Wednesday

SMK Seri Bera (03) Persembahan Pelajar Lelaki

Pertandingan Selawat dan Berzanji Peringkat Sekolah Menengah Negeri Pahang

Tarikh: 4.4.2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Seri Bera, Bera. Pahang.
Pejabat Pendidikan Daerah Bera
05
"Walaupun seorang anak itu telah memasuki alam remaja, masih menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidiknya, bahkan tanggungjawab itu menjadi semakin berat. Pada zaman ini, terdapat ramai ibubapa yang sudah melepaskan tanggungjawab mereka dalam memberi perhatian dan didikan terhadap anak remaja mereka dengan alasan mereka sudah meningkat dewasa."
04
"Inilah yang menyebabkan wujudnya masalah sosial dikalangan remaja-remaja apabila tiada bimbingan yang baik diberikan semasa mereka mula mengenali dunia yang sebenar. Pada usia remaja, mereka cenderung untuk terpengaruh dan mula mencari identiti diri."
03
"Selain itu, alam remaja yang penuh kekeliruan menyebabkan peranan ibubapa sejak anak ini lahir lagi belum lagi tamat sehingga mereka sudah memasuki alam dewasa dan dapat membuat penilaian sendiri dengan matang dan baik. Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada remaja kerana sebahagian besar sikap remaja berdasarkan kepada kelakuan ibubapa dalam mendidik mereka."
02
"Pada usia remaja, remaja mula menunjukkan sikap memberontak dan menolak kongkongan ibubapa. Walaubagaimanapun, mereka masih dahagakan perhatian dan kasih sayang. Menurut kajian Montemeyer dan Hanson (1985), punca konflik antara remaja dan ibubapa bukanlah disebabkan oleh isu kebebasan, tetapi ia berkaitan dengan isu interpersonal."
01

rujukan: fateema.blog.friendster.com