[Home]
Pertandingan Selawat dan Berzanji Peringkat Sekolah Menengah Negeri Pahang 2009Tarikh: 4.4.2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Seri Bera, Bera. Pahang.
Pejabat Pendidikan Daerah Bera
"10. Tentu ramai dikalangan kita yang "kaya-kaya" akan menyimpan wang mereka di bank. Kebanyakan kita ni mempunyai lebih dari 2 akaun bank. Tetapi berapa ramai di kalangan kita sedar bahawa bank tersebut mengamalkan sistem riba’. Adakah kita juga berurusan dengan sistem riba’ itu. Ingat ketika nabi berjalan malam ke sidratul muntaha diiringi malaikat jibril dan mikail pada malam Isra’ Mi’raj. Nabi telah dipertonton oleh Allah dengan segolongan manusia yang memakan bara-bara api yang menyebabkan perut mereka mengembang dan menggelegak. Manusia-manusia ini terus memakan bara api itu walaupun mereka tahu itu bara api. Itu adalah balasan Allah kepada pemakan riba’. Cuba ingat bila kali terakhir kita bayar zakat."
"9. Baru teringat..ini pula berkenaan dengan penggunaan air ketika solat. Tentu kita biasa berwudhu’ menggunaan air paip kan. Berapa ramai di antara kita yang memulas kepala paip itu dengan harapan air akan turun dengan lebih laju, lebih mudah untuk ambil wudhu’. Sebenarnya cara ini amat dikeji oleh Allah. Allah tidak suka kepada sesuatu kaum yang suka berbuat sesuatu secara berlebih-lebihan dan membazir.inna al-mubadzirina kanu ikhwan asya-yatin. Orang yang membazir itu adalah saudara mara syaitan. Lagipun ada satu hadis nabi yang saya tak ingat matannya ada menyebut orang yang membuka air (menggunakan air) dengan jumlah yang banyak adalah orang yang bersifat riak, takabbur. wallahu a’lam."
"8. Perempuan dan kosmetik tidak dapat dipisahkan umpama aur dengan tebing saling memerlukan. Kenapa? lelaki tak pakai kosmetik pun. Takkan ada lelaki nak pakai gincu dan maskara. Kalau ada tu dah masuk kategori "abnormal". Memang benar dalam sunnah umat Islam digalakkan memakai bau-bauan terutama ketika hendak menunaikan solat. Bagi wanita ia adalah satu kehormatan kepada suaminya. Namun, di dalam hadith2 Nabi tak pernah pula kita terjumpa kalau bedak kompak tu kena mahal dan tak telus air, gincu mesti jenama avon. Tak ada..nak pakai biarlah bertempat contohnya untuk interview. Nak pakai minyak wangi dan bedak boleh tapi janganlah tebal dan kuat sangat baunya sampai pedih hidung dibuatnya. Lagi pun ia boleh menyebabkan fitnah dan semestinya "lelaki yang akan jadi mangsa" banyak dosa zina kena tanggung: zina mata, zina hidung, zina mulut dan sebagainya..kesian kaum Adam.."
"7. Ketika hendak melakukan solat. Pilihlah sejadah yang sesuai. Pilih yang simple dan kosong kerana sejadah yang penuh corak dan warna akan mengganggu kekhusukan solat. Otak akan menerawang dan berfikir mengenai corak itu. Sebenarnya ini adalah satu cara untuk mengganggu solat dari musuh-musuh kita."
"6. Orang biasanya tidak mengendahkan masa untuk pergi ke pasar samada pasar malam atau pasar minggu. Seelok-eloknya pergi awal waktu ketika pasar baru dibuka. Semakin lewat kita pergi semakin banyak syaitan, jin berlegar-legar mencari mangsa pada waktu "puncak" pasar itu."
"5. Menyentuh mengenai makanan dan adab makan. Makanlah sedikit biar banyak macam dan jenis. Makan banyak akan menghidupkan nafsu dan adalah lebih buruk jika tidak didahulukan dengan bacaan nama Allah sebelum makan. Sabda Nabi, "sesungguhnya kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali lapar, dan apabila kami makan, kami akan berhenti sebelum kenyang. "
"4. Merendahkan suara ketika bercakap sesama kawan-kawan dan famili. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kuat-kuat, bercakap banyak atau mendominasi pergaulan kerana dikhuatiri ia menimbulkan sifat bongkak dan sombong. Lihat surah al-munafiqun ayat 4 mafhumnya "mereka ini adalah mereka yang berpersonaliti yang menakjubkan, dan apabila mereka berkata-kata mereka mahukan kamu mendengar percakapan atau ujaran mereka". Sifat ini akan terbawa-bawa kepada sifat mazmumah iaitu syarrahu al-kalam (berkata-kata jahat)"
"3. Biasakan membaca alquran walaupun kita tidak memahami maksudnya. Namun adalah lebih baik jika kita berusaha menyelidik dan memahami maknanya. Seandai kita berasa malas untuk baca alquran, bacalah surah al-ikhlas 3 kali setiap malam, anda akan dapat pahala seolah-olah berkhatam sekali alquran."
"2. Sebagai remaja kita berkemungkinan meletakkan photo orang yang kita sayang di dalam bilik kita. Takpun kita tampal pada dinding. Kadang2 tu ada yang obses dengan penyanyi/pelakon pujaannya. Tahu tak .. bahawa syaitan akan memasuki rumah yang ada lukisan atau potret wajah manusia atau haiwan, teddy bear, bunny, dan mana2 anak patung yang menyerupai haiwan atau manusia, ianya perlu dibuang atau diisikan didalam kotak. Terutama perempuan2 yang sukakan pooh atau teddy bear. Jangan buat camni .. malaikat rahmat tidak akan datang sekali-kali dan menyampaikan rahmat Allah kepada kita. Malaikat2 lain juga tidak akan masuk rumah kita. Tanda Allah merahmati rumah kita mudah aje .. seisi keluarga akan berasa amat aman dan harmoni, tiada pergaduhan hatta perselisihan faham, rasa sayang-menyayangi akan terus mekar dalam rumah. Manakala jika tidak ada rahmat, rumah itu akan berasa seolah2 "panas", ahli rumahnya akan berasa bosan dan bercakaran sesama sendiri. Ahli keluarga juga cenderung untuk berbuat mungkar."
rujukan: zamzuri.blog.friendster.com
.