01. Inilah iklan yang dicadangkan untuk Pertandingan Foto 1Malaysia Peringkat Daerah Bera.Nasib baik iklan pertandingan ini tak sempat diedarkan. Kalau dan 'teredar' susah juga nak tarik balik. Itupun dah ada yang bertanyakan melalui telefon tentang pertandingan ini setelah dengar khabar-khabar angin tentang adanya pertandingan foto di daerah Bera. Sebab cadangnya sempena dengan pertandingan foto ini nak diadakan Bengkel Penggunaan Kamera Digital untuk mereka yang masih takut-takut dan malu-malu dengan kamera digital.
Tetapi ... kalau ada sesiapa yang dah ada rakamkan foto-foto yang mengambarkan semangat 1Malaysia boleh la hantar ke urusetia Laman Kerayong di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Mungkin foto-foto tersebut boleh kita kongsi bersama. Boleh disiarkan dalam blog Laman Kerayong. Mungkin ada orang Kerayong/Bera yang berada diperantauan nak tengok semangat 1Malaysia orang Bera. Setakat hadiah kecil-kecil atau sijil penyertaan boleh mintak Perpustakaan Awam Daerah Bera keluarkan.
Akhir sekali dimaklumkan PERTANDINGAN INI TAK JADI. Tetapi kalau nak hantar gambar boleh hantar. Hadiah tak ada. Hanya untuk suka-suka sahaja. Jangan marah.
Untuk melihat pemenang pertandingan Foto 1Malaysia anjuran 1malaysia.com.my klik DISINI.