Thursday

Mohamad Fadzillah Bin Haji Abdul Hamid, PKT

(En. Mohamad Fadzillah bin Haji Abdul Hamid sedang melihat buku tafsir Al-Quraan yang dihadiahkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Bera sempena persaraan beliau. Tafsir Al-Quraan ini amat bermakna kerana telah di tandatangan oleh Pegawai Daerah Bera Tuan Haji Ahmad Bin Haji Daud, AAP, PKC. Tandatangan ini melambangkan daerah Bera adalah tempat berakhirnya tugas En. Mohamad Fadzillah bin Haji Abdul Hamid sebagai kakitangan di Jabatan Pendaftaran Negara.)

(Buku yang dihadiahkan kepada En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid adalah: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quraan (30 juz). Tafsir ini diterbitkan oleh Darulfikir dengan izin dan dibawah kawalan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terjemahan serta penjelasan dibuat oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Seterusnya tafsir ini disemak dan disahkan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor Bin Haji Ibrahim. Buku ini ada di Perpustakaan Awam Daerah Bera.)

PERSARAAN PEGAWAI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH BERA
Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid telah mula bertugassebagai Penyelia di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera pada tahun 2002. Pada tahun tersebut lokasi pejabatnya adalah di tingkat bawah bangunan Pejabat Daerah Bera. Sebelum ini, dua orang Penyelia Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera telah telah berkhidmat di daerah Bera. Tuan Haji Mohamed b Mohd Husin adalah penyelia yang pertama. Tuah Haji Mohamed telah berkhidmat pada tahun 1993 hingga 1997. Seterusnya Tuan Haji Kamaruddin b Md Nor telah mengambil alih pada tahun 1997 hingga 2002. Pada tahun 2002 barulah En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bera setelah bertukar dari Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Terangganu. Bermula pada 16hb April 2009 Encik Zuliki Bin Yaakub telah memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran di daerah Bera.

Dalam tempoh 35 tahun berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara En. Mohamad Fadzillah telah bertukar sebanyak 7 kali. Beliau telah bertugas di Temerloh (1974-1979), Raub (1979-1983), Jerantut (1983-1984), Maran (1993-1994), Temerloh (1994-2000), Kuala Terangganu (2000-2002) dan Bera (2002-2009).

En. Mohamad Fadzillah telah memulakan tugas di Jabatan pendaftaran Negara sebagai Pembantu Pendaftaran KP17 pada tahun 1974. Pada masa tersebut En. Mohamad Fadzillah baru berumur 19 tahun. Pada tahun 2002 En. Mohamad Fadzillah telah bertukar ke daerah Bera dengan jawatan Pembantu Pendaftaran KP22. Akhir sekali pada tahun 2009 En. Mohamad Fadzillah telah ditawarkan jawatan Pembantu Pendaftaran KP26 dan perlu bertukar ke negeri lain. Setelah berkhidmat selama 7 tahun di daerah Bera berat rasa hati untuk tinggalkan daerah Bera walaupun mendapat kenaikan dari KP22 ke KP26. Hati rasa lebih gembira menamatkan perkhidmatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di daerah Bera. Namun En. Mohamad Fadzillah tetap rasa terharu dengan tawaran yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk menjadi Pembantu Pendaftaran KP26.

Semasa petemuan ringkas Laman Kerayong Blogspot.com dengan En. Mohamad Fadzillah di pejabat beliau di Taman Jati, beliau menyatakan perlunya kakitangan kerajaan tanamkan sifat bekerja bersungguh-sungguh. Bekerja dengan tekun sepanjang masa. Sentiasa memberikan kerjasama kepada semua pihak yang memerlukan. Kakitangan kerajaan jangan jadikan tugas yang perlu disiapkan sebagai beban. Tanamkan dalam diri kita bahawa tanggungjawab kita sebagai kakitangan kerajaan adalah amanah Allah SWT. Dengan cara ini kita akan mendapat keseronokan bekerja, mendapat rezeki yang bersih dan mendapat keberkatan hidup. Inilah pesanan yang ingin disampaikan oleh En. Mohamad Fadzillah khususnya kakitangan muda di Jabatan Pendaftaran Negara. Umumnya kakitangan kerajaan di daerah Bera, di negeri Pahang dan di seluruh Malaysia.

Pegangan inilah yang membolahkan En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1995 semasa dibawah skim SSB. Kecemerlangan beliau diteruskan semasa beralik kepada skim SSM apabila di sekali di beri Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2005. Kemuncak kepada pencapaian En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid adalah apabila dianugerah Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) juga pada tahun 2005. Penganugerahan PKT ini memberi kelegaan kepada jiwa En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid yang telah setia selama 35 tahun dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Mana-mana kakitangan kerajaan dinegeri Pahang yang akan bersara tentu merasa lega jika perkhidmatan mereka selama ini dihargai dengan mendapat Kurniaan Pingat Negeri Pahang.

En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid telah dilahirkan pada 2 Mei 1955 di Raub Pahang. Darjah satu hingga enam telah dihabiskan di Sekolah Kebangasaan Sega, Raub. SK Sega ini adalah sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang panjang. Sekolah Kebangasaan Sega bermula pada tahun 1901. Pada masa tersebut sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Sega.

Setalah tamat sekolah rendah, En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid telah bersekolah di SMK Dong, Raub. Di SMK Dong En. Mohamad Fadzillah telah bersekolah sehingga tingkatan tiga. Tingkatan empat hingga lima telah di habiskan di SMK Raub. Akhirnya menyambung pelajaran di Maktab Adabi Kuantan sehingga tingkatan enam. setelah tamap belajar di Maktab Adabi Kuantan, maka bermula kehidupan En. Mohamad Fadzillah sebagai kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara ketika berumur 19 tahun.

Hari ini 30hb. April 2009 hari Khamis, adalah hari terakhir En. Mohamad Fadzillah bin Abdul Hamid bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Esok 1 Mei Hari Pekerja.
Lusa 2 Mei Harijadi.
Selamat Bersara juga
Selamat Harijadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------