Menara Tamin Sari adalah antara tempat yang selalu di lawati oleh mereka yang melawat ke Bandar Hilir Melaka. Menara Taming Sari ini diuruskan oleh Melaka Taming Sari Bhd iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Melaka Berhad yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Melaka. Pembinaan Menara Taming Sari ini dilhamkan oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dan mula di bina pada tahun 2006.
Berpusing: 360 darjah
Kos Pembinaan: RM24 Juta (termasuk bangunan sokongan iaitu 'Melaka House')
Ketinggian: 110 meter
Jumlah Penumpang: 66 orang
Buatan: Switzerland
Masa Naik Turun: 7 minit
Bayaran Hari Biasa: RM10 seorang (70 sen seminit). Warga emas RM8 seorang. Potongan 50% bagi orang ketiga.