Pada 14.6.2009 (Ahad) pihak TNB Daerah Bera telah memutuskan bekalan elektrik untuk sementara ke beberapa kawasan di daerah Bera. Masih ramai yang tidak sedar situasi ini. Tiba-tiba sahaja tak ada letrik. Maklumlah hari cuti, ada yang bangun lewat. Sebenarnya ada makluman ditampalkan di Masjid Daerah Bera dan Surau Kampung Sri Buntar. Ada yang kata 13hb dan ada yang kata 14hb.
Pihak urusetia Laman Kerayong (Perpustakaan Awam Daerah Bera) tidak menerima makluman ini. Jadi tidak dapatlah Laman Kerayong memaklumkan lebih awal dalam lamankerayong.blogspot.com tentang ketiadaan bekalan elektrik pada 14.06.2009 iaitu hari Ahad yang lalu.
Dengar-dengar cakap banyak kawasan yang tiada bekalan letrik pada 14.06.2009 yang lalu. Dari Kerayong sampai ke Pos Iskandar ketiadaan bekalan letrik ini. Kampung Durian Tawar dan Mengkarak mungkin tidak terjejas. Disebabkan hari siang tak jadi masalah sangat. Cuma panas tak dapat guna kipas atau penyaman udara. Selain itu jangan simpan (jangan beli) banyak sangat makanan cepat rosak dalam peti sejuk. Sesiapa yang tak sempat nak cas handphone, kenalah guna handphone lain buat sementara. Bagi yang telah tahu lebih awal, bolehlah merancang untuk balik kampung atau keluar daerah. Bagi mereka yang baru sampai dari kampung (luar daerah Bera) dan masih belum membasuh pakaian dan kasut sekolah tentu kelam kabut sikit. Lain kali sebelum balik kampung (di luar daerah Bera) pastikan pakaian dan kasut sekolah siap dibasuh.
Bekakan elektri diputuskan sebelum pukul 8 pagi. Kerja-kerja penyelenggaraan telah dapat disiapkan oleh pihak TNB sebelum jam 4 petang. Sebelum jam 4 petang jugalah penduduk yang terbabit telah menerima semula bekalan letrik.
Akhir sekali jangan lupa membayar bil letrik.
Links berkaitan TNB Bera dalam blog Laman Kerayong:
>TNB - Tenaga Nasional Berhad (2) < >TNB - Tenaga Nasional Berhad <