Saturday

Jelajah Malaysia 2009: Kesibukan (01)

Jelajah Malaysia 2009 Peringkat 6 Gambang ke Bera
Tarikh 24.04.2009 (Jumaat)
Seperti yang dijangkakan, Bera menjadi sesak. Dihadapan Perpustakaan Awam Daerah Bera dapat dilihat berbaris kenderaan menunggu giliran untuk meneruskan perjalanan ke tujuan masing-masing. Kesibukan begini yang amat jarang-jarang dapat di lihat di Daerah Bera.
3
Jika masyarakat Daerah Bera inginkan lebih banyak program-program besar sebegini diadakan di Daerah Bera, kita kenalah bersabar dan bersedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Bukan selalu. Jarang-jarang atau kadang-kadang aja.
2
Bermula di hadapan Perpustakaan Awam Daerah Bera hingga ke hadapan Majlis Daerah Bera kelihatan kenderaan dengan sabar menunggu pelumba basikal Jelajah Malaysia 2009 menamatkan perlumbaan di Bera.
1
Bersyukurlah kita kerana kesibukan hari ini telah berlalu tampa sebarang kejadian yang merisaukan, menyusahkan dan memalukan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------