[Home]Kelab Sukan & Kebajikan
JKR Daerah Bera
.
Akan Menganjurkan
Pertandingan Memancing
.
pada
Tarikh
27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa
8.00 pagi
Tempat
Pusat Memancing Rimba Bera, Triang
.
Tarikh Tutup Penyertaan
>>>>>15 Jun 2009<<<<<
.
Yuran Penyertaan Kategori Perak
(Jabatan lain)
RM30.00
-----------------------------------------------
Syarat dan Peraturan Utama:
1. Masa pertandingan bermula 9.00 hingga 11.30 pagi
2. Peserta kategori Platinum dan Emas dibenarkan menggunakan 2 batang joran. Peserta kategori Perak hanya dibenarkan menggunakan sebatang joran sahaja.
3. Peserta bebas menggunakan sebarang mata pancing kecuali mata bercabang tiga, pelampung dan mata rambai.
4. Wajib menggunakan batu ladung dan panjang perambut yang dibenarkan adalah 300mm/1' sahaja.
5. Umpan akan disediakan oleh pihak penganjur. Tidak dibenarkan membawa/menggunakan umpan sendiri.
6. Pemenang dikira berdasarkan berat seekor ikan.
7. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
8. Setiap ikan yang dipancing adalah milik kolam (Rimba Bera). Ikan yang beratnya kurang atau sama dengan 3kg boleh dibeli dengan harga yang ditetapkan oleh pemilik kolam tersebut.
9. Terdapat ikan yang ditanda sebagai 'JackPot' dan pihak penganjur telah menyediakan hadiah istimewa sekiranya ikan tersebut berjaya dinaikkan oleh peserta. Ikan yang telah ditanda tersebut tidak diambilkira untuk hadiah utama pertandingan.
10. Joran perlu dibawa bersama ikan untuk ditimbang.
11. Keputusan hakim adalah muktamad.
----------------------------------------------
Untuk Maklumat Lanjut dan Pendaftaran sila hubungi:
En. Razeman bin Abd Rahim (Pembantu Teknik Bangunan)
Cik Nur Laili bt Jaafar (Juruteknik Awam)
Tel: 09-255 7276
Fax: 09-255 7858
-----------------------------------------------
Ibubapa boleh menghantar anak-anak mereka ke Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk aktiviti mewarna gambar dibawah ini.
