Macam-macam hadiah menarik disertakan, antaranya tv yang besar-besar, basikal, wang tunai dan macam-macam. Penuh satu lori JKR dengan hadiah-hadiah untuk peminat dan kaki pancing.
Untuk melihat maklumat yang telah dimasukkan sebelum ini sila klik disini[http://lamankerayong.blogspot.com/2009/06/jkr-daerah-bera.html]
Masih terdapat beberapa siri gambar sekitar pertandingan memancing ini yang akan dimasukkan dalam Laman Kerayong. Gambar-gambar tersebut akan dimasukkan secara berperingkat berdasarkan kelapangan masa.
Antara gambar yang akan dimasukkan adalah pemancing bertuah dari Majlis Daerah Bera (MDB) yang menjadi peserta pertama dapat memancing ikan keli yang beratnya hampir 3 kg.
