Tuesday

TNB - Tenaga Nasional Berhad

Pada masa ini TNB Bera sedang menjalankan "OPS POTONG". Maksudnya TNB Bera akan memotong bekalan elektrik ke pejabat/rumah/kilang/kedai. Bagi sesiapa yang mempunyai tunggakan yang banyak haruslah menyelesaikan segera, kalau tidak tiba-tiba ... "ops dan kena potong". Tempoh tidak dinyatakan pada kain rentang. Mungkin "OPS POTONG" akan dijalankan terus menerus.


Kain rentang "OPS POTONG" ini telah dipasang di simpang berhampiran Jambatan Mengkarak. Di simpang tiga Temerloh, Bera dan Kuala Bera.

Tulisan di kain rentang "OPS POTONG" menyatakan bahawa "TNB PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA".

Seterusnya kain rentang "OPS POTONG" menyatakan:
.

BIJAK MENGGUNA
RAJIN MEMBAYAR
BAYAR SEGERA
JAMIN BAHAGIA
BAYAR AWAL
ELAK PEMOTONGAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perpustakaan Awam Daerah Bera - Perpustakaan Desa Mengkarak - Perpustakaan Desa Bandar 32 - Perpustakaan Desa Batu Papan - Perpustakaan Desa Seri Hamzah - Perpustakaan Desa Seri Buntar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------