Tuesday

Jang b Nong Chik (1952)

Foto 03

Pada 25.05.2009 (Isnin) telah diadakan majlis Taklimat Khas Oleh Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah yang dijalankan di kawasan Guai. Taklimat tersebut telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Turut hadir untuk mendengar taklimat tersebut adalah Encik Jang bin Nong Chik.

.Ramai ketua kampung dan pemimpin di Kawasan Guai telah hadir namun begitu hanya seorang sahaja yang tergerak hati untuk menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sebenarnya En. Jang b Nong Chik telah lama ingin menjadi ahli di Perpustakaan Awam Daerah Bera. Semasa bertugas dengan Dato' Haji Mohd. Hayani bin Haji Abdul Rahman (DIMP., KMN., AMN., PPN., PJK.) lagi niat telah ada. Apabila di panggil untuk mendengar taklimat Prokhas Sdn Bhd berkenaan Program Amal Jariah di Perpustakaan Awam Daerah Bera, beliau terus mendaftar sebagai Ahli Dewasa di Perpustakaan Awam Daerah Bera.

.Secara ikhlas En. Jang b Nong Chik mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang benar-benar minat membaca. Beliau juga bukan seorang kaki buku atau ulat buku atau seorang yang amat meminati buku. Cuma, menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakat berbudaya membaca.

.Bagi beliau tidak cukup dangan menyertai program-program yang dijalankan oleh perpustakaan sebagai bukti bahawa kita menyokong budaya membaca. Bila ada program yang diminati, kita ke perpustakaan sebagai bukti kita minat membaca. Bila tak ada program tak perlu pergi ke perpustakaan, pasal tak ada kaitan. Seolah-olah budaya membaca hanya ada bila ada program. Satu cara yang lebih mudah untuk menunjukkan bahawa kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu adalah dengan menjadi ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera. Kad keahlian perpustakaan adalah sebagai bukti kita menyokong budaya membaca dan budaya ilmu yang sering dikempenkan oleh kerajaan.

.Semoga usaha yang ditunjukkan oleh En. Jang b Nong Chik ini menjadi contoh kepada pemimpin dan masyarakat di Kawasan Guai, Kawasan Kemayan dan Kawasan Triang.
.Berikut adalah gambar Encik Jang Bin Nong Chik semasa Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Daerah Bera yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Foto 02
Foto 01

"Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------