Wednesday

SMK Bandar Kerayong [siang] (01) Guru-guru

Perkara: Pertandingan Kompang Selawat Bagi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2009
Tarikh: 4.4.2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Bandar Kerayong, Bera. Pahang.
08
"Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat."
07
"Cabaran : Kesamaran peranan sebagai guru Pendidikan Islam."
Cara penyelesaian : Amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan. Fungsi dan peranan dalam membentuk ummah perlu direnung semula. Kegagalan memahami fungsi dan peranan yang sebenar akan memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan ummah.
06
"Cabaran : Minat dan perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam."
Cara penyelesaiannya : Guru perlu menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan.
05
"Cabaran : Keadaan bilik darjah yang tidak memuaskan."
Cara penyelesaiannya : Pentadbiran sekolah perlu berusaha mendapatkan kemudahan bilik darjah yang mencukupi.
04
"Cabaran : Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak pelajar."
Cara penyelesaiannya :Memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak lain samada ibu bapa, guru-guru lain, pihak sekolah dan juga perhatian masyarakat.
03
"Cabaran : Meluasnya Budaya Lulus Periksa dan fokus pengurusan sekolah"
Cara penyelesaiannya : Pihak pengurusan hendaklah mempunyai misi dan wawasan yang jelas berlandaskan budaya, nilai agama dan akhlak yang didokong oleh warga sekolah.
02
"Cabaran : Ketidakselarasan pendidikan ibu bapa di rumah dengan pendidikan di sekolah."
Cara penyelesaiannya : Di awal lagi, dijelaskan apakah pendidikan Islam, tujuan dan matlamat Pendidikan Islam dan kesan sekiranya tidak mempraktikkan apa yang dipelajari.
01
Rujukan: blogkita86.blogspot.com - Cabaran Guru Pendidikan Islam
.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------