Friday

Kg Asli Bongkok - Remah b Ahlong

Masih lagi sekitar Program Dakwah dan Ziarah di Kampung Bongkok. Program ini dijalankan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Turut memeriahkan program tersebut adalah pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera.
01
Turut membuat pemeriksaan adalah Pakcik Awang yang berumur 67 tahun. Nama sebenar Pakcik Awang adalah Remah b Ahlong. Beliau dilahirkan pada tahun 1944. Saya telah mengenali Pakcik Awang ini ketika Asyik FM membuat lawatan ke Kampung Bongkok beberapa tahun dahulu. Pada masa itu saya hanya membuat sedikit rakaman video tentang Merbau Bongkok yang diceritakan oleh pak Cik Awang.
02
Kini Pak Cik Awang lebih sihat berbanding ketika saya mula-mula bertemu dangan beliau beberapa tahun dahulu. Dahulu bergerak dengan bertongkat rotan manau. Kini telah boleh berbasikal.
03
Apa yang lebih mengembirakan Pak Cik Awang adalah beliau bakal menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bera. Duit itu amat bermakna kepada Pak Cik yang akan selalu memakai baju hijau pasukan keselamatan. Katanya baju ini adalah kenangan semasa berkhidmat Pasukan Rela. Malah Pak Cik Awang pernah menjadi ketua Rela di Kampung Bongkok.
04
Cerita Pak Cik Awang, Kampung Bongkok ini ada dua belah. Sebelah sungai sana dinamakan Kampung Merbau Bongkok. Disana ada pokok merbau yang macam orang bongkok. Kampung Bongkok sebelah sini berasal dari cerita seorang tua yang sering menangkap ikan terbongkok.
05
Seingat beliau telah ada empat orang Tok Batin yang telah berkhidmat di Kampung Bongkok. Mereka adalah: 1. Rintong, 2. Kling, 3. Saaya, 4. Terunak dan 5. Remol. Tok Batin Remol masih berkhidmat sebagai Tok Batin sehingga kini. Walau bagaimanapun keadaan kesihatan tidak mengizinkan Tok Batin Remol bergerak cergas seperti dahulu. Encik O telah membantu Batin Remol menjalankan tugas batin semenjak 1992.