Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Friday

Nenek Luyah Kg Mengkarak

Ini adalah Nenek Luyah. Saya bertemu dengen nenek ni di Perpustakaan Desa Kg Mengkarak. Walaupun dah tak nampak jelas untuk membaca tetapi seronok melihat Perpustakaan Desa Kg Mengkarak ni dah dibuka semula setelah dilanda banjir pada 10.12.2007.
05
Nenek Luyah tinggal seorang sahaja. Anak dan cucu ada datang menjengok. Kebanyakannya tingal berhampiran.
04
Masa muda-muda sikit suka pakai baju lawa sikit supaya nampak cantik sikit. Sekarang dah tua-tua ni dah tak kisahkan nak pakai baju yang cantik dan lawar. Pakaian yang ada ni dan dirasakan mencukupi. Tak ada apa yang nak dikejarkan lagi.
03
Bila ditanya tentang zaman jepun dan komunis, banyak cerita yang ditempoh dan didengar. Tetapi mungkin Nenek Luyah tak berapa seronok bercerita tentang jepun dan komunis di bulan puasa ni dan hari pun dah dekat nak raya. Ini buka kata nenek Luyah tetapi analisa saya.
02
Mungkin banyak cerita komunis yang terpahat dilantai otak dan terbenam didinding hati. Tak semua orang suka bercerita tentang kenangan yang menusuk jiwa ibarat terhiris buluh lemang yang belum dibakar. Memang ada yang tak sanggup bercerita tentang komunis yang kejam. Kalau anda nak baca temuramah yang sampai peringkat mengeluarkan air mata, klik DISINI [http://lamankerayong.blogspot.com/2009/08/chin-peng-sudah-lari.html]
01

Wednesday

Alang Ludin Kg Seri Buntar

Gambar Encik Alang Ludin ini dirakamkan pada 23.8.2009 ketika terlihat beliau keseorangan di hentian bas hadapan Taman Peruman Kg. Seri Buntar. Encik Alang pernah ditangkap oleh Jepun untuk di hantar ke untuk dijadikan buruh landasan keretapi maut. Encik Alang hanya sempat di kurung di Tumpat. Ketika ditahan di Tumpat, beliau diberitahu Jepun telah menyerah kalah. Dengan bantuan seseorang, kumpulan mereka telah dapat menyusup keluar dari tempat tahanan melalui pintu belakang.

Bimbang jula, kalau tak lari tak tau apa yang akan dilakukan oleh Jepun sebelum mereka menyerah diri sepenuhnya. Bimbang juga dipindahkan ke tempat yang lebih teruk atau dibunuh semuanya kerana bimbang membocorkan apa-apa rahsia.
03
Kumpulan mereka lebih telah berjalan kakai untuk balik ke kampung masing-masing. Mereka berhati-hati melarikan diri berpandukan landasan keratapi. Jika terlalu hampir dengan landasan keretaapi, bimbang dapat ditemui oleh jepun yang sedang mencari mereka. Jika terlalu jauh dari landasan keretapi bimbang terserempak dengan pengganas komunis yang sedang bermaharajalela dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dikatakan memberikan apa saja kerjasama kepada jepun penjajah.
02
Dalam perlarian tersebut, mereka makan apa-apa sahaja. Kalau jumpa rumah orang kampung, mereka meminta belas ehsan tuan rumah memberima mereka makan apa-sahaja. Sampai di satu tempat di antara daerah Lipis dengan Jerantut mereka telah diberikan nasi oleh tuan rumah. Lama sungguh tak jumpa nasi. Setelah sampai di Temerloh Encik Alang meneruskan perjalanan seorang diri balik ke Triang.
01
Beliau seterusnya berkhidmat dengan pasukan Home Guard. Pernah bertugas di balai Polis Mengkarak. Pernah terlibat dalam mempertahankan balai polis Mengkarak daripada serangan pengganas komunis. Turut sama dalam peristiwa tersebut adalah JP Mohd Noor (jpmohdnoor.blogspot.com) dan Imam Khatib Sudin. Ringkasan cerita beliau telah dituliskan dalam jpmohdnoo.blogspot.com.

Seterusnya Encik Alang berkhidmat sebagai jaga May Bank Triang dan bilal Masjid Triang. Kini meneruskan hidup dengan wang yang diterima melalui Felcra. Dalam usia 80 tahun dengan kaki yang masih ada kesan ditembak, tak banyak perkara yang mampu dilakukan oleh Encik Alang. Anak-anak selalu menjenguk walaupun telah ada kehidupan masing-masing. Bila bercerita pasa makan, hanya lauk ikan tenggiri sahaja yang dapat membuka selera makan.

Tuesday

Hang Tuah di Bera

Ini adalah salah satu cerita tentang Hang Tuah di Bera. Cerita ini dipetik dari portal.pahangtourism.org.my.

Menurut laman web ini, Sungai Bera, Sungai Pahang dan Sungai Chini telah digunakan oleh Pahlawan Melayu Hang Tuan untuk melarikan diri DARIPADA Pahang menuju ke Melaka semasa usaha menculik Tun Teja untuk dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Syah Sultan Melaka.

Petikan asal:
"Council general manager Idros Yahya said, according to history, Sungai Bera, Sungai Pahang and Sungai Cini were used by the Malay warrior Hang Tuah to escape FROM Pahang to Malacca during his mission to kidnap Tun Teja (daughter of the then Pah ang Sultan) for marriage to Sultan Mahmud Syah of Malacca.

During that time, he said the rivers were deep enough to sail a tongkang, but they had become shallow due to siltation and development."

sumber asal
[http://portal.pahangtourism.org.my/?act=idx&do=show&id=17]

Untuk mendengar cerita lengkap tentang perjalanan tersebut kita mungkin bolah bertanya kepada orang Tanjung Keling Melaka. Kerana kubur Hang Tuah ada di Tanjung Keling Melaka. Sementara kubur Tun Teja ada di Merlimau Melaka.

Memang teringin nak ke Tanjung Keling Melaka, nak dengar cerita tentang orang tua-tua di Tanjung Keling. Sementara belum ada kesempatan ini baiklah pergi ke Melaka dengan internet sahaja. Berikut adalah maklumat yang sempat dikaji berkaitan dengan Hang Tuah.

1. Cucu Hang Tuah - "sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000. "
[http://www.pgx.com.my/cucu-hang-tuah/]

2. Ini bukan kubur Hang Tuah? - " ...yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina"
[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm]

3. Hang Tuan Keturunan Cina? - "DAN HANG TUAH PERNAH BERKATA "TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA!"
[http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=6728]

4. Hang Tuan Berbangsa Cina? - Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan. - ..... iaitu Hang Tuah tu sebenarnya seorg PEREMPUAN.. - Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita." - "dimanakah makam NARAI @ HANG TUAH @ ISKANDAR MUDA THANI @ TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH - SALASILAH LAKSAMANA HANG TUAH YANG BERGELAR NARAI DI AYUTHIA - Conclusion - you just made it up. LIAR! - Don't believe in the hype. -
[http://www.pergh.com/forum/index.php?action=printpage;topic=9387.0]

5. Jalan Penarikan - "The famous Malaccan warrior Hang Tuah while on the run with Tun Teja, used Jalan Penarikan to flee to Pahang"
[http://www.bahau.com.my/english/pullroute.htm]

6. Menyanggah 'Hang Tuah Berbangsa Cina' - "Perlu diingat bahawa Hikayat Hang Tuah yang dirujuk hanyalah buku cerita bukannnya buku sejarah."
[http://www.freewebs.com/suaraanum/0506a02.htm]

7. Makam Hang Tuah, Tanjung Keling, Melaka - "Posted by Selalang (Roban, Malaysia) on 10 February 2008 in Art & Design."
[http://patnichol.aminus3.com/image/2008-02-10.html]

8. MISTERI NUSANTARA - Tawaf di Makam Hang Tuah - Berguru dengan Hang Jebat - Laksamana Hang Tuah Muncul di Melaka - Hang Tuah Patahkan Keris - Dakwa Pernah Melihat Laksamana Hang Tuah - Hang Tuah Muncul Semula di Melaka - Hang Tuah Orang Kelantan? - Benarkah Tuah Menikam Jebat - Bukan Tuah Tetapi Jebat Tertikam Dirinya Sendiri - Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi: Siapakah Mereka Sebenarnya -
[http://hulubalang-lagenda.tripod.com/]

Demikianlah bahan yang sempat dikutip dalam internet. Kalau sampai masa nanti mungkin saya akan keluarkan cerita tentang Hang Tuan yang dikutip di Daerah Bera. Ceritanya tentu ada kaitan dengan perjalanan Hang Tuan ke Pahang untuk menculik/memujuk/melarikan/merebut Tun Teja anak Bendahara Pahang.

Bila sampai di sini saya teringatkan CC Majid. Banyak cerita yang belum sempat beliau curahkan untuk dihimpun dan ditulis. Kajian menggunakan orang lebih susah berbanding kajian menggunakan internet. Banyak belanja diperlukan. Banyak sokongan diperlukan (sokong yang tidak membawa rebah dan sokong yang tidak menghina kita depan orang ramai).

Asal usul nama Daerah Bera (pdtbera)

Ramai juga orang yang ingin tahu tentang asal nama Bera, sehinggakan nama Bera ini diipilih untuk menjadi Nama senuah daerah yang baru di pahang iaitu Daerah Bera. Berikut dipetik cerita yang diyakini betul oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bera ( pdtbera.pahang.gov.my)

Cerita 1:
'Daerah ini dinama dengan mengambil sempena nama tasek, iaitu Tasek Bera. Selain itu, nama “Bera” diperolehi melalui sumber masyarakat Orang Asli Semelai, iaitu berasal dari nama “Reba” sejenis rumpai air. Kabarnya ada satu pokok tua ganjil yang tinggi dan luarbiasa besarnya, cukup besar sehingga bilamana ia tumbang, bahana besar dan impek beratnya menyebabkan ia terbenam dalam ke bumi dan membentuk tasek. Dari batang, dahan dan ranting yang terbenam itu, maka tumbuhlah reba dengan banyaknya.'

Cerita 2:
'Versi kedua dari YM Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid manten Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, budayawan asal Chenor yang mengumpul cerita rakyat dan sastera lisan. Bera menurut beliau berasal dari perkataan “bercempera” yang bermakna orang ramai yang lari bertempiaran kerana negeri dan perkampungan mereka ditenggelami air dan menjadi tasek. Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di www.nngellary.com.my'

Jika sesiapa yang inginkan maklumat lanjut tentang cerita ini harap berhubung dengan:
Pejabat Daerah dan Tanah Bera
28200 Bandar Bera
Pahang Darul Makmur. Malaysia.
No. Tel: 09-2553109 Fax:09-2553444

Sumber asal cerita:
[http://pdtbera.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=47]

Friday

Kg Asli Bongkok - Remah b Ahlong

Masih lagi sekitar Program Dakwah dan Ziarah di Kampung Bongkok. Program ini dijalankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Turut memeriahkan program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera.
01
Turut membuat pemeriksaan adalah Pakcik Awang yang berumur 67 tahun. Nama sebenar Pakcik Awang adalah Remah b Ahlong. Beliau dilahirkan pada tahun 1944. Saya telah mengenali Pakcik Awang ini ketika Asyik FM membuat lawatan ke Kampung Bongkok beberapa tahun dahulu. Pada masa itu saya hanya membuat sedikit rakaman video tentang Merbau Bongkok yang diceritakan oleh pak Cik Awang.
02
Kini Pak Cik Awang lebih sihat berbanding ketika saya mula-mula bertemu dangan beliau beberapa tahun dahulu. Dahulu bergerak dengan bertongkat rotan manau. Kini telah boleh berbasikal.
03
Apa yang lebih mengembirakan Pak Cik Awang adalah beliau bakal menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera. Duit itu amat bermakna kepada Pak Cik yang akan selalu memakai baju hijau pasukan keselamatan. Katanya baju ini adalah kenangan semasa berkhidmat Pasukan Rela. Malah Pak Cik Awang pernah menjadi ketua Rela di Kampung Bongkok.
04
Cerita Pak Cik Awang, Kampung Bongkok ini ada dua belah. Sebelah sungai sana dinamakan Kampung Merbau Bongkok. Disana ada pokok merbau yang macam orang bongkok. Kampung Bongkok sebelah sini berasal dari cerita seorang tua yang sering menangkap ikan terbongkok.
05
Seingat beliau telah ada empat orang Tok Batin yang telah berkhidmat di Kampung Bongkok. Mereka adalah: 1. Rintong, 2. Kling, 3. Saaya, 4. Terunak dan 5. Remol. Tok Batin Remol masih berkhidmat sebagai Tok Batin sehingga kini. Walau bagaimanapun keadaan kesihatan tidak mengizinkan Tok Batin Remol bergerak cergas seperti dahulu. Encik O telah membantu Batin Remol menjalankan tugas batin semenjak 1992.

Thursday

Cikgu Hussin Mira Kembali Ke Rahmatullah

Puan Azmah binti Hussin telah memaklumkan kepada Laman Kerayong pada 10 Julai 2009 bahawa ayah beliau iaitu Cikgu Hussin b Mira telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2009 jam 4.40 pagi di rumahnya di Kg Lubuk Lian, Kuala Bera, Bera, Pahang. Jenazah arwah Cikgu Hussih telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Serai, Kuala Bera, Bera, Pahang. Allah swt telah menentukan bahawa hayat beliau sampai 87 tahun di dunia ini.

Semasa hayatnya, Cikgu Hussin sering menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dengan kerjasama Cikgu Hussin. Sayangnya tiada satupun kajian-kajian tersebut ada di Daerah Bera. Jika ada sesiapa yang menyimpannya, harap dapat serahkan satu salinan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk rujukan di masa hadapan.

Cikgu Hussin telah berkahwin dengan Zaharah bt Awang. Pasangan ini dianugerahkan 11 orang anak. Iaitu:
1. Kamariah(Kuantan)
2. Norlaili (Kuala Bera)
3. Abdul Halim (Seberang Guai)
4. Hamsiah (Kuantan)
5. Khuzaimah (Temerloh)
6. Khairudin (Sanggang)
7. Solehan (Putra Jaya)
8. Azmah (Padang Luas, Kerayong)
9. Azman (Shah alam)
10. Akhrizan (Kuantan)
11. Husinizah (Kg Lubuk Lian)

Cikgu Hussin pernah bertugas di Sekolah Batu Boh, Sekolah Durian Tawar, Sekolah Guai dan akhir sekali Sekolah Orang Asli Bukit Rok. Cikgu Hussin adalah lepasa Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Seorang cucu beliau Norhafizah (anak Hamisah) telah mengikut jejak langkah Cikgu Hussin belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Menurut Puan Azmah lagi, Cikgu Hussin seorang yang amat lembut dan tertib. Jika beliau sedang nak makan dan tetamu datang. Beliau akan berhenti makan dan meminta dihidangkan kepada tetamu juga. Beliau akan meminta tetamu makan dahulu.

Cikgu Hussin mempunyai ramai anak murid. Puan Azmah sering kali ditegur oleh orang yang tidak dikenali dan mengaku beliau adalah anak murid Cikgu Hussin. Terlalu ramai anak-anak murid beliau yang menghargainya.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa beliau. Al Fatihan untuk beliau.

Friday

chin peng sudah lari!

Setelah berjaya membuat temuramah dengan JP Mohd Noor tentang Komunis Chin Peng, saya ingin luaskan skop tersebut kepada kaum Cina pula. Susah juga nak dapatkan mood untuk kaum cina bercerita tentang komunis.
Akhirnya saya berpeluang berbual dengan seorang orang lama yang berumur 78 tahun. Pertemuan berlaku secara tak langsung di Restoran HM 2 di Kampung Baru Kerayong.

Cerita dimulakan tentang kehidupan dahulu beliau bersama JP Mohd Noor dalam mempertahankan negara tercinta daripada ancaman komunis.

Bila diajak berceritia tentang komunis, beliau terhenti seketika. Seterusnya beliau menyatakan pernah terserempak (dengan Chin Peng atau komunis, tapi tak dinyatakan di mana dan tak berani nak menyampuk nanti hilang mood nak bercerita).

"Baru angkat senapang mahu tembak, sudah hilang. Dia boleh lari ikut paya. Dia ada belajar lari dalam hutan."

"Rupanya dalam itu paya sudah bikin jalan untuk dia orang lari". Maksudnya bukan komunis ni boleh menghilangkan diri dalam paya, tetapi mereka telah membina jalan di tengah-tengah paya tersebut.

02
Bila ditanya pasal chin peng mahu balik ke Malaysia. Dijawabnya "Dia sudah lari, lari la, apa mau balik lagi. Dia sendiri lari."

Saya menambah lagi, "Mungkin ini Chin Peng mahu mati di Malaysia". Dengan tenang dijawab oleh beliau, "Mati mana-mana boleh mati. Serupa saja".

Seterusnya beliau menambah, "kita hidup di sini mesti mau baik-baik. Jangan bikin susah."

Saya terus menambah, "Ini komunis ramai orang tak suka". Saya terus mendiamkan diri untuk memberi peluang kepada beliau untuk mencari kata-kata. Dalam masa yang sama saya lihat air mata mula terbit dipenjuru mata. Mata beliau telah mula merah. Beliau terus membisu sambil memandang kearah jalan raya. Mungkin bimbang saya dapat melihat genangan airmatanya.

Beliau menyambung, "Ini komunis, kalau mereka tak suka, satu keluarga mereka bunuh. Saya punya keluarga mertua semua mati kena bunuh."

Mendengar ayat tersebut saya terkedu dan tak berani mengeluarkan sebarang kata. Bimbang akan terus melukakan hati yang talah lama pilu. Beliau terus menyambung, "Isteri saya mati (mungkin dibunuh oleh komunis bersama ahli keluarganya) masa umur (mungkin umur beliau) 40 tahun. Saya satu orang besarkan anak-anak". Saya terus menduga, "Tak kawin-kawin". Beliau jawab dengan tegas "Takkk, tak ada guna"

Beliau menambah lagi, "Jepun lagi baik. Bila dia orang lalu, dia orang mintak makan sama saya punya mak. Dia orang lagi mau bayar. Tapi mak saya tak mau, dia kasi saja."

Falsafah hidup beliau mudah, 'Kalau kita dapat seringgit, kita belanja seringgit, tak perlu berlebih-lebih'.

Tidak lama kemudian beliau terus bangun kononnya untuk mencari rakan yang telah memperkenalkan kami. Mungkin juga untuk menyembunyikan kepiluan yang telah berkudis di hati bila berbicara tentang komunis. Mungkin juga hujan air mata akan turun jika diteruskan bercerita tentang komunis atau chin peng.

01
Akhir sekali, anggaplah cerita ini adalah rekaan semata-mata tetapi boleh dijadikan peringatan. Sama-samalah kita cuba untuk hidup berbaik-baik. Janganlah timbulkan kekacauan, nanti kita sama-sama susah.

Sekian.

Foto, Info dan Cerita

Selama ini Laman Kerayong banyak paparkan Foto dan Info tentang Orang Bera. Tetapi tak ada menulis cerita tentang apa yang ada dalam hati, fikiran, perasaan dan jiwa Orang Bera. Bermula pada hari ini, Laman Kerayong akan paparkan Foto, Info dan Cerita tentang Orang Bera. Kami akan mengali lubuk hati Orang Bera untuk kita jadikan bahan renungan. Kita sama-sama anggap cerita-cerita itu nanti sebagai cerpen (cerita pendek) yang kononnya tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Satu blog khas yang menulis tentangOrang Bera telah pun ada dibuat di alamat http://jpmohdnor.blogspot.com/. Tetapi blog ini hanya berkisar pada kehidupan JP Mohd Noor sahaja. Saya tak boleh nak masukkan cerita yang tak berkaitan dengan beliau disini. Menukar konsep Laman Kerayong daripada Foto dan Info kepada FOTO, INFO dan CERITA membolehkan Laman Kerayong mengumpul cerita suka duka penduduk Bera. (Sekali lagi diingatkan, kita anggap bahawa cerita-cerita itu nanti adalah rekaan saya semata-mata)

Akhir sekali Laman Kerayong tidak bertanggungjawab terhadap kerugian, kerosakan dan seumpamanya terhadap sesiapa yang menggunakan foto, info dan cerita disini.

CERITA TAK ADA APA-APA

Sebelum Jumaat hari ini ditakdirkan saya bertemu dengan orang Bera yang terpaksa berurusan dengan klinik. Yang seorang bayinya banyak kahak dan yang seorang lagi matanya sakit. Kita namakan klinik tersebut 'klinik K'.

Orang yang pertama pergi bersama isterinya membawa bayi mereka ke klinik tersebut. Setelah diperiksa doktor klinik K ni kata 'Tak Ada Apa-apa'. Saya ambil kesempatan untuk bertanya (jaga tepi kain orang), "Sakit apa anak ni?". Jawab suaminya "Banyak kahak, susah nak tidur". Jelas terbayang kekecewaan di wajah suaminya apabila mendapat jawapan 'Tak Ada Apa-apa' dari doktor. Lalu mereka membuat keputusan untuk mencuba nasib di klinik di Temerloh.

Kemudian saya bertemu dengan orang sakit mata pula. Setelah beberapa kali berulang ke klinik untuk berjumpa dengan doktor, akhirnya pesakit ini berjaya berjumpa dengan doktor. Cerita orang kedua ini pula, "Baru sahaja duduk, doktor terus berkata 'Tak Ada Apa-apa'." Kaku dan beku juga seketika apabila mendengar jawapan daktor tersebut. Orang ini tak bercadang untuk ke klinik di Temerloh. Katanya lagi "Mungkin betul-betul tak ada apa-apa". Tetapi sebelum berjumpa doktor ini dia dah membuat pemeriksaan mata dengan dua kedai cermin mata. Satu di Bera dan satu di Kuala Lumpur. Kedua-duanya mencadangkan pergi berjumpa pakar mata swasta di KL. Kos rawatan adalah antara RM1,000 hingga RM1,200 bagi sebelah mata. (Nak baca cerita tampal gigi di klinik swasta dan berapa bayarannya klik DISINI)

Saya cadangkan beliau mencuba ubat Permata Hijrah. Ada di jual di Pekan Sehari Bera pada setiap hari Ahad. Beliau berminat dengan cadangan tersebut dan saya membawa haluan ke Restoran Ar-Robah Kerayong. Restoran yang dibuka 24 jam. Kalau nak pergi, carilah Big 10 dan jumpalah Ar-Robah.

Sekian.
31.7.2009

(Anggaplah cerita ini sebagai rekaan sahaja walaupun ianya mungkin benar-benar terjadi kepada orang Bera. Jika sesiapa ada cerita yang mahu di kongsi bersama bolehlah hubungi kami. Kita anggap cerita-cerita ini adalah cerita dongeng semata-mata. Untuk tujuan hiburan dan peringatan. Supaya siapa yang terkena tidak tersinggung dan boleh memperbaikinya secara senyap-senyap)

Monday

Kereta Lembu

Kebiasaannya jika kita sebut kereta lembu bermaksud, lembu berada di hadapan dan bertugas menarik kereta yang dibelakang. Kita tetap sebut 'kereta lembu' walaupun susunannya terbalik. Mungkin orang tua-tua dahulu membaca, memerhati, membilang atau menganalisa bermula dari belakang. Mereka sebut yang belakang dahulu iaitu, kereta dan barulah disebut yang dihadapan lembu.
08
Kalau kita ikutkan susunan kata 'kereta lembu' sepatutnya kereta berada di hadapan dan lembu berada di belakang. Kalau macam itu macam mana lembu nak tarik kereta. Mungkin juga kereta jarang-jarang dapat dilihat pada masa dahulu. Jadi apabila orang zaman dahulu tengok dua perkara ini iaitu, kereta dan lembu mereka akan tertarik kepada kereta terlebih dahulu. Lepas itu baru mereka akan pandang kepada lembu.
07
Yang dalam gambar ini adalah sebenar-benarnya istilah 'kereta lembu'. Kereta ada di depan dan lembu ada di belakang. Cuma yang berbezanya adalah bukan lembu tarik kereta tetapi kereta tarik lembu.
06
Ada orang tak panggil kereta tersebut sebagai kereta. Ada yang memanggilnya 'kereta wira' dan ada yang memanggilnya 'wira' sahaja. 'Kereta wira' dan 'wira' ni kalau digabungkan dengan 'lembu' nak panggil apa? 'Kereta wira lembu' atau 'wira lembu'.
05
Tak sedap pulak bunyinya bila masuk dalam telinga orang Melayu.
04
Tak kisahlah apa orang nak panggil bila mereka nampak kereta wira tarik lembu. Mungkin inilah kemajuan atau pembangunan yang telah kita nikmati sekarang. Mula-mula dulu orang kita pergi tarik lembu dengan berjalan kaki. Orang berjalan di depan dan lembu yang kena tarik berjalan di belakang. Kalau budak-budak nampak mereka akan panggil 'orang tarik lembu' atau 'lembu kena tarik'. Silap dengar seolah-oleh lembu tu kena tarik sebab tuannya tak bayar ansuran bulanan lembu dan tiga bulan. Ada ke orang buat pinjaman nak beli lembu dan membayarnya secara ansuran setiap bulan? Ada, tentu ada.
03
Bila dah maju sikit orang pergi tarik lembu dengan motosikal. Kalau motosikal bergerak di depan dan lembu bergerak di belakang, mana boleh buat kerja seorang. Kena buat dua orang. Kalau motosikal di belakang dan lembu di depan, senang sikit nak buat kerja seorang. Tetapi ini bukan dinamakan tarik lembu, ini dinamakan iring lembu. Namun begitu matlamatnya sama, iaitu memindahkan lembu dari satu tempat ke satu tempat lain.
02
Bila dan maju sikit lagi orang kita iring lembu dengan kereta. Kereta bergerak di belakang dan lembu bergerak di depan. Kalau budak-budak nampak, mereka akan kata nampak kereta wira iring lembu. Lembu dan ada pengiring. memang patut pun kena ada pengiring, lembu harganya boleh dampai RM2000 seekor
01
Tetapi yang dalam gambar ini bukan kereta iring lembu. Ini jelasnya kereta wira tarik lembu. Kalau tuan punya lembu ni ada lori tentu dia tak akan buat kerja menarik lembu dengan kereta wira. Suruh je lembut tu naik lori dan bolah dihantar ke tenpat yang dihajatkan. Kalau dengan kereta wira macam mana nak suruh lembu tu masuk dalam kereta wira. Lembu buka pandai duduk macam orang. Lagipun lembu tandas awam dia kat mana-mana aja.
Saya lebih suka iring lembu dengan naik basikal MTB "Cannondale'.

SJK C Triang No.1 -19.7.2009

Pada Hari Ahad 19hb. Julai, 2009 berkesempatan untuk hadir di Sekolah Jenis Kebangasaan (Cina) Triang No.1. Pada asal disangka ada pertandingan mewarna sahaja seperti tahun lepas. Rupanya ada macam-macam aktiviti. Macam-macam gambar dapat dirakamkan:
1. Senaman Cina (mungkin watakung) - 3 kpg
2. Mewarna - 7 kpg
3. Bomba - 8 kpg
4. Cara-cara membuat roket air - 32 kpg
5. Melancarkan roket ke udara - 21 kpg
6. Alat melancarkan roket air tersebut - 9 kpg
7. Gerai Pos Malaysia triang - 5 kpg
8. Penari sedang bermakup - 3 kpg
9. Gerai-gerai jualan - 8 kpg
10. Pancaragan Sekolah dan Tarian Naga - 8 kpg
11. VIP - 10 kpg

Jika mempunyai kesempatan akan disiarkan koleksi gambar-gambar ini. Pada hari sebelumnya iaitu 18 Julai, 2008, telah berkesempatan merakam pelbagai gambar-gambar di Temerloh. Antaranya adalah:

1. Basikal lama - 8 kpg
2. Galeri Tokoh - 30 kpg
3. Baby Kampung Darat Sanggang - 12 kpg
4. Ikan Toman Bunga - 12 kpg
5. Sungai Pahang - 50 kpg
5a. Buah dan bunga - 7 kpg
5b. Mandi - 18 kpg
5c. Menjala Ikan - 21 kpg
5d. Sungai - 7 kpg

Sekian.

Helikopter Bomba

Inilah gambar Helikopter Bomba yang dirakamkan di Padang Awam Daerah Bera pada 26 dan 27 Mei 2009. Selama hari tersebut penduduk sekitar Bandar Bera asyik bercerita tentang helikopter. Bukan orang Bera tak pernah tengok helikopter cuma tertanya-tanya apa yang dibuat oleh helikopter bomba ini.
03
"Unit Udara Bomba & Penyelamat Malaysia (UUBP) telah ditubuhkan pada 11 September 1998. UUBP kini mempunyai enam (6) buah helikopter iaitu (2 jenis Mi-17-IV), (2 jenis Mi-171 buatan Russia) dan (2 jenis Agusta A 109 buatan Itali). "
02
"Serentak dengan perasmian Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 11 September 1998, dua helikopter Mi-17, Unit Udara Bomba dan Penyelamat Malaysia (UUBP) yang diberi nama Enggang dan Pekaka, terbang secara rasmi buat pertama kali di ruang udara negara untuk melaksanakan misi menyelamat."

01

"Bomba Membaca Bomba Yang Berilmu"
jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera
{02.06.2009.Selasa}

Tuesday

Jang b Nong Chik (1952)

Foto 03

Pada 25.05.2009 (Isnin) telah diadakan majlis Taklimat Khas Oleh Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah yang dijalankan di kawasan Guai. Taklimat tersebut telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Turut hadir untuk mendengar taklimat tersebut adalah Encik Jang bin Nong Chik.

.Ramai ketua kampung dan pemimpin di Kawasan Guai telah hadir namun begitu hanya seorang sahaja yang tergerak hati untuk menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sebenarnya En. Jang b Nong Chik telah lama ingin menjadi ahli di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Semasa bertugas dengan Dato' Haji Mohd. Hayani bin Haji Abdul Rahman (DIMP., KMN., AMN., PPN., PJK.) lagi niat telah ada. Apabila di panggil untuk mendengar taklimat Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah di Perpustakaan Awam Daerah Bera, beliau terus mendaftar sebagai Ahli Dewasa di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

.Secara ikhlas En. Jang b Nong Chik mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang benar-benar minat membaca. Beliau juga bukan seorang kaki buku atau ulat buku atau seorang yang amat meminati buku. Cuma, menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berbudaya membaca.

.Bagi beliau tidak cukup dangan menyertai program-program yang dijalankan oleh perpustakaan sebagai bukti bahawa kita menyokong budaya membaca. Bila ada program yang diminati, kita ke perpustakaan sebagai bukti kita minat membaca. Bila tak ada program tak perlu pergi ke perpustakaan, pasal tak ada kaitan. Seolah-olah budaya membaca hanya ada bila ada program. Satu cara yang lebih mudah untuk menunjukkan bahawa kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu adalah dengan menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kad keahlian perpustakaan adalah sebagai bukti kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu yang sering dikempenkan oleh kerajaan.

.Semoga usaha yang ditunjukkan oleh En. Jang b Nong Chik ini menjadi contoh kepada pemimpin dan masyarakat di Kawasan Guai, Kawasan Kemayan dan Kawasan Triang.
.Berikut adalah gambar Encik Jang Bin Nong Chik semasa Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Daerah Bera yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Foto 02
Foto 01

"Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------