Bimbang jula, kalau tak lari tak tau apa yang akan dilakukan oleh Jepun sebelum mereka menyerah diri sepenuhnya. Bimbang juga dipindahkan ke tempat yang lebih teruk atau dibunuh semuanya kerana bimbang membocorkan apa-apa rahsia.
Kumpulan mereka lebih telah berjalan kakai untuk balik ke kampung masing-masing. Mereka berhati-hati melarikan diri berpandukan landasan keratapi. Jika terlalu hampir dengan landasan keretaapi, bimbang dapat ditemui oleh jepun yang sedang mencari mereka. Jika terlalu jauh dari landasan keretapi bimbang terserempak dengan pengganas komunis yang sedang bermaharajalela dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dikatakan memberikan apa saja kerjasama kepada jepun penjajah.
Dalam perlarian tersebut, mereka makan apa-apa sahaja. Kalau jumpa rumah orang kampung, mereka meminta belas ehsan tuan rumah memberima mereka makan apa-sahaja. Sampai di satu tempat di antara daerah Lipis dengan Jerantut mereka telah diberikan nasi oleh tuan rumah. Lama sungguh tak jumpa nasi. Setelah sampai di Temerloh Encik Alang meneruskan perjalanan seorang diri balik ke Triang.
Beliau seterusnya berkhidmat dengan pasukan Home Guard. Pernah bertugas di balai Polis Mengkarak. Pernah terlibat dalam mempertahankan balai polis Mengkarak daripada serangan pengganas komunis. Turut sama dalam peristiwa tersebut adalah JP Mohd Noor (jpmohdnoor.blogspot.com) dan Imam Khatib Sudin. Ringkasan cerita beliau telah dituliskan dalam jpmohdnoo.blogspot.com.
Seterusnya Encik Alang berkhidmat sebagai jaga May Bank Triang dan bilal Masjid Triang. Kini meneruskan hidup dengan wang yang diterima melalui Felcra. Dalam usia 80 tahun dengan kaki yang masih ada kesan ditembak, tak banyak perkara yang mampu dilakukan oleh Encik Alang. Anak-anak selalu menjenguk walaupun telah ada kehidupan masing-masing. Bila bercerita pasa makan, hanya lauk ikan tenggiri sahaja yang dapat membuka selera makan.