Tuesday

Tukar Wajah


Ada masanya
kita suka menyimpan rasa
bila terlalu lama menyimpan
hati mula membara

Ada masanya
angin bertiup
angin fitnah
angin hasad dengki
angin umpat keji
angin penganiayaan
angin permusuhan

Ada masanya
angin tidak memberi kesan
ada masanya
angin amat memberi kesan

Ada masanya
kita perlu bersabar
ada masanya
kita perlu bertindak

Bila hati telah terbakar
mata akan berapi
sampai masanya
mata akan membakar

sesiapa yang menyalakan bara
sesiapa yang meniupkan angin
api tersebut akan mencari
orang yang menyalakan bara
orang yang meniup api

orang tersebut ...
akan membakar dirinya
diri keluarganya
juga diri keturunannya

dosa dengan manusia
MESTI kembali kepada manusia

Luahan hati ini hanyalah untuk menginsafkan diri sendiri sahaja.
Luahan hati ini adalah doa hamba yang tak punya apa-apa.