[Home]
Sukan SRJKC Kerayong, Bera, Pahang.Tarikh: 26.03.2009
Tempat: Padang Sekolah SRJKC Kerayong
Sejarah SRJKC Kerayong ini bermula pada tahun 1950. Pada masa itu hanya terdapat 3 buah bilik darjah bagi menampung pelajar seramai 45 orang. Sehingga kita SRJKC Kerayong pernah ditadbir oleh seramai 10 Guru Besar: [1951-1952 En. Leong Yan Bing] [1953-1955 En. Tan Ming Kuan] [1956-1968 En. Fan Kim Ying ] [1969-1979 En. Chong Eng San ] [1979-1982 En. Chua Zi Huan ] [1982-1995 En. Tan Heng Tham ] [1995-1998 En. Lim Her You ] [1998-1999 En. Foo Chee Lim ] [1999-2005 En. Lew Cheng Kiat ] [2005- kini En. Yong Chong Seong ]
"Pada tahun 1957, 4 buah bilik darjah dan 2 buah rumah guru tambahan telah dibina kerana pertambahan bilangan murid dan guru."
"Pada tahun 1956 terdapat 220 orang murid yang belajar di sekolah ini. Sekolah ini terpaksa dipecahkan kepada 2 sesi kerana kekurangan bilik darjah."
"Pada tahun 1966 bilangan murid telah bertambah menjadi 350 orang. 3 buah bilik darjah dan sebuah tandas teleh dibina."
"Pada tahun 1978 satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik guru besar, sebuah tandas dan sebuah stor alatan telah dibina."
"Pada tahun 1993 pihak sekolah telah berjaya mendapat sebidang tanah seluas 4 ekar untuk dijadikan padang sekolah."
"Pada tahun 1992 Kementerian Pendidikan telah meluluskan Projek Pembinaan sebuah Blok Bangunan Dua Tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah stor, 4 buah tandas. Pembinaan bangunan ini telah siap dibina pada tahun1994. Pada tahun 1995 sebuah kantin sekolah teleh dibina."
"Pada tahun 1997 sekolah ini dinaikkan menjadi sekolah grade A dan dua buah bilik darjah telah dibina."
"Pada tahun 1999 sekolah ini mendapat peruntukan RM60,000.00 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembinaan sebuah astaka di padang sekolah dan menaikkan taraf Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat dan kantin sekolah."
"Pada tahun 2002 Kementerian Pendidikan telah meluluskan Projek Pembinaan sebuah Blok Bangunan 4 tingkat dengan peruntukan RM2,300,000.00 yang dilengkapi dengan hawa dingin dan pelbagai perabot."
Rujukan: ppdbera.net - Sejarah Sekolah SRJKC Kerayong
.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------