2 Mei 2009 (Sabtu). Pejabat Pengurusan Tapak Ramsa Tasik Bera.
Makluman mengenai Larian Tasik Bera ini telah ditulis dalam Blog Laman Kerayong Blogspot.com pada 27 April 2009. Dukacita dimaklumkan bahawa yang dimaksudkan oleh penganjur TENTU INTAN SDN BHD bagi perkataan "Local (Bera and Tioman)" adalah siapa-siapa sahaja termasuk peserta Kenya. Penyertaannya sama seperti "International (Bera and Tioman)", siapa-siapa sahaja boleh daftar. Yang berbeza adalah yuran penyertaan, nilai hadiah dan pemberian hadiah. Kalau rasa kuat dan nak hadiah besar jangan masuk "Local (Bera and Tioman)", masuk aja "International (Bera and Tioman)". Mungkin yang dimaksudkan oleh Tentu Intan Sdn Bhd bagi acara "Local Bera" ini adalah "Bera Open" yang bukan dikhaskan untuk Orang Bera sahaja.
Orang Bera sangkakan ada kategori khas untuk Orang Bera bersaing sesama Orang Bera. Maklumlah nak merasa terima hadiah. Tambahan hadiah disediakan sampai pemenang yang ke 20. Rupanya terpaksa bersaing dengan orang kenya, orang putih, orang ATM, orang PDRM dan macam-macam orang yang kuat-kuat.
Walau bagaimanapun Orang Bera tetap memberikan sokongan. Terdapat penyertaan dikalangan Orang Asli Semelai Bera, orang JKR Bera, orang TNB Bera, orang Pejabat Kesihatan Bera/Triang dan peneroka Felda Tementi. Semuanya berjaya menamatkan larian dalam tempah 3 jam ke 4 jam. Orang Kenya tamatkan larian dalam masa 1 jam 55 minit dan 59 saat.
.
Links berkaitan dengan Tentu Intan Sdn Bhd:
@eMenang.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008 (Ended)
@eco-challenge.com.my - Bera Tioman International Eco-Challenge 2009
@tourism.bernama.com - Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge 2008
@pahangtourism.org.my - Sultan Ahmad Shah Tioman International Challenge
@rompinkawan.blogspot.com - 10 rakan penganjur Tentu Intan Sdn Bhd