Tuesday

Larian Tasik Bera

PENDAFTARAN ONLINE
Info Pertandingan
Tarikh Pertandingan: 2 mei 2009
Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2009

Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 akan mengadakan dua acara larian iaitu peringat Tasik Bera dan Peringkat Pulau Tioman. Acara ini telah mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Laut, Tourism Malaysia, Majlis Belia Kuantan, Tioman Developement Authority, Pejabat Daerah Rompin, Pejabat Daerah Bera dan Lembaga Tindakan Pelancongan Pahang.

Larian Peringkat Tasik Bera akan diadakan pada 2 Mei 2009 (Sabtu). Di peringkat ini peserta perlu berlari sejauh 24 km sekitar Tasik Bera. Mungkin merentas laluan berair, laluan berlumpur, kebun sawit dan jalan tar. Ada empat kategori dipertandingkan:
1. Antarabangsa - Lelaki
2. Antarabangsa - Perempuan
3. Tempatan Juara Bera - lelaki
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan

Untuk kategori Tempatan Juara Bera sudah tentu dikhaskan kepada mereka yang beralamat di Daerah Bera atau yang tinggal di Daerah Bera atau lahir di Daerah Bera. Semua peserta termasuk peserta Tempatan Bera perlu berlari sejauh 24km.

Peserta Tempatan Bera yang nak masuk kena kuat mental dan fizikal, kena lari redah air, selut dan macam-macam lagi sejauh 24km. Kalau berjaya menjadi juara, juara pertama akan dapat hadiah wang tunai RM1,200. Juara kedua pula dapat RM850 dan juara ketiga dapat RM500. Wang tunai akan diberikan sehingga kepada juara nombor 20. Ini adalah hadiah kepada Juara Lelaki bagi Tempatan Bera.

Bagi Juara Perempuan bagi Tempatan Bera pula akan mendapat hadiah RM1,000 bagi juara pertama, RM700 bagi juara kedua dan RM400 bagi juara ketiga. Hadiah diberikan sehingga juara nombor 10 sahaja.

Jumlah keseluruhan hadiah adalah bernilai RM31,500.
1. Antarabangsa - Lelaki -RM14,500
2. Antarabangsa - Perempuan -RM8,500
3. Tempatan Juara Bera - lelaki - RM5,150
4. Tempatan Juara Bera - Perempuan - RM3,350

Kami di Laman Kerayong Blogspot telah tolong mendaftarkan secara online seramai 4 orang bagi kategori lelaki Tempatan Bera. Syabas kepada peserta Bera kerana menyahut cabaran Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009.

Aturcara adalah seperti berikut: (1) Pendaftaran bermula 5.30 pagi. (2) Larian bermula jam 9.00 pagi (3) Larian tamat jam 12.00 tengahari dan (4) Penyampaian hadiah jam 12.15 tengahari.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 sila klik SINI. Kalau dan tak sabar-sabar nak berlumba dalam Sultan Ahmad Shah International Eco Challenge 2009 boleh terus mendaftar secara online, sila klik SINI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2009. Jumlah peserta dihadkan kepada 500 orang sahaja. Peserta perlulah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi antarabangsa dan RM20 bagi tempatan Bera dan Tioman.

Untuk mendapatkan kemudahan internet percuma bagi mendaftar secara online, sila berkunjung ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Waktu operasi Perpustakaan Awam Daerah Bera adalah seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.30 pagi - 5.00 petang
JUMAAT
8.30 pagi - 12.15 tengahari
2.45 patang - 5.00 petang
SABTU & AHAD
Tutup
(boleh pergi ke perpustakaan desa)
.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------