Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, semua pelajar sepatutnya pergi sekolah. Penonton tempatan yang ada di garisan penamat Jelajah Malaysai 2009 adalah pekerja syarikat swasta di Bera, orang kampung disekitar Bandar Bera dan kakitangan kerajaan di Daerah Bera. Budak sekolah kena pergi ke sekolah. Inilah gambar peminat dan penyokong tempatan.
Kakitanga Majlis Daerah Bera (MDB).
Bangunan yang kelihatan di belakang kakitangan MDB adalah Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Orang yang minat membaca dan suka menambah ilmu selalu datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi selalu juga 'tetamu istimewa' datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bera, mereka nak bayar cukai tanah, nak bayar cukai pintu, nak bayar lesen perniagaan, nak tandatangan Tok Penghulu, nak jumpa Pegawai Daerah, nak jumpa penolong Pegawai Daerah, nak jumpa YDP Majlis Daerah Bera, nak jumpa SU MDB dan ada juga nak bayar Bil Letrik TNB.
Kakitangan TNB Bera.
Kakitangan JKR Daerah Bera. Masih belum terlambat ke?
Beliau bergambar berhampiran papan tanda "SILA JELASKAN CUKAI TANAH ANDA SEBELUM 31 MEI SETIAP TAHUN. Kegagalan Untuk Menjelaskan Cukai Boleh Menyebabkan Tanah anda Dirampas".
Jam 11.17 pagi, hari dah makin panas, nasib baik ada pokok dekat Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera.
Hari dah makin panas ni!
Jam 11.14 pagi, lambat lagi ke sampai?
Kakitangan Sekolah Menengah Kebangasaan Bandar Kerayong bersama penduduk Kampung Kerayong sedang sabar menanti pelumba Jelajah Malaysia 2009 sampai ke garisan penamat.
Hai! Saya Orang Bera.
Sekejap lagi sampai la pelumba-pelumba basikal Jelajah Malaysia 2009.
Penduduk kampung, Syarikat Jas Letrik, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bera dan kakitangan Majlis Daerah Bera.
Jam 11.12 pagi, penyokong tempatan Bera bersedia untuk memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba Jelajah Malaysia 2009.
Peniaga sekitar Bandar bera. Syarikat Fine Art Bera. Syarikat Berkat Ria Bera.
Penduduk Daerah Bera bersedia untuk menyambut ketibaan pelumba.
Kakitangan Majlis Daerah Bera.
Kakitangan Majlis Daerah Bera.
Ironman Bera, guru Sekolah Menengah Kebangasaan Triang dan kakitangan Majlis Daerah Bera.
Kakitangan Majlis Daerah Bera yang membantu menghias pentas utama.
Jam 11.09 pagi. Tetamu VIP. Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Bera. TNB Bera.
Tetamu VIP. Pegawai Rela Daerah Bera.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------