[Home]
Perkara: Pertandingan Kompang Selawat Bagi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2009Tarikh: 4.4.2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Bandar Kerayong, Bera. Pahang.
Pejabat Pendidikan Daerah Bera
"Pemikiran Islam adalah bidang ilmu yang amat penting pada masa kini di mana sahaja, sama ada kepada umat Islam sendiri mahu pun kepada non-muslim. Hal ini disebabkan beberapa faktor."
"i) antara masalah utama umat Islam pada masa kini di seluruh dunia adalah masalah kelemahan dalam bidang ilmu dan pemikiran, mengatasi kelemahan dalam persoalan kuasa atau kekayaan atau lain-lain;"
"ii) masalah antara umat Islam dengan dunia Barat antara lain disebabkan salah faham yang mengakar dalam tradisi pemikiran masing-masing, sama ada salah faham pemikiran Barat terhadap Islam akibat tradisi orientalisme klasik yang ingin menjajah, atau salah faham umat Islam terhadap tradisi pemikiran dan kebudayaan Barat moden yang dianggap amat neutral dan universal kepada seluruh manusia."
"Pemikiran Islam adalah suatu bidang ilmu baru. Istilah “pemikiran Islam” itu sendiri adalah istilah yang baru. Hal ini amat jelas apabila tidak dapat ditemui sebuahpun karya turath Islam yang bertajuk “al-fikr al-Islami” atau mengandungi istilah tersebut dalam tajuknya. Sehubungan itu, pemikiran Islam memerlukan konsepsi yang jelas sebelum boleh dijadikan suatu bidang pengajian."
"Persoalannya; “Adakah ilmu tentang segala-galanya yang aku tahu selama ini betul-betul benar?"
"Di Malaysia, pada peringkat universiti, dua institusi yang khusus diberikan nama dengan pengajian pemikiran Islam iaitu Jurusan Akidah Dan Pemikiran Islam (JAPI), di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) dan Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau lebih dikenali dengan nama ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization)."
"Dengan itu, pengajian pemikiran Islam di Malaysia tidak perlu bermula dari kosong dan boleh menggunakan buku-buku bahasa Arab sebagai rujukan."
"Islam adalah agama yang sentiasa menghadapi cabaran. Berikutan itu, segala yang lahir daripada Islam, termasuk pemikirannya dan pegajian pemikiran tersebut, tidak dapat tidak berhadapan dengan cabaran, sama ada dari luar atau dalam."
Rujukan: kamilmajid.blogspot.com - PENGAJIAN PEMIKIRAN ISLAM:REALITI, CABARAN DAN PROSPEK MASA DEPAN
"Jadilah Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------