Showing posts with label Larian. Show all posts
Showing posts with label Larian. Show all posts

Wednesday

Triathlon TC Kuantan 2009

Kepada peminat sukan lasak yang lebih lasak dari Larian Tasik Bera akan diadakan pada:

Tarikh: 7 Jun 2009
Tempat: Teluk Cempedak, Kuantan.
Acara: (1)Berenang: 1.5km (2)Basikal (MTB): 30km (3)Berlari: 10km

Kategori Umur: (1) 15-19 tahun (2)20-24 tahun (3)25-29 tahun (4)30-34 tahun (5)35-39 tahun (6)40-44 tahun (7)45-49 tahun (8)50-54 tahun (9) 55 tahun ke atas

Hadiah: (1) RM700 (2)RM500 (3)RM300 sahaja

Chan Chee Seng
(satu nama yang dipercayai dalam dunia triathlon di Malaysia)
.
Champions (Veteran Category):
@Kedah Int’l Marathon 1998 @Kuala Lumpur Int’l Marathon 1989, ‘90 & ‘91 @Hong Kong Int’l Triathlon 1990, ‘91 & ‘92 @Sabah Int’l Triathlon 1991/1994 @Singapore Int’l Triathlon 1990 & 1991 @Port Dickson Int’l Triathlon 1990/1994 @Asian Triathlon Championship 1991/1993 @Laguna Phuket Int’l Triathlon 1994/1995 @Ironman Triathlon World Championship, Kona, Hawaii – 27th position (world ranking)
.
Race Director bagi:
@Desaru Long Distance Int’l Triathlon 1996/2008 @Port Dickson Int’l Triathlon 1997/1999, 2002/2006 @Port Dickson Int’l Triathlon (Asian Cup Series) 2007/2008 @A’Famosa Int’l Triathlon 1998/2008 @Kapas Marang Swimathon 1997/1999, 2005 /2009 @Kenyir Lake Int’l Triathlon 2004 /2009 @Bukit Merah Triathlon 2004 /2005, 2007 @Pedu Int’l Duathlon 2008 @Langkawi Ironman 2000 & 2001
.
Technical Director bagi:
@Sarawak Int’l Triathlon 2005 – 2008 (Miri) @Mild Seven Outdoor Quest 2000, 2001 (Dali & Lijiang, China) & 2002 (KK, Sabah)

.
Untuk Maklumat Lanjut klik DISINI (xterramalaysia.com)
Jika ada Orang Bera yang sanggup masuk, boleh datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kami akan membantu anda untuk mendaftar secara ONLINE. Bayaran adalah sebanyak RM150.00 seorang.

MAKLUMAN TERBARU

22.05.2009: Encik Hassan Ironman telah mendapat pengesahan Encik Chan Chee Seng melalui telefon bahawa Beliau (Chan Chee Seng) telah tidak terlibat dalam XTERRA Malaysia. Tidak perlu dinyatakan mengapa. Oleh kerana aktiviti ini diadakan di Pahang, harap Ironman Bera akan bertanding.

Saturday

Larian Tasik Bera (04) Kor Kesihatan Diraja

Angkatan Tentera Malaysia (ATM: Darat-Laut-Udara) -Kor Kesihatan Diraja (KKD):
bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM.

Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi telah menyebabkan penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Pada tarikh 11 Mei 1967 Kor Ubatan dan Gigian (KUG) telah menggantikan Kor Perkhidmatan Am (Ubat). Kor Ubatan dan Gigian (KUG) terus mengalami perkembangan dengan pertukaran namanya kepada kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Seterusnya Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 adalah pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh Kor Kesihatan Diraja.
Rujukan: Klik DISINI
06
Anak-anak Orang Asli Semelai sedang menunggu giliran untuk bersunat.
05 Hasila
04 Mendengar
03 Menunggu giliran.
02 Pemeriksaan.
01 Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge.

"Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu"

Larian Tasik Bera (02) Kategori 'Local Bera'

2 Mei 2009 (Sabtu). Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera.
Kata Waris-warah (saudara mara) di Bera ni , Tasik Bera ni dah ada sejak Zaman Tori (zaman dahulukala) lagi. Wokme (awak semua) kalau nak tau cerita asal usul nanti koi kesahkan (ceritakan). Hari ni nak kesahkan hal orang lumba lari.
09
08. Pandang la Tala (menunjukan) sini, koi nak ambik gambor nak masukkan dalam Blog Laman Kerayong.
07. Sebelum berlari pastikan Upor (beg duit) disimpan dengan baik. Jangan tengan berlari locot (terjatuh) pulak.
06
05
04

03
02 Kalau jumpa bukit kena Uja (mengambil lajak sebagai momentum sebelum memulakan pergerakan) dulu baru tak semput.
01 Kalau nak tau lebih lagi tentang loghat pahang sila ke Blog RODHONG COIL (Menghubungkan Rodong-Rodong Koi Secara Global).

Larian Tasik Bera (01) Orang Bera

11. Mendengar taklimat.


2 Mei 2009 (Sabtu). Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera.
Makluman mengenai Larian Tasik Bera ini telah ditulis dalam Blog Laman Kerayong Blogspot.com pada 27 April 2009. Dukacita dimaklumkan bahawa yang dimaksudkan oleh penganjur TENTU INTAN SDN BHD bagi perkataan "Local (Bera and Tioman)" adalah siapa-siapa sahaja termasuk peserta Kenya. Penyertaannya sama seperti "International (Bera and Tioman)", siapa-siapa sahaja boleh daftar. Yang berbeza adalah yuran penyertaan, nilai hadiah dan pemberian hadiah. Kalau rasa kuat dan nak hadiah besar jangan masuk "Local (Bera and Tioman)", masuk aja "International (Bera and Tioman)". Mungkin yang dimaksudkan oleh Tentu Intan Sdn Bhd bagi acara "Local Bera" ini adalah "Bera Open" yang bukan dikhaskan untuk Orang Bera sahaja.

Orang Bera sangkakan ada kategori khas untuk Orang Bera bersaing sesama Orang Bera. Maklumlah nak merasa terima hadiah. Tambahan hadiah disediakan sampai pemenang yang ke 20. Rupanya terpaksa bersaing dengan orang kenya, orang putih, orang ATM, orang PDRM dan macam-macam orang yang kuat-kuat.

Walau bagaimanapun Orang Bera tetap memberikan sokongan. Terdapat penyertaan dikalangan Orang Asli Semelai Bera, orang JKR Bera, orang TNB Bera, orang Pejabat Kesihatan Bera/Triang dan peneroka Felda Tementi. Semuanya berjaya menamatkan larian dalam tempah 3 jam ke 4 jam. Orang Kenya tamatkan larian dalam masa 1 jam 55 minit dan 59 saat.
10 Letih setelah sampai. Air tak cukup semasa perlumbaan.
.
Links berkaitan dengan Tentu Intan Sdn Bhd:
@eMenang.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008 (Ended)
@eco-challenge.com.my - Bera Tioman International Eco-Challenge 2009
@tourism.bernama.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008
@pahangtourism.org.my - Sultan Ahmad Shah Tioman International Challenge
@rompinkawan.blogspot.com - 10 rakan penganjur Tentu Intan Sdn Bhd
09 Peneroka Felda Tementi berjaya menamatkan larian. Hadiah bukan matlamat, Hanya kawank-kawan pemberi semangat.
08 Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Triang juga berjaya menamatkan larian. Kalau boleh nak sijil penyertaan atau baju T sebagai bukti telah menamatkan larian 24 km dalam hutan. Rasa macam 48 km.

07 Untuk melihat aksi pelumba ini semasa MSSD Bera sila klik DISINI.

06
05 En Hassan Ironman bersama seorang peminat acara lasak.

04 Peserta acara "Local Bera' dilepaskan.

03 En. Jamaluddin dan En. Seow

02 En. Jamaluddin dan En Zul

01 En. Jamaluddin bersama Ketua Balai Polis Bandar 32.

Tuesday

Larian Tasik Bera

PENDAFTARAN ONLINE
Info Pertandingan
Tarikh Pertandingan: 2 mei 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2009

Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 akan mengadakan dua acara larian iaitu peringat Tasik Bera dan Peringkat Pulau Tioman. Acara ini telah mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Laut, Tourism Malaysia, Majlis Belia Kuantan, Tioman Developement Authority, Pejabat Daerah Rompin, Pejabat Daerah Bera dan Lembaga Tindakan Pelancongan Pahang.

Larian Peringkat Tasik Bera akan diadakan pada 2 Mei 2009 (Sabtu). Di peringkat ini peserta perlu berlari sejauh 24 km sekitar Tasik Bera. Mungkin merentas laluan berair, laluan berlumpur, kebun sawit dan jalan tar. Ada empat kategori dipertandingkan:
1. Antarabangsa - Lelaki
2. Antarabangsa - Perempuan
3. Tempatan Juara Bera - lelaki
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan

Untuk kategori Tempatan Juara Bera sudah tentu dikhaskan kepada mereka yang beralamat di Daerah Bera atau yang tinggal di Daerah Bera atau lahir di Daerah Bera. Semua peserta termasuk peserta Tempatan Bera perlu berlari sejauh 24km.

Peserta Tempatan Bera yang nak masuk kena kuat mental dan fizikal, kena lari redah air, selut dan macam-macam lagi sejauh 24km. Kalau berjaya menjadi juara, juara pertama akan dapat hadiah wang tunai RM1,200. Juara kedua pula dapat RM850 dan juara ketiga dapat RM500. Wang tunai akan diberikan sehingga kepada juara nombor 20. Ini adalah hadiah kepada Juara Lelaki bagi Tempatan Bera.

Bagi Juara Perempuan bagi Tempatan Bera pula akan mendapat hadiah RM1,000 bagi juara pertama, RM700 bagi juara kedua dan RM400 bagi juara ketiga. Hadiah diberikan sehingga juara nombor 10 sahaja.

Jumlah keseluruhan hadiah adalah bernilai RM31,500.
1. Antarabangsa - Lelaki -RM14,500
2. Antarabangsa - Perempuan -RM8,500
3. Tempatan Juara Bera - lelaki - RM5,150
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan - RM3,350

Kami di Laman Kerayong Blogspot telah tolong mendaftarkan secara online seramai 4 orang bagi kategori lelaki Tempatan Bera. Syabas kepada peserta Bera kerana menyahut cabaran Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009.

Aturcara adalah seperti berikut: (1) Pendaftaran bermula 5.30 pagi. (2) Larian bermula jam 9.00 pagi (3) Larian tamat jam 12.00 tengahari dan (4) Penyampaian hadiah jam 12.15 tengahari.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 sila klik SINI. Kalau dan tak sabar-sabar nak berlumba dalam Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 boleh terus mendaftar secara online, sila klik SINI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2009. Jumlah peserta dihadkan kepada 500 orang sahaja. Peserta perlulah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi antarabangsa dan RM20 bagi tempatan Bera dan Tioman.

Untuk mendapatkan kemudahan internet percuma bagi mendaftar secara online, sila berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Waktu operasi Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.30 pagi - 5.00 petang
JUMAAT
8.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 patang - 5.00 petang
SABTU & AHAD
Tutup
(boleh pergi ke perpustakaan desa)
.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday

Larian Palestin Daerah Bera (tamat)


22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Atrucara Program

Program Khas kempen Sokongan Skuad Sukerelawan Remaja Rakan Muda Untuk Belia dan Kanak-kanak Palestin:

- 8 pg - Ketibaan peserta - 8.15 pg - Ketibaan VIP - 8.30 pg - Regangan (Malaysia Cergas) - 8.4. pg - Pelepasan Larian Amal -9.10 pg - "Cooling Down" -9.40 pg - Bacaan Doa - 9.45 pg - ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Sri Ismail Saberi bin Yaakob - 10.00 pg - Upacara tandatangan tanda sokongan kepada rakyat Palestin dan Kutipan Derma - 10.15 pg - Cabutan Nombor Bertuah - 10.30 pg Jamuan Ringan - 10.45 pg Bersurai -

Jawatankuasa Induk:

Pengerusi :
Pegawai Daerah Bera

Setiausaha :
Pegawai belia dan Sukan Daerah Bera

Jawatankuasa :
Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera, Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Bera, Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera, Ketua Polis Daerah Bera, Jurutera JKR Daerah Bera, Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera, Pegawai Penerangan Daerah Bera, Pegawai Pelajaran Daerah Bera, Pegawai Kesihatan Daerah Bera, Setiausaha Majlis Daerah Bera, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga dan Penghulu Mukim Bera 1.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday

Larian Palestin Daerah Bera (9.40 pg)

22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Sebentar lagi alan tibalah acara yang paling dinantikan oleh peserta larian. Siapakah yang akan mendapat basikal untuk dibawa balik. Pelajar SMK Bandar Kerayong, SMK Triang, SMK Seri Bera atau SMK Bukit Mendi.
9. Peserta Larian Palastin sedang menurunkan tandatangan sebagai tanda simpati terhadap penderitaan rakyat palestin.


8. Pelajar SMK Triang menunggu giliran untuk tangan tangan.
7. pelajar SMK Triang menunjukkan bola sepak hitam yang diterima semasa cabutan bertuah.
6. Pelajar SMK Triang sabar menunggu giliran untuk menurunkan tandatangan.
5. Seorang pelajar perempuan SMK Bandar Triang tersenyum melihat gelagat pelajar SMK Seri Bera dan SMK Bandar Kerayong yang sedang menurunkan tandatangan mereka pada kain rentang.
4. Masing banyak ruang untuk ditandatangan.
3. Inilah tetamu yang paling dihormati pada Hari Larian Palestin Daerah Bera. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera sedang menyampaikan cenderamata kepada beliau. Beliau sebenarnya mewakili Menteri Belia dan Sukan yang tidak dapat hadir.
2. Inilah peserta yang paling bertuah pada hari ini. pengawas SMK Bandar Kerayong ini sedang menerima sebuah basikla daripada wakil Menteri Belia dan Sukan.
1. Juruacara sedang bertanya kepada peserta yang paling bertuah. beliau sungguh tidak sangka akan menjadi peserta Larian Palestin Daerah Bera yang paling bertuah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Larian Palestin Daerah Bera (9.30 pg)

22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Acara cabutan bertuah sampai di kemuncaknya. Suasana semakin panas terik di Laman Kerayong namun peserta masih tidak berganjak. Masing-masing ingin tahu siapakah yang paling bertuah dan dapat membawa balik basikal.

11. Pelajar Sekolah Menengah Bukit Mendi bersama basikal bertuah.
10. masing-masing sabar menunggu tuah.
9. Pemenang cabutan bertuah.
8. Hari semakin panas.
7. Perut dah mula rasa lapar.
6. Sabar sekejap lagi kita boleh makan.
5. Tiga sahabat.
4. Sabar menunggu nombor bertuah.
3. Dapat juga merasa hadiah cabutan bertuah.
2. Sekolah Menengah Bandar Kerayong memang bertuah.
1. Lega acara dan nak tamat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Larian Palestin Daerah Bera (9.15 pg)

22 Februari 2009 (Ahad)
Laman Kerayong. Daerah Bera. Pahang.

Acara cabutan bertuah diteruskan lagi. Macam macam hadiah ada.
15. Kena belajar main takraw lepas ni.
14. Siapa lagi yang bertuah lepas ni?
13. Sekolah Menangah Kebangasaan Triang.
12. Menerima hadiah bola keranjang.
11. Diringi oleh bapa untuk menerima hadiah Cabutan Bertuah sempena Larian Palestin Daerah Bera.
10. Kali ini menerima reket badminto pula.
9. Siapa punya nombor?
8. Gembira Program larian Palestin berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Bera.
7 . Sekolah Menengah Seri Bera.
6. Juruacara majlis dan 'jurucabut nombor' majlis.
5. Wakil Pegawai Daerah Bera.
4. Mencabut nombor bertuah.
3. Urusetia cabutan nombor bertuah sedang memeriksa bola yang akan diberikan kepada peserta Larian Daerah Bera yang bertuah.
2. Tuah Hang Tuah.
1. Nombor saya bertuah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[23.02.09] Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar