04) Buat Roket

Gambar ini dirakamkam pada 19.7.2009 (Ahad) ketika peserta sedang belajar membuat roket air. Penerangan diberikan secara bercampur-campur anatara bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Pengajar sungguh bersemangat dan seronok untuk mencurahkan ilmu kepada peserta. Peserta pula amat teruja untuk menghasilkan roket yang dapat naik tinggi dan lurus.
01
Untuk menghasilkan roket ini, memerlukan dua botol air. Mungkin lebih baik digunakan botol air '100 Plus'. Untuk menghasilkan sebuat roket, diperlukan dua botol air.
02
Kulit pembalut botol air digunakan bagi menyumbat bahagian atas.
03
Kedua botol air dicantumkan menjadi satu. Cantuman perludilakukan dengan betul dan seimbang. Jika tidak, roket tidak akan naik lurus ke udara. Atau jika tidak bernasib baik, ia jatuh jauh daripata tempat dilancarkan.
04. Penceramah sedeng menerangkan prinsip asas pembinaan roket air.
Setelah siap, botol tersebut diisikan dengan air paip.
05 Encik Rajanderan (Alam Flora) bersama rakan-rakan sebelum bengkel membuat roket air dimulakan.