Wednesday

Rumah Terbakar (02) kereta dan pokok

Laman Kerayong baru sebentar tadi dapat berhubung dengan Encik Rashid SBY. Kabar-kabar angin mengatakan bahawa beliau adalah orang yang pertama sampai ditempat kejadian. Kalau selepas ini ada cerita mengatakan ada orang lain yang menjadi orang pertama sampai ditempat kejadian kita anggap betul juga. Mungkin mereka sama-sama nombor satu.
05
Menurut kata Encik Rashid, beliau lalu di kawasan tersebut lebih kurang pukul 3.30 petang. Pada waktu tersebut memang telah jelas kelihatan asap dan api. Encik Rashid terus berhenti dengan tujuan hendak merakam gambar kejadian. Tetapi tidak disangka-sangka beliau adalah orang yang pertama sampai dan perlu menjadi penyelamat kepada Pak Mail dan Mak Su.
04
Pasangan Pak Mail dan Mak Su telah pada ketika terperangkap didalam rumah. Pintu yang mereka tuju berkunci. Encik Rashid terpaksa memecahkan pintu tersebut untuk mengeluarkan mereka. Setela pintu dipecahkan kelihatan keduannya berdiri berpelukan dengan Mak Su memancutkan air melalui getah paip sebagai untuk memadamkan api. Pak Mail dalam keadaan antara sedar dan tak sedar. Bila mahu dibawa keluar Pak Mail Tak mahu kerana ingin menyelamatkan barang-barang.
03
Tanpa berfikir panjang Encik Rashid terus mendukung Pak Mail sambil diiring oleh Mak Su ke bawah pokok. Sampai di bawah pokok Encik Rashid berhenti seketika dan terus mendukung Pak Mail untuk dibawa ketempat lebih selamat dengan meninggalkan Mak Su di bawah pokok. Setelah separuh jalah muncul seorang lelaki berkopiah dan menyambut Pak Mail dan terus mendukung Pak Mail ketempat selamat.
02
Encik Rashid kembali ke bawah pokok memimpin pula Mak Su untuk dibawa ke tempat selamat. Kemudian dimaklumkan ada seorang cucu di dalam rumah. Kelam kabut pula mencari cucu tersebut. Bimbang budak tu takutkan api dan menyorok dimana-mana tempat dalam rumah. Lega, rupanya cucu tersebut menyoruk dalam semak.
01
Menurut Encik Rashid, semasa beliau berhenti di tempat kejadian lebih kurang jam 3.30 petang dah ada orang yang menghubungi bomba. Sebab itu tindakan menghubungi bomba tidak dilakukan oleh beliau. Beliau terus menerpa kearah rumah yang terbakar untuk mengambil gambar. Rupanya ada orang yang perlu diselamatkan.

Demikianlah ceritanya bukan faktanya. Baca boleh. Kalau nak percaya kena tanya semula Encik Rashid. Mungkin ada tersalah tulis.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN APA-APA SUMBANGAN,
BOLEH HUBUNGI PUAN AFZAINANI (Menantu)
DI TALIAN 09-250 6541 (Perpustakaan Awam Daerah Bera)