Tarikh: 25 Jun 2009 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PAID Bera
Perkara:
Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan BeraAgenda Mesyuarat:
-Ucapan Aluan Pengerusi. Muhamad Yusri b Aman (Al Fadhil Qadi Daerah Bera)
-Ucapan Setiausaha PERKIM Temerloh.
-Perasmian Mesyuarat oleh Setiausaha
PERKIM Negeri Pahang Hj. Zainal Abidin bin Abu Bakar
-Pemilihan AJK Penaja
-Ucapan Penangguhan
Senarai AJK Penaja PERKIM Cawangan Bera:
-
Pengerusi: Wakil Pegawai Belia Daerah Bera
-
Timbalan Pengerusi: Qadi Daerah Bera
-
Setiausaha: Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Bera.
-
Bendahari: Wakil Majlis Daerah Bera
-
AJK 1: Wakil YB DUN Kemayan
-
AJK 2: Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Bera (PAID)
-
AJK 3: Pengurus TNB Bera
-
AJK 4: Pegawai Perpaduan Daerah Bera
-
AJK 5: Wakil Pegawai MARA Daerah Bera
Senarai Edaran:
Adun Kawasan Guai, ADUN Kawasan Kemayan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bera, Pejabat Perpustakaan Daerah Bera, Pejabat Perhutanan Daerah Bera, pejabat Perikanan Daerah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pejabat TNB Bera, pejabat MARA Daerah Bera/Temerloh, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Bera, Pejabat Felda Daerah Bera, Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera, Jabatan Bekalan Air Daerah Bera, Balai Bomba dan Pelyelamat Daerah Bera,Perhilitan Daerah Bera, FAMA Daerah Bera, Pejabat Pertanian Daerah Bera, JKR Daerah Bera, JPS Daerah Bera, Pejabat Pelajaran Daerah Bera dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera.
Petikan Ucapan:
Semasa ucapan Hj. Zainal Abidin bin Abu Bakar (Setiausaha PERKIM Bahagian Pahang), beliau telah menerangkan tentang Perkara 5 Perlembagaan PERKIM, iaitu tujuan penubuhan. Terdapat 5 tujuan penubuhan PERKIM, iaitu:
1. Tujuan Dakwah;
Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan Bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.
2. Tujuan Pelajaran;
Memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan Agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.
3. Tujuan Kebajikan;
Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin susah dan daif.
4. Tujuan Kerjasama Dalam Bidang Agama;
Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain.
5. Lain-lain tujuan;
Menjalankan kegiatan-kegiatan lain demi kepentingan dan kemajuan agama Islam.