Thursday

Lumba Basikal Jelajah Pahang 2009 (06) Peringkat 4

Bera-Rompin
Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pg-1.30pg
Tempat Mula: Dataran Kerayong
Tempat Tamat: Pejabat Penghulu Mukim Rompin
Jarak: 163.7 km

*Profile Persatuan Lumba Basikal Daerah Bera: tiada maklumat lengkap mengenai persatuan daerah ini.

Setiausaha dan bendaharinya mengesahkan bahawa persatuan ini telah lama tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan. Keadaan ini disebabkan pengerusinya telah berpindah keluar Daerah Bera. Timbalan pengerusi yang telah mengambil alih tugas pengerusi (yang telah berpindah) telah meninggal dunia. Persatuan ini masih mempunyai sedikit wang dalam akaun persatuan dan sedikit hutang serta telah lama tidak mengadakan mesyuarat atau sebarang aktiviti berbasikal.

Bendahari tidak mahu menggunakan wang yang ada tanpa mesyuarat AJK. Sementara setiausaha pula tidak dapat menghubungi dan mengumpul AJK lama. Dengan ini jelas persatuan ini tiada dan tidak pernah menghantar wakil ke apa-apa perjumpaan atau mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan Berbasikal Pahang.

Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera juga mengesahkan tidak pernah dijemput untuk mengadakan perjumpaan dengan setiausaha, bendahari atau AJK persatuan ini. Beliau tidak mengatahui mengenai status atau pun perkembangan semasa persatuan ini. Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera amat berharap persatuan ini dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan yang telah lama tidak diadakan. Tindakan ini perlu disegerakan sebelum Pejabat Pendaftar Pertubuhan menggantung persatuan ini. Seterusnya menyelaraskan aktiviti berbasika di Daerah Bera supaya berbasikal menjadi aktiviti popular di Daerah Bera.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------