Showing posts with label Info Daerah. Show all posts
Showing posts with label Info Daerah. Show all posts

Thursday

Akhbar Felda

Ini adalah petikan daripada Akhbar Felda Aspirasi Golkal.
05
Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri.
u 04
Pasar ramadan Bukit Mendi makin membesar.
03
Dodol kukus tahi minyak popular di Bera.
02
Mat Jidi Yaakob (Peneroka Felda Triang 1): "Jasa baik kerajaan itu perlu dilihat secara positif kerana tiada kerajaan lain didunia ini yang sentiasa memberikan perhatian kepada rakyat"
01
Ramadan diberkati, syawal dihayati.

Wednesday

Senator Muhammad Olian bin Abdullah

Tahniah kepada Encik Muhammad Olian bin Abdullah kerana telah angkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara pada 9hb. Disember, 2009. Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang, Malaysia. Sebelum ini Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah pengurus Risda Plantation Sdn Bhd Cawangan Temerloh semenjak Februari 2008.

Senator Muhammad Olian bin Abdullah adalah senator yang kedua daripada suku kaum Semelai. Hassan bin Nam yang berasal dari RPS Pos Iskandar adalah Senator Dewan Negara yang pertama daripada suku kaum Semelai.

Rujukan:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461053

03
02
01

Antara perkara yang perlu diperjuangkan adalah:
1. Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah
2. Soal Permasalahan Pendidikan Orang Asli
3. Persoalan Ekonomi Masyarakat Orang Asli

Rujukan: http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11515653648978&artID=11468985432746

Monday

Klinik Undang-undang

Biro Bantuan Guaman Kuantan (Tingkat 8, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 KUANTAN, Pahang Darul Makmur) mengadakan Klinik Undang-undang yang memberikan perkhidmatan nasihat dan bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan khidmatan dan nasihat undang-undang.

Tarikh: 7hb. Disember 2009
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat Pejabat Kebajkan Masyarakat Daerah Bera.

Jika anda mempunyai masalah undang-undang (Sivil/Syariah) sila temui mereka di tempat tersebut. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-5161135 atau 09-5162639.

Info ini dimaklumkan oleh MAIMUNAH BINTI MOHD bagi pihak Pengarah Biro Bantuan Guaman Kuantan, Pahang.

Makluman tentang klinik ini ada di pamirkan di Pejabat TNB Bera, Pejabat Pertanian Daerah Bera, Majlis Daerah Bera, Pejabat Hutan Daerah Bera, Pejabat Perikanan Daerah Bera, Pusat Komunita KEMAS Daerah Bera, Pejabat Pendaftaran Daerah Bera, Perpustakaan Awam Daerah Bera dan pejabat FAMA Daerah Bera.

Pejabat Penerangan Daerah Bera

Pejabat Penerangan Darah Bera telah beroperasi di alamat seperti berikut:

Pejabat Penerangan Daerah Bera
No. 2 & 3, Tingkat Bawah,
Jalan Kerayong 3,
28200 BANDAR BERA

No. Telefon: 09-250 6813
No. Faks: 09-250 6821

Info ini dimaklumkan oleh ENCIK BASHARUDIN BIN MD YASIN bagi pihak Pegawai Penerangan Daerah Bera.

Friday

JBA Bera: gangguan bekalan

Di pintu pejabat Jabatan Bekalan Air Daerah Bera terdapat makluman tentang gangguan bekalan air seperti berikut:

Tarikh: 24 November 2009
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Tempat: Sekitar Kemayan
Sebab: Pemotongan 'Tee' di Kampung Baru Kemayan.

Encik Hezree Ishak
pengurus JBA Daerah Bera

Saturday

Bera Dirtbike Challenge 09

Bera DirtBike Challenge 09
Acara:
1. Cub Cross Open
2. Open Junior
3. Motocross Open Expert
4. Veteran Open

Tarikh:8 November 09
Masa: 8.00 pagi - 5 petang
Tempat: Litar Motor Lasak Paya Serai Kuala Bera, Bera, Pahang. Malaysia.

Contac: Zizi 019-9482134 Rie 019-9474074

BELIA BENCI DADAH
NfC

Thursday

Rakan Alam Sekitar

PROGRAM PELANCARAN
RAKAN ALAM SEKITAR
PARLIMEN BERA


Tarikh: 7 November, 2009 (Sabtu)

Masa: 11.30 pagi

Tempat: SK Bukit Rok

ATURCARA

8.00 pg:
Pameran, sukanika dan Pertandingan mewarna Kanak-kanak

11.30 pg
Ketibaan Dif-dif jemputan

12.00th:
Ketibaan YB Dato Seri Ismail Saberi bin Yaakob
Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
merangkap Ahli Parlimen Bera

Ucapaan Aluan oleh Pengarah JAS/JPS

Ucapan Perasmian Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera oleh
YB Dato Seri Ismail Saberi bin Yaakob
Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
merangkap Ahli Parlimen Bera

Gimik Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bera

Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rakan Alam Sekitar parlimen Bera

Penyampaian Hadian Kepada Peserta-peserta Sukanika dan Pertandingan Mewarna kanak-kanak

Lawatan ke AGerai Pameran

Jamuan

Bersurai

Ikrar Rakan Alam Sekitar:

BAHAWA KAMI
AHLI RAKAN ALAM SEKITAR
MEMBUAT IKRAR DI SINI
AKAN MENJALANKAN
TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN INI
DENGAN SEPENUH HATI

KE ARAH INI KAMI AKAN:-

MENJADI MATA DAN TELINGA
KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN
YANG BERTANGGUNGJAWAB
DALAM MEMBENTERAS KEGIATAN-KEGIATAN
YANG MEROSAKKAN
ATAU MENCEMARKAN ALAM SEKITAR

KAMI JUGA AKAN MENJADI
PENGGERAK UTAMA
KEPADA PROGRAM-PROGRAM
SERTA KEMPEN-KEMPEN
KESEDARAN ALAM SEKITAR
DI KAWASAN KAMI
UNTUK
MEMBERIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
KEPADA
SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
UNTUK
BERTINDAK DAN MENGAMBIL BAHAGIAN
MENJAGA ALAM SEKITAR
YANG KITA KONGSI BERSAMA INI

SEMOGA TUHAN MEMBERKATI USAHA INI.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri

Majlis Perasmian Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bera, Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Bera dan Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Timur.

Oleh

Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

pada
12 Julai 2009 (Ahad) bersamaan 19 Rejab 1430H
Jam: 3.45 ptg

bertempat:
Laman Kerayong

Pejabat Daerah Bera

Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara Peringkat Daerah Bera
Tarikh: 21 Jun, 2009 (Ahad)
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera

ATURCARA MAJLIS
2.30 ptg
-Ketibaan Jemputan
2.45 ptg
Ketibaan Tuan Pegawai Daerah Bera
3.00 ptg
Ketibaan YB ADUN Kawasan Guai
3.05 ptg
Bacaan Doa
3.10 ptg
-Nyanyian Negaraku dan Lagu Belia
-Pertunjukan Silat
dan Persembahan Tarian Tradisional
3.30 ptg
-Bacaan Ikrar
3.35 ptg
-Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera
-Ucapan Aluan Oleh Tuan Pegawai Daerah Bera
-Ucapan Perasmian
-Penyampaian Anugerah Belia Negara
4.30 ptg
-Penyampaian Cenderamata
-Lawatan Ke Gerai Pameran
5.00 ptg
-Jamuan Ringan
-Bersurai
.

Monday

TNB - Tenaga Nasional Berhad (3)

Pada 14.6.2009 (Ahad) pihak TNB Daerah Bera telah memutuskan bekalan elektrik untuk sementara ke beberapa kawasan di daerah Bera. Masih ramai yang tidak sedar situasi ini. Tiba-tiba sahaja tak ada letrik. Maklumlah hari cuti, ada yang bangun lewat. Sebenarnya ada makluman ditampalkan di Masjid Daerah Bera dan Surau Kampung Sri Buntar. Ada yang kata 13hb dan ada yang kata 14hb.

Pihak urusetia Laman Kerayong (Perpustakaan Awam Daerah Bera) tidak menerima makluman ini. Jadi tidak dapatlah Laman Kerayong memaklumkan lebih awal dalam lamankerayong.blogspot.com tentang ketiadaan bekalan elektrik pada 14.06.2009 iaitu hari Ahad yang lalu.

Dengar-dengar cakap banyak kawasan yang tiada bekalan letrik pada 14.06.2009 yang lalu. Dari Kerayong sampai ke Pos Iskandar ketiadaan bekalan letrik ini. Kampung Durian Tawar dan Mengkarak mungkin tidak terjejas. Disebabkan hari siang tak jadi masalah sangat. Cuma panas tak dapat guna kipas atau penyaman udara. Selain itu jangan simpan (jangan beli) banyak sangat makanan cepat rosak dalam peti sejuk. Sesiapa yang tak sempat nak cas handphone, kenalah guna handphone lain buat sementara. Bagi yang telah tahu lebih awal, bolehlah merancang untuk balik kampung atau keluar daerah. Bagi mereka yang baru sampai dari kampung (luar daerah Bera) dan masih belum membasuh pakaian dan kasut sekolah tentu kelam kabut sikit. Lain kali sebelum balik kampung (di luar daerah Bera) pastikan pakaian dan kasut sekolah siap dibasuh.

Bekakan elektri diputuskan sebelum pukul 8 pagi. Kerja-kerja penyelenggaraan telah dapat disiapkan oleh pihak TNB sebelum jam 4 petang. Sebelum jam 4 petang jugalah penduduk yang terbabit telah menerima semula bekalan letrik.

Akhir sekali jangan lupa membayar bil letrik.

Links berkaitan TNB Bera dalam blog Laman Kerayong:
>TNB - Tenaga Nasional Berhad (2) < >TNB - Tenaga Nasional Berhad <

Thursday

Bulan Dakwah Daerah Bera 2009

Perpustakaan Awam Daerah Bera masih menjalankan pameran 'Buku-Buku Dakwah' sempena Bulan dakwah 2009 Peringkat Daerah Bera. Anda boleh berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk mendapatkan maklumat mengenai buku-buku yang dipamirkan. Mereka yang bertugas atau berminat di bidang dakwah digalakkan mengkaji buku-buku tersebut. Buku yang dipamerkan adalah koleksi Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik link dibawah:
>Bulan Dakwah 2009 (01) Sudut Pameran .
>Bulan Dakwah 2009 (02) Buku Pameran .

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 32 PPK Bera

Tarikh: 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Kerayong.

Untuk maklumat lanjut sila klik: Pertubuhan Peladang Kawasan Bera (PPK Bera)
.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday

Masjid Daerah Bera - Darul Fikri

[Home]

AJK Masjid Daerah Bera akan mengadakan majlis penerangan 'Khairat Kematian Berkelompok Syarikat Takaful Malaysia' pada:
Tarikh: 15 Mei 2009 (Jumaat)
Tempat: Dewan Kuliah Masjid Daerah Bera
Masa: selepas solat Asar
Penceramah: Wakil Takaful Malaysia
.
Mereka yang telah menyerti Ahli Khairat Kematian Berkelompok sesi 2008/2008 dimaklumkan bahawa tempoh keahliah mereka telah tamat. Ahli tersebut dijemput untuk hadir pada hari tersebut untuk membuat pembayaran bagi sesi 2009/2010. Kepada ahli baru yang berminat untuk menyerti Ahli Khairat Kematian Berkelompok Sesi 2009/2010 Bagi Masjid Daerah Bera dialu-alukan untuk hadir. Wakil Takaful Malaysia akan hadir untuk memberi penerangan.

"Membaca Berkelompok Menambah Motivasi"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------