[Home]
Pertandingan Selawat dan Berzanji Peringkat Sekolah Menengah Negeri Pahang 2009Tarikh: 4.4.2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Seri Bera, Bera. Pahang.
Pejabat Pendidikan Daerah Bera
"Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja. Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal, biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak remaja anda menangani perubahan tersebut."
"Kenangi semula zaman remaja anda, perasaan yang berubah-ubah, kemarahan terhadap ibu bapa, guru-guru dan sebagainya, kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka."
Rujukan: rohahassan.blogspot.com
"Dalam pusingan hidup manusia, zaman remaja merupakan satu peringkat perkembangan yang penting dalam kehidupan seseorang individu kerana ia merupakan satu jangka masa peralihan daripada alam kanak-kanak yang perlu dilalui oleh setiap individu bagi menyediakan dirinya ke alam dewasa."
"Mengikut buku Pembimbing Rakan Sebaya, yang dikeluarkan oleh Unit
Bimbingan & Kauseling Bahagian Sekolah dari Institut Aminuddin Baki , Remaja ialah mereka yang berada di dalam peringkat umur 12 tahun hingga 18 tahun."
"Ahli psikologi, Hall (1995), mengaitkan fenomena ‘storm and stress’ dengan
golongan remaja. Hall memperkenalkan konsep ‘storm and stress’ yang melihat zaman remaja sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran, pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan sosial. Pendek kata ‘storm and stress’ bolehlah dikatakan sebagai keadaan yang tidak stabil dengan berbagai cabaran dan tekanan"
"Dalam proses perkembangan ini kadang-kadang remaja boleh menyesuaikan dirinya dengan baik dan seterusnya mewujudkan zaman kegemilangan dalam proses perkembangan. Namun terdapat juga remaja yang sering menghadapi pelbagai masalah sehingga membawa kepada peristiwa yang tidak diingini. "
"Hampir setiap hari, terpapar di dalam akhbar pelbagai kes yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai perilaku buruk seperti memukul guru, bergaduh, memeras ugut, memukul kawan, mencuri, merosakkan harta sekolah dan terlibat dengan pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Terdapat juga remaja yang menyertai kumpulan-kumpulan samseng. Mereka juga tidak malu merokok, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain perbuatan yang tidak bermoral secara terbuka. "
Rujukan:74.125.153.132
Hubungan Antara Tingkah laku Keibubapaan dengan Penghargaan Kendiri dikalangan Remaja
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Jamaludin Ramli, Wei May Lin
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA
Hubungan Antara Tingkah laku Keibubapaan dengan Penghargaan Kendiri dikalangan Remaja
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Jamaludin Ramli, Wei May Lin
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA
.