Thursday

Bekalan Air Paip 24.06.09

Bermula lebih kurang pukul 10 pagi, tiba-tiba Laman Kerayong dimaklumkan bahawa bekalan air paip telah terputus (tak sengaja putus) bagi kawasan Bandar Bera (Kerayong). Ramai yang tidak bersedia dengan ketiadaan bekalan air pada masa ini.

Dirumah memang tidak menyimpan air langsung. Harapkan tangki kat siling banyak mana sanggat ada. Kalau tinggal berdua tak apa la. Kalau anak ramai, camput tolak dekat 10 orang, tak cukup air dalam tangki.

Pada masa ketiadaan bekalan air yang sebegini, pilihan yang ada untuk sediakan makan tengahari keluarga adalah makan di kedai. Kalau di rumah tak biasa makan Monosodium Glutamate (MSG), hari ini kena makan makanan yang ada Monosodium Glutamate (MSG).

Bila tak ada bekalan air secara mengejut begini rupanya menguntungkan kedai makan. Kalau biasanya sampai malam masih ada makanan yang belum dijual. Tetapi dalam keadaan ketiadaan bekalan air begini, kebanyakan kedai makan habis menjual makanan mereka sebelum waktu Zohor.

Dengan izin Allah swt, petang semalam hujan lebat. Ada yang mengambil kesempatan untuk membasuh pinggan dan mandi menggunakan air rahmat yang diturunkan dari langit oleh Allah swt.

Tak pasti pukul berapa paip air kembalui berair. Yang pastinya pagi ini (25.06.2009) dah ada air paip.