Kalau difikir-fikirkan, jauh sekolah SMK Chemomoi jika dibandingkan dengan SMK Bandar Kerayong, SMK Seri Bera, SMK Triang atau SMK Mengkarak. Masih juga jauh SMK Chemomoi jika dibandingkan dengan SMK Bukit Mendi, SMK Triang 3, SMK Bera atau SMK Purun. Semua sekolah yang disebut adalah dibawah Daerah Bera kecuali SMK Chemomoi dibawah Daerah Bentong. Pelajar SMK Chemomoi datang dari Felda Chemomoi dan Felda Kemasul.
Ini bukanlah kali pertama Cikgu Nizam membawa pelajar-pelajar SMK Chemomoi ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pelajar sebelum ini yang pernah dibawa oleh Cikgu Nizam, kini telah menyambung pelajaran di universiti. Harap-harap pelajar yang dibawa kali ini juga akan mencapai impian masa depan masing-masing. (kalau nak tau apa impian mereka, ikutilah blog Perpustakaan Awam Daerah Bera)
Semasa di dalam bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera, mereka juga melihat:
1. Galeri Foto Sejarah Daerah Bera (Galeri, Lampu dan Cerita)
2. Mini Galeri Foto-foto Rimba Rekreasi Bukit Bertangga,
3. Koleksi Foto-foto Tasik Bera
4. Pameran Buku-buku Dakwan (Pameran dan Buku)
5. Koleksi Foto Wajah-wajah Semelai Kampung Bongkok. Koleksi ini hanya di pamerkan semasa penutup program Ziarah di Kampung Bongkok anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Koleksi ini akan diterbitkan secara berperingkat dalam Laman Kerayong bermula 24.8.2009.
Selepas tamat lawatan di perpustakaan Awam Daerah Bera, lawatan di teruskan di Restoran Anjung Seri yang berhampiran dengan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Sedap
Sedap, sedap.
Sedap, sedap, sedap.
Akhir sekali Laman Kerayong ucapkan terima kasih 'Daun Keladi' kepada Cikgu Nizam, semoga cikgu akan lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan minat cikgu. Terima kasih juga kerana belanja kami semua (RM28.00), semoga lebih murah rezeki cikgu.
Sekian.
10.30pagi. 21.07.2009 (Selasa)