Sunday

Sambutan Merdeka 2009 - Padang


Majlis Perbarisan dan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52, Peringkat Daerah Bera tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Ogos, 2009 (Isnin)
Masa : 7.15 pagi
Tempat : Padang Majis Daerah Bera

Aturcara Majlis

7.15 pagi
-Ketibaan Orang Ramai
-Kontigen Perbarisan Mengambil Tempat

7.45 pagi
-Ketibaan WAkil YAB. Menteri Besar Pahang diiring ke pentas.
-Menerima Tabik Hormat daripada Ketua Kontigen Kawalan Kehormat
-Wakil YAB Menteri Besar Pahang Memeriksa Perbarisan.
-Nanyian Lagu Jalur Gemilang, Lagu Satu Malaysia
-Bacaan Doa
-Perutusan dari YAB Mnteri Besar Pahang
-Bacaan Ikrar dan Laungan 'Merdeka"
-Kawalan Kehormat Keluar Padang
-Wakil YAB Menteri Besar Pahang Meninggalkan Majlis

9.00 pagi
-Majlis Bersurai

Lebih kurang 100 keping gambar-gambar semasa majlis ini akan disiarkan secara bersiri bermula 20hb November 2009. Pada masa ini masih terdapat banyak gambar-gambar lain yang perlu disiapkan ikut giliran.

Sambutan Merdeka 2009 -Masjid

Majlis Tahlil Dan Bacaan Doa Serta Tadarus Al Quran Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Bera Tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah diadakan pada :

Tarikh : 30 Ogos, 2009 (Ahad)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Darul Fikri Daerah Bera



Aturcara Majlis

6.00 petang

-Ketibaan Orang Ramai Dan Dif Jemputan
-Penyampaian Peruntukan Masjid & Surau Oleh ADUN Kwasan Guai Serta Cenderahati Imam & Bilal Masjid & Surau Kawasan Guai

7.18 petang

-Majlis Berbuka Puasa dan Jamuan Muhibbah
-Solat Hajat
-Tahlil Da Doa Selammat (Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-52)
-Solat Isyak
-Solat Tarawikh
-More'
-Tadarus Al Quraan
-Minum Malam
-Majlis Bersurai

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A2)

Gambar ini juga dirakamkan pada 15.7.2009 di Kampung Orang Asli Semelai Bongkok, Bera, Pahang.

Jika kita telah merasa yakin dengan diri kita sendiri bahawa kita boleh mendekati dan mendapat kepercayaan mereka, kita harus memilih seorang daripada mereka yang boleh menjadi individu sasaran. Individu ini harus dapat berkomunikasi dengan kita dan dengan orang lain. Maksudnya bukan yang jenis terlalu pendiam.
01
Masnita dan mimi (nama panggilandi Kampung Bongkok)
02
Tirai semalam.
03
Jalanan Berduri.
04
Kerana Jelingan Mu.
05
Antara Waktu dan Masa.

Tuesday

Wajah2 Semelai Kg Bongkok (A1)

Inilah wajah-wajah Orang Asli Semelai yang dirakamkan pada 14.7.2009. untuk mendekati mereka tidak susah jika kita mempunyai keyakinan pada keupayaan diri kita sendiri. Jika kita tidak yakin yang kita tidak boleh mendekati mereka, mereka juga tidak yakin untuk didekati.
05
Jarina.
04
Syakila dan Jarina tidak menunjukkan rasa malu, segan atau takut. Mungkin kerana hasil pergaluan mereka di SMK Bandar Kerayong.
03
Halim, Dahari dan Aizam Fadlie bergambar diatas pokok cheri tempat mereka selalu bermain. Pucuk muda pokok cheri ini boleh menurunkan kadungan gula dalam darah. Kalau ada sesiapa yang berani, boleh la mencuba. Kalau yakin.
02
01

Pertandingan Foto 1Malaysia 1Bera

Mulanya Daerah Bera nak adakan Pertandingan Foto 1Malaysia sempena sambutan Kemerdekaan ke-52 Peringkat Daerah Bera. Tiba-tiba tak jadi, duit tak ada. Nak kami teruskan, bimbang juga, siapa nak sediakan duit hadiah. Memang ada yang masuk tak kisahkan hadiah, cuma nak masuk. Apa hadiah yang penganjur berikan dia boleh beli sendiri malah jauh lebih mahal. Tetapi ada juga yang masuk nakkan hadiah, tak ada hadiah tak boleh jadi. Walaupun dia banyak duit tetapi kalau dia menang dia nak hadiah yang mahal dan baik. Kalau hadiahnya duit tunai, paling kurang dapat RM500 untuk nombor satu, RM300 untuk nombor dua dan RM200 untuk nombor tiga. Untuk saguhati pula elok-eloknya nak juga RM50.
01. Inilah iklan yang dicadangkan untuk Pertandingan Foto 1Malaysia Peringkat Daerah Bera.

Nasib baik iklan pertandingan ini tak sempat diedarkan. Kalau dan 'teredar' susah juga nak tarik balik. Itupun dah ada yang bertanyakan melalui telefon tentang pertandingan ini setelah dengar khabar-khabar angin tentang adanya pertandingan foto di daerah Bera. Sebab cadangnya sempena dengan pertandingan foto ini nak diadakan Bengkel Penggunaan Kamera Digital untuk mereka yang masih takut-takut dan malu-malu dengan kamera digital.

Tetapi ... kalau ada sesiapa yang dah ada rakamkan foto-foto yang mengambarkan semangat 1Malaysia boleh la hantar ke urusetia Laman Kerayong di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Mungkin foto-foto tersebut boleh kita kongsi bersama. Boleh disiarkan dalam blog Laman Kerayong. Mungkin ada orang Kerayong/Bera yang berada diperantauan nak tengok semangat 1Malaysia orang Bera. Setakat hadiah kecil-kecil atau sijil penyertaan boleh mintak Perpustakaan Awam Daerah Bera keluarkan.

Akhir sekali dimaklumkan PERTANDINGAN INI TAK JADI. Tetapi kalau nak hantar gambar boleh hantar. Hadiah tak ada. Hanya untuk suka-suka sahaja. Jangan marah.

Untuk melihat pemenang pertandingan Foto 1Malaysia anjuran 1malaysia.com.my klik DISINI.

Thursday

Cikgu Hussin Mira Kembali Ke Rahmatullah

Puan Azmah binti Hussin telah memaklumkan kepada Laman Kerayong pada 10 Julai 2009 bahawa ayah beliau iaitu Cikgu Hussin b Mira telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2009 jam 4.40 pagi di rumahnya di Kg Lubuk Lian, Kuala Bera, Bera, Pahang. Jenazah arwah Cikgu Hussih telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Serai, Kuala Bera, Bera, Pahang. Allah swt telah menentukan bahawa hayat beliau sampai 87 tahun di dunia ini.

Semasa hayatnya, Cikgu Hussin sering menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dengan kerjasama Cikgu Hussin. Sayangnya tiada satupun kajian-kajian tersebut ada di Daerah Bera. Jika ada sesiapa yang menyimpannya, harap dapat serahkan satu salinan kepada Perpustakaan Awam Daerah Bera untuk rujukan di masa hadapan.

Cikgu Hussin telah berkahwin dengan Zaharah bt Awang. Pasangan ini dianugerahkan 11 orang anak. Iaitu:
1. Kamariah(Kuantan)
2. Norlaili (Kuala Bera)
3. Abdul Halim (Seberang Guai)
4. Hamsiah (Kuantan)
5. Khuzaimah (Temerloh)
6. Khairudin (Sanggang)
7. Solehan (Putra Jaya)
8. Azmah (Padang Luas, Kerayong)
9. Azman (Shah alam)
10. Akhrizan (Kuantan)
11. Husinizah (Kg Lubuk Lian)

Cikgu Hussin pernah bertugas di Sekolah Batu Boh, Sekolah Durian Tawar, Sekolah Guai dan akhir sekali Sekolah Orang Asli Bukit Rok. Cikgu Hussin adalah lepasa Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Seorang cucu beliau Norhafizah (anak Hamisah) telah mengikut jejak langkah Cikgu Hussin belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Menurut Puan Azmah lagi, Cikgu Hussin seorang yang amat lembut dan tertib. Jika beliau sedang nak makan dan tetamu datang. Beliau akan berhenti makan dan meminta dihidangkan kepada tetamu juga. Beliau akan meminta tetamu makan dahulu.

Cikgu Hussin mempunyai ramai anak murid. Puan Azmah sering kali ditegur oleh orang yang tidak dikenali dan mengaku beliau adalah anak murid Cikgu Hussin. Terlalu ramai anak-anak murid beliau yang menghargainya.

Semoga diampunkan segala dosa-dosa beliau. Al Fatihan untuk beliau.

Saturday

Kg Orang Asli Bongkok 14.07.09

Pada 14.7.2009 (Selasa) Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara sempena Sambutan Bulan Dakwah peringkat Daerah Bera di Kampung Orang Asli Bongkok.
02
Program ini telah mendapat sokongan Guru Tadika Kemas Kg Bongkok walaupun beliau tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai program ini. Seronok melihat pelbagai tahap keyakinan dan keberanian yang dimiliki oleh kanak-kanak Asli Semelai Kampung Bongkok. Ada yang dengan tenang, tertib dan perlahan menyusun menara. Ada yang pantas, kelam kabut dan kurang teliti menyusun menara. Ada juga yang tarlalu takut hinggakan menangis bila tiba masa berlawan. Tak kurang juga yang kelihatan tenang dan berani tetapi gagal mengawal emosi kerana sokongan dan jeritan kawan-kawan dan ibubapa.

Pertandingan Bina Menara ini sememangnya direka cipta untuk menjadikan kanak-kanak berani, yakin, pantas tetapi teliti. Untuk menang peserta perlu mata yang tajam, tangan yang pantas, hati yang tenang dan tumpuan yang jitu.

Semua peserta dan pemenang telah mendapat hadiah sumbangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
01
Peserta adalah
1. Izrol a/l Salim (Johan)
2. Raziman a/l Wi (Kedua)
3. Norsyakina a/p Mayudin (ketiga)
4. Elisa a/p Ramli (keempat)
5. Faiz a/l Ismadi
6. Lamri a/l O
7. Norsafiza a/p Jamri
8. Nursamilah a/p Badri
9. Razlan a/l Udin
10. Rusdina a/p Rosli
11. Surina a/p Acing
12. Emy Natasa a/p Hairi
13. Syazarina a/p Amani
14. Syarizal a/l Hazizan
15. Yusma Syah a/l Nizal dan
16. Mohd Adi Putra Bin Rosli.

Monday

Lawatan 3P Fama Bera (18) Peserta Bergambar

Peserta Fama Bera bergambar untuk kenangan di rumah kongsi Projek Tanaman Satur di Sungai Pinang, Pulau Indah Klang. Semasa disini peserta telah dijamu dengan mee goreng dan kuih. Terima kasih kami semua kepada tuan rumah yang bersungguh-sungguh memberikan layanan istimewa.









































Friday

chin peng sudah lari!

Setelah berjaya membuat temuramah dengan JP Mohd Noor tentang Komunis Chin Peng, saya ingin luaskan skop tersebut kepada kaum Cina pula. Susah juga nak dapatkan mood untuk kaum cina bercerita tentang komunis.
Akhirnya saya berpeluang berbual dengan seorang orang lama yang berumur 78 tahun. Pertemuan berlaku secara tak langsung di Restoran HM 2 di Kampung Baru Kerayong.

Cerita dimulakan tentang kehidupan dahulu beliau bersama JP Mohd Noor dalam mempertahankan negara tercinta daripada ancaman komunis.

Bila diajak berceritia tentang komunis, beliau terhenti seketika. Seterusnya beliau menyatakan pernah terserempak (dengan Chin Peng atau komunis, tapi tak dinyatakan di mana dan tak berani nak menyampuk nanti hilang mood nak bercerita).

"Baru angkat senapang mahu tembak, sudah hilang. Dia boleh lari ikut paya. Dia ada belajar lari dalam hutan."

"Rupanya dalam itu paya sudah bikin jalan untuk dia orang lari". Maksudnya bukan komunis ni boleh menghilangkan diri dalam paya, tetapi mereka telah membina jalan di tengah-tengah paya tersebut.

02
Bila ditanya pasal chin peng mahu balik ke Malaysia. Dijawabnya "Dia sudah lari, lari la, apa mau balik lagi. Dia sendiri lari."

Saya menambah lagi, "Mungkin ini Chin Peng mahu mati di Malaysia". Dengan tenang dijawab oleh beliau, "Mati mana-mana boleh mati. Serupa saja".

Seterusnya beliau menambah, "kita hidup di sini mesti mau baik-baik. Jangan bikin susah."

Saya terus menambah, "Ini komunis ramai orang tak suka". Saya terus mendiamkan diri untuk memberi peluang kepada beliau untuk mencari kata-kata. Dalam masa yang sama saya lihat air mata mula terbit dipenjuru mata. Mata beliau telah mula merah. Beliau terus membisu sambil memandang kearah jalan raya. Mungkin bimbang saya dapat melihat genangan airmatanya.

Beliau menyambung, "Ini komunis, kalau mereka tak suka, satu keluarga mereka bunuh. Saya punya keluarga mertua semua mati kena bunuh."

Mendengar ayat tersebut saya terkedu dan tak berani mengeluarkan sebarang kata. Bimbang akan terus melukakan hati yang talah lama pilu. Beliau terus menyambung, "Isteri saya mati (mungkin dibunuh oleh komunis bersama ahli keluarganya) masa umur (mungkin umur beliau) 40 tahun. Saya satu orang besarkan anak-anak". Saya terus menduga, "Tak kawin-kawin". Beliau jawab dengan tegas "Takkk, tak ada guna"

Beliau menambah lagi, "Jepun lagi baik. Bila dia orang lalu, dia orang mintak makan sama saya punya mak. Dia orang lagi mau bayar. Tapi mak saya tak mau, dia kasi saja."

Falsafah hidup beliau mudah, 'Kalau kita dapat seringgit, kita belanja seringgit, tak perlu berlebih-lebih'.

Tidak lama kemudian beliau terus bangun kononnya untuk mencari rakan yang telah memperkenalkan kami. Mungkin juga untuk menyembunyikan kepiluan yang telah berkudis di hati bila berbicara tentang komunis. Mungkin juga hujan air mata akan turun jika diteruskan bercerita tentang komunis atau chin peng.

01
Akhir sekali, anggaplah cerita ini adalah rekaan semata-mata tetapi boleh dijadikan peringatan. Sama-samalah kita cuba untuk hidup berbaik-baik. Janganlah timbulkan kekacauan, nanti kita sama-sama susah.

Sekian.

Tuesday

Pejabat Agama Islam Daerah Bera

Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Dakwah dan Pemantapan Akidah Masyarakat Orang Asli Daerah Bera 2009

Tarikh: 6 Ogos 2009 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Kampung Orang Asli Sungai Tuang Bera.

Aturcara bermula jam 10.00 pagi:
-Ketibaan Dif-dif Jemputan
-Ucapan Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Tuang
-Ucapan pegawai JHEOA Daerah Bera
-Ucapan Al Fadhil Qadhi Daerah Bera
-Ucapan Perasmian Oleh YB ADUN Kawasan Kemayan
-Penyampaian Hadiah dan Hamper
-Makan Tengahari
-Bersurai

*Program ini telah pada 4 dan 5 Ogos 2009. Pada 6 Ogos adalah penutupnya.
*Sebelum ini telah dijalankan program yang serupa di Kampung Orang Asli Bongkok. Gambar berkaitan program ini akan dikeluarkan pada bermula pada 24.8.2009 untuk disimpan dalam blog Laman Kerayong.
*Cerita berkaitan ada di Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera.

Monday

Lawatan 3P Fama Bera (17) Sayur

Lawatan 3P (Penggredan, Pembungkusan Dan Pelabelan)Fama Bera Ke Selangor
Tarikh: 9.6.2009 (Selasa)Masa: 1.00 petang Tempat: Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Klang. Projek: Tanaman Sayur.
10
09
08
07

06
05


04
03
02
01